Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

Sunday, October 15, 2017

::HOMEMADE FACEMIST::

...........assalamualaikum........

hai semua!!! arini cikna nak share cara buat homemade face mist guna bahan2 natural remedy je. posting yang agak simple arini.
timun dan lemon yang direbus
first, sediakan mentimun dan lemon (optional). kedua bahan ini direbus menggunakan air yang sedikit. rebus sampai nampak dia macam dah lembik tp jangan lembik sgt sbb kita xnak segala mak nenek vitamin teruap ke udara begitu sahaja. 
kemudian biarkan bahan2 td sejuk dahulu baru blend sampai hancur, tapis ambil air sahaja. siap!!! boleh letak dalam botol sembur dan cikna ada tambah eo 2,3 titik bau lavendar. lg best tau.. boleh tahan 2 minggu sahaja dan simpan dalam peti ais.
cikna punya dah siap
apa kelebihan face mist?
1. boleh membuatkan wajah kita glowing2 gtu
2. yang penting bahan2 semulajadi bukan bahan kimia
3. boleh memudarkan parut2 jerawat
4. dengan adanya eo young living pati lavendar tu akan buat kita tenang dan sangkut byk aura2 positif
5. jimat duit xpayah nak beli face mist lg
6. boleh dijadikan base make up juga. ia xmelekit tau. meresap elok dalam kulit

selebihnya uols gugel la plak... cikna nak sembu2 kat muka jap n then tdo dengan tenang. ALHAMDULILLAH

P/S: “Aku bersaksí bahwa tídak ada ílah yang berhak dííbadahí dengan benar kecualí Allah semata, tídak ada sekutu bagí-Nya, dan aku bersaksí bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Ya Allah, jadíkanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat, dan jadíkanlah pula aku termasuk orang-orang yang membersíhkan dírí.”

Monday, May 2, 2016

:: PUTERI DALAM KACA ::

assalamulaikum
 arini nak share resep yang cikna buat semasa weeken minggu lepas. alkisahnya ni 1st trial cikna untuk buat puding hantaran adik. so kena try dulu tp xsecantik yang dibuat org lain. almaklumla aku ni amatur ajak. bg cikna puding ni senang je nak buat tp memerlukan krativiti menyusun supaya nampak cantek.


 jom cekidaut bahan2 untuk membuat puding ni.
BAHAN-BAHAN untuk puteri:
200G GULA (1cawan gula)
230 g santan ( 11/2 cawan santan)
10 biji telur
satukan semua bahan di atas. kacau sebati. bahagi kepada beberapa kegemaran. masukkan dalam acuan. kukus hingga nasak

bahan-bahan untuk agar2:
2 paket agar2 (10g x 2)
8 cawan air
3 cawan gula
satukan semua bahan. masak sehingga mendidih. tuang ke dalam acuan. susun mengikut kreativiti adunan yang dikukus td. siap!!!!






resepi ni diambil dr kawan cikna. so sesiapa nak ambil la. nak share pon boleh.

p/s: puteri comot dalam kaca :p

Monday, April 18, 2016

:: CHIA SEEDS HEAVEN DRINK ::

Selamat malam
sehari dua ni dok share pasal chia seeds aja.. arini cikna nak share resepi air minuman chia seeds ni simple lagi menyegarkan dan menyihatkan. sesiapa yang nak jaga badan, nak ramping dan nak berdiet boleh la cuba minuman ini. bahan pon simple aja.
bahan-bahan:
1 sdk chia seeds
jus limau nipis atau lemon
daun pudina

Langkah-langkah:
sediakan segelas air panas jika minum panas tp kalo nak sejuk cukup setengah gelas air. masukkan chia seeds, pudian n jus lemon. siap!! nak sejuk boleh letak ais..

nampak tak chia seeds dok berenang2

#resepichiaseeds
   p/s: amalkan apa sahaja untuk kesihatan..


                                                                             
                                   

Saturday, April 16, 2016

:: PUDING COKLAT CHIA SEEDS::

       setelah mengetahui banyak kelebihan dan mafaat chia seed ni, boleh klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut. cikna google beberapa resepi yang menggunakan chia seeds sebagai bahannya. sebelum ni cina cuma letak dalam air sirap macam minum sirap selasih tu. sedap dan segar rasanya. jd arini cikna nak cuba buat puding coklat letak chia seed ni. Alhamdulillah dah siap pon puding coklat chia seeds cikna cuma tak boleh makan lg kena letak dalam peti sejuk selama 6 jam baru boleh makan. 
       beginilah rupa puding coklat cikna. tak menarik langsung dan tak hias apa2. simple dan sgt berharap ia sedap..

   bahan-bahan:
3/4 cawan susu (apa2 susu, cikna pakai susu kambing yg cikna jual)
1 sdm serbuk koko
1 sdm madu
3 sdm chia seeds
1 sdk vanila 

LANGKAH-LANGKAH:
Semua bahan di atas dicampurkan dan dikacau hingga sebati. cikna pakai gelas yang sama masa kacau dan trus simpan dalam peti ais selama 6 jam.
bagi yang konpius kenapa tak letak jelly atau serbuk agar2. sebenarnya biji chia seeds inilah akan berfungsi sebagai jelly nanti. biji chia seeds ni dia mampu menyerap air yang banyak. jd nanti dia akan jd kental macam jelly dengan sendirinya.

p/s: sangat elok dinikmati time cuaca panas ni

Thursday, August 20, 2015

:: AYAM GORENG BUTTERMILK::

ASSALAMUALAIKUM 
     selamat tengah hari semua... dah lunch? kalo belom meh kita main masak-masak dengan sajian yang agak ringkas dan sedap. bagi mereka yang dah lunch boleh masak untuk dinner nanti. pasti memikat perut suami. jom kita tengok bahan-bahan nak masak ayam buttermilk ni.

BAHAN-BAHAN:

bahan A
Ayam bahagian dada dipotong dadu
tepung gandum
tepung jagung
lada putih
garam
Telur ayam sebiji

bahan B
bawang putih
Susu cair
buttercup
garam
gula
daun kari
cili dipotong

CARA PENYEDIAAN:
tepung gandum, tepung jagung, lada putih dan garam dicampurkan dalam satu bekas. kemudian ayam digaulkan dengan telur yg telah dipecahkan. ayam tadi kemudiannya digolekkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. perap seketika. selepas itu, ayam tersebut digoreng sehingga ranggup. toskan.
utk buttermilk pula. cairkan mentega  di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan masukkan daun kari. kemudian masukkan susu cair, cili, garam, gula dan serbuk perasa. last skali masukkan ayam yg telah digoreng td. kemudian bolehlah dihidang bersama nasi.

  
sedap x?




p/s: jangan lupa amalkan zikir YA LATIF semasa mengacau makanan di atas dapur

Sunday, September 23, 2012

:: APAM POLKA DOT DOT ::

dah lama nak try buat apam polka dot ni. sedangkan orang lain dah lama terer buat apam polka dot yg comel2 ni.. cikna buat ni xberapa nak menjadi dot2nya tp alhamdulillah dgn resepi dr MYRESIPI ni cikna dapat buat apam polka dot yg xberapa nak dot tp mendapat pujian dr umi terchenta. umi cakap sedap nanti leh wat doorgift kenduri abang.. hehe
xberapa nak jadi dot2nya 

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Saturday, September 15, 2012

:: PUDING BUIH atau AGAR-AGAR BUIH ::

ASSALAMUALAIKUM

selamat hari raya ke 29. dah nak habis pun ulan SYAWAL. akan berganti bulan baru. sempena hari-hari terakhir syawal ini cikna terasa nak makan sesuatu yang nyaman di tekak. teringat 2 tahun lepas anak murid cikna pelajar lelaki bawak ke sekolah puding yang dibuat sendiri oleh beliau iaitu puding buih. sangat sedap dan mmg terasa kesegarannya. resipi dah minta tp terlupa letak kat mana. minggu lepas cikna ternampak resipi ni dekat group fb RESIPI EKSPERIMEN so dah dapat resepi AGAR-AGAR BUIH ni terus mencuba. 

BAHAN-BAHAN
kredit to: EVELYN GEMINA
1 paket agar2 cap burung layang2 (cikna pakai agar2 yang tali 10 gram)
2 cawan air
1/4 cawan gula (kalau suka manis tambah gula)
1/2 tin susu pekat manis
1 sk esen vanila
1/4 cawan margerin, dicairkan
3 biji telur
1 sb serbuk koko tambah dengan sedikit air (cikna pakai pewarna)
Cara2:
1. Satukan serbuk agar2, air, gula & vanila, kacau rata. Masak atas api perlahan hingga mendidih.
2. Sementara itu, pukul telur hingga kembang & berbuih sepenuhnya.
3. Matikan api, tuang agar2 kedalam telur yang dipukul, gaul guna whisk berterusan. Masukkan pula mergerin & susu pekat, kacau lagi.
4. Tuang dalam loyang. Guna sudu, hiaskan atasnya dengan sedikit campuran koko. Biarkan mengeras & sejukkan sebelum dihidang. (cikna xpakai koko tp pakai pewarna merah n ijau )

p/s: jadila jugak puding buih ni.

Monday, September 10, 2012

:: IKAN BAWAL MASAK STIM ASAM BOI ::

assalamualaikum makcik senah, cik kiah dan kak limah semua. apa kaba sehat ke idak? petang2 ni sambil dok layan sembang kat tangga dan cari gutu meh intai resipi utk makan malam. uihhhh!! arini chef na nak kongsi resipi yang boleh memecahkan liur makcik2 kakak2 sekeluarga. dr kita dok makan ikan tambang singgang atau ikan selayang goreng, meh cni chef na nak tunjuk ajar buat IKAN BAWAL STIM ASAM BOI. simple jek cik non oi.. 


BAHAN-BAHAN:
Ikan bawal sekor
1 biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih di mayang
sedikit halia di mayang
serai dihiris nipis2
cili dipotong
air asam limau
asam boi putih yang besar
kicap ikan secukup rasa
air
CARA-CARA:
masukkan ikan yang telah dibersihkan dan dikelar di bahagian badan ke dalam kuali. masukkan air agak2 ikan tenggelam. kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas dan masak dalam api sederhana sehingga betul2 masak. pastikan kuali anda ditutup. cikna gunakan asam boi putih yg besar dan asam boi ni dia mmg ada rasa manis2 masam jd xperlu lg nak letakkan gula. jika suka lg masam bulih letakkan leih sedikit air limau . 


okeh dah siap. bolehla hidangkan bersama nasi panas2 beserta air paling sedap iaitu skyjus!!!

Saturday, September 8, 2012

:: RESIPI NON-BAKED CUP CAKE YG COMEL ::

assalamualaikum
di malam yg indah ni cikna nak berkongsi resepi. uishh... resepi pe yer? cer teka?? cer teka? ni festime la cikna buat. alhamdulillah menjadi dan agak comel.. ok jgn muntah yer xcaya???? tgkla kat bawah ni.. sikitla punya susah tau cikna membuat cupcake ni tp dapat buat sebiji jek. hehe.. jom kita tgk rupa cupcake yang tak perlu bakar ni.

nak resepi x?
anda cuma perlu kain felt, fiber, benang dan jarum.. hehe..
jangan marah yer.
bubye!!!!

p/s: org yg suka marah2 nanti cepat tua

Friday, August 31, 2012

:: KEK LUMUT MAKANAN KAUM DUYUNG::

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55!!!!
sejak akhir2 ini sgt jarang cikna merapu merepek kat blog. kemalasan yg datang bertimbun2 menjadikan segala kerja tertangguh. tahun 2012 yg penuh kemalasan sejak dr awal sehingga hampir ke penghujung sudah. walaupun dalam kemalasan yg terlampau sempat juga cikna menyelongkar dapur maka tersedia lah KEK LUMUT. terciptanya kek lumut ini yg dicedok resipinya dr blog KAK ITA sambil melayan cerita ikan duyung filipina iaitu DYESEBEL. tetiba cikna membayangkan diri berada ditengah lautan dan menjadi seekor ikan duyung yg sedang menjamu selera kek lumut ini. kikiki... terperasan sekejap.. 
okeh! dah xpayah berangan lagik. kek ni sgt senang tp nunggu nak makan lama sgt. sempat habis layan cter DYESEBEL sampai 2 episod. cikna layan cter ni kat www.tonton.com.my. kek yg cikna buat ni xlawa macam kakak2 yg profesional buat tp cikna jamin rasanya sgt sedap. kawan2 puji tau.. hakhak... kombang lobang idung den..

KEK LUMUT
By : KAK ITA & KAK DAYANG JACK
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

p/s: cikna kukus pakai dapur arang sbb risau kalo gas habis nanti umi marah.. :)

Tuesday, August 14, 2012

::RESEPI SOMTAM::

Assalamualaikum...
pada petang ni cikna nak kongsi resepi sket. how to make papaya salad or kerabu betik atau lebih dikenali sebagai somtam. apa yang anda perlu sediakan adalah:
bahan-bahan:
betik muda yang diparut
udang kering
nise padi (sy xtau bahasa baku org panggil apa) benda ni macam gula putih yg pekat likat. kalo xda ganti je la ngan gula biasa
cili
tomato
limau nipis
kicap ikan
cara buat:
tumbuk semua bahan2 di atas kecuali betik. setelah semua dah hancur dan sebati gaulkan dengan betik. siap! hidang bersama kacang panjang atau kangkung

Tuesday, January 17, 2012

:: PENKEK SIMPLE AKA LEMPENG ::

assalamualaikum peeps!!! lama xhapdet blog pasal makanan. ok disebabkan kerajinan leih sket malam ni cikna buat lempeng moden. ciptaan sendiri yg dicampak2 guna bahan yg ada. semuanya disebabkan perut lapar tp nasi xnak makan sbb dah diet jemu makan nasi ( boleh ke jemu??) resipinya sgt simple dan anak2 kecik pon bulih buat. almaklumla cikna TAK pakar pandai masak cam org lain.


BAHAN-BAHAN

tepung naik sendiri
susu segar (cikna pakai nespray sbb xda susu segar tp sure guna susu segar lebih sedap)
jagung manis
sedikit gula kalo nak rasa manis
coklat chip

CARA-CARA

susu dan tepung dikacau sekali sehingga sebati. masukkan jagung manis. panaskan kuali non-stik, masukkan adunan td dalam kuali. tutup dan biarkan masak kemudian balikkan. apabila kedua2 belah dah masak sempurna tabur coklat chip. sedia di hidang :)

p/s: kalo minta sukatan cikna xdapat nak bg sbb cikna main campak :)

Friday, December 30, 2011

:: PUDING LAICI ::

yummy!!!!
dengan sukacitanya cikna menjemput anda menjamu mata dgn puding laici yg sedap dimakan ketika sejuk.. resipinya sangatla mudah. sesiapa pon bulih buat. 
BAHAN
setin laici
setin susu cair
satu cawan gula (cikna kurangkan sbb air laici dah manis)
1 liter air
25 gram agar2 (cikna pakai agar2 tali)

CARA-CARA

laici di asingkan dari air. hiris laici nipis2. kemudian, masak air dgn agar2 sampai hancur dan sebati. apabila mendidih masukkan gula, air laici serta buah laici td. akhir sekali masukkan susu cair. biarkan mendidih sekejap. akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. 

senangkan. dah siap letak lam peti ais. makan masa sejuk. mmg best sbb tergigit laici yg asli. 

Monday, December 12, 2011

::THE MARVELOUS BLUEBERRY CHEESE TART ::

kam main tajuk entry gempak siottt... hehe.. siap ngan "marvelous" gitu. jgn terpedaya ngan tajuk entri hakikatnya rupo blueberry cheese tart yg second time cikna buat agaklah terburuk. tpkan walau rupa buruk n hodoh rasa di tetap best. kalo cikna naik lif xtekan sdiri sapa lg nak tekan kan.. hehe.. kalo uols xcaya, uols leh tanya kawan cikna sbb kami buat bersama2 dan almaklum la kami xda acuan tart. kami guna apa je yg ada kat dapur. awak2 semua layan jek resipi dan ghupo blueberry cheese tart cikna ni. kalu rasa nak kutuk pon kutuk je la. semoga kutukan tersebut kutukan membina.
utk resipi crust uols leh rujuk yg cikna buat tart telur dulu kat SINI. sama je dia punya bahan2 yg lain filling je.
BAHAN2 FILLING
250 gram cream cheese
20 gram butter
60gram gula halus
1 biji telur
Blueberry atau apa2 saja yg anda suka utk filling

cara buat:
sediakan crust spt biasa. sila rujuk diSINI. kemudian sediakan filling.
mula2 pukul cream cheese, gula dan butter hingga kembang. masukkan telur dan pukul hingga sebati. apabila crust dah separuh masak. keluarkan dr oven dan masukkan filling blueberry td dan pipekan adunan cream cheese di atas filling td. bakar lg pada suhu 180 darjah selama 15 minit.

p/s: mereka yg berjaya adalah belajar dari kegagalan

Friday, November 11, 2011

:: KEK PELANGI ::

Assalamu’alaikum

harini jom kita main dengan warna2 indah spt alwan pelangi. love the colour of rainbow much!!!! sebelum cikna pernah buat puding pelangi tp harini cikna nak buat kek pelangi. warna yg sama pink, hijau dan biru (my feveret kaler). resipi ni di skodeng dr MY RESIPI. thanks MYRESEPI..

BAHAN-BAHAN

250 gm butter

200 gm gula kastor

4 biji telur gred A

220 gm tepung naik sendiri

5 sudu besar air susu

1 sudu kecil esen vanila

sedikit pewarna merah, hijau, kuning dan biru

CARA-CARA

  1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning dan biru.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya, kemudian diikuti warna biru. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna biru. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Bakar 180c selama 1 jam.

cun x kek pelangi saya? hehehe…. cun gebu macam I tau..

Pelangi itu indah sbb dia ada 7 warna. warna2 inilah yg menceriakan pelangi. begitu indah pelangi sama seperti kehidupan kita jika tiada kesedihan, kesusahan cuma ada kebahagian, bagaimana kita ingin mengecapi keindahan hidup yang sebenarnya. manisnya hidup ini apabila segala kesusahan berjaya diredahi dengan tabah. begitu juga sebaliknya. nikmatilah hidup ini dengan keredhaanNYA. lakarilah kehidupan ini sepertimana warna2 pelangi :)

p/s: warna pelangi saya>> pink, biru, hijau, purple

:: TALAPIA 3 RASA ::

ASSALAMUALAIKUM

selamat makan tengahari. ermm... dah hampir seminggu asyik ngadap daging jek, kolestrol pom dah bertambah so harini tukar menu. ikan talapia 3 rasa. makan ikan lg bagus dari daging merah. ikan kaya dgn hasil protein dan amat diperlukan oleh tubuh badan utk proses pertumbuhan dan perkembangan seperti berfungsi membina membina tisu, kulit, rambut, kuku, serta otak. bukan bermakna daging tidak mempunyai protein tp protein yg ada pada ikan lebih byk lg disamping jika kita memakan daging merah yg bertambah adalah kolestrol dalam badan. (kalah pakar pemakanan) disamping itu makanan laut juga kaya dgn iodin bg mengelakkan penyakit goiter. macam KEMPEM MAKAN IKAN la plak..

BAHAN-BAHAN

ikan talapia

bawang putih

bawang merah

tomato

cili merah

nenas

cili boh

sos tiram

kicap ikan (nampla)

tepung jagung

kunyit, garam,gula

minyak utk menggoreng

CARA-CARA

ikan talapia dibersihkan. kemudian dilumurkan garam, cili boh, kunyit dan tepung jagung. perap sebentar kemudian goreng sehingga garing. ketepikan. utk kuah: tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga naik bau. kemudian masukkan nenas, tomato, sos tiram, kicap ikan, gula sedikit. biarkan sejejap dan akhir skali masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air. masak sehingga mendidih. kemudian curahkan kuah 3 rasa td ke atas ikan dan hiaskan dgn daun ketumbar :)

“Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah SWT dan solat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, karena dapat membuat hati kalian menjadi keras.”(HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a.)

p/s:alhamdulillah.. syukur dgn apa yg dimakan utk arini

Thursday, November 3, 2011

:: CHEESE CAKE SIMPLE ::

ASSALAMUALAIKUM
dah lama xpost n3 pasal makanan dan resipi. sempena kita hampir menyambut hari raya AIDIL 'ADHA kali ni cikna akan post 1 resipi cheese cake sgt simple n mudah dan cuma guna cheese slice. jom kita tgk camner rupa cheese cake yg guna keju keping atau cheese slice :)
BAHAN-BAHAN
5 keping cheese
setengah cawan susu cair
1 cawan marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
esen vanila

CARA-CARA
cikna blend semua bahan2 di atas kecuali tepung naik sendiri. kemudian masukkan tepung naik sdiri ke dalam bekas dan gaulkan bersama2 bahan yang diblend td. gris loyang masukkan adunan ke dalam loyang. kukus sehingga masak.

p/s: belajar memasak utk masa depan yg indah :)

Sunday, October 2, 2011

:: RESIPI OREO CHEESE CAKE ::

ASSALAMU'ALAIKUM
akhirnya berjaya juga me buat kek keju beroreo.. ni festime cikna wat kek ni. kiranya saya budak baru belajar memasak cheese cake dan hasilnya adalah seperti di bawah dan saya akui ia tidaklah sesedap kek kat SECRET RESIPI. hehe.. tp kalo dr 5 bintang 2 leh bg 3 bintang. nak tau kenapa sebab xberapa nak menjadi? cikna lupa nak letak lemon... argh!!!!! tensen.... nak resipi? cikna sdiri go0gle kat MYRESIPI.
ada crack sket.. biasala saya 3B.. hehe

BAHAN-BAHAN
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
beskut oreo sesedap rasa dibuang creamnya

CARA-CARA
biskut oreo dibuat based dan diletakkan dalam acuan kek. leh go0gle kat MYRESIPI cara nak buat based. kemudian semua bahan2 di atas di blend. dan masukkan ke dalam acuan kek. bakar 140 darjah celcius selama 45 minit. apabila dah sampai 30 minit. tutup kek dengan aluminium foil supaya xmerekah. tp cikna punya merekah jugak.. ataupun leh juga letakkan air dalam oven.

p/s: nak cuba lg sbb xberapa nak jd yang ni.

Friday, September 16, 2011

:: BUBUR JAGUNG ::

Assalamualaikum
dah xtau nak merepek sudah kat blog. masukkan resipi bubur jagung yg dibuat pada hari selasa lepas utk iftar :) bubur paling senang, simple dan sedap. esoknya ada lebih cikna bawak p sko0l utk ibu mengandung yg mengidam
BAHAN-BAHAN
biji jagung
biji sagu
santan
gula
sedikit garam
CARA-CARA
rebus biji jagung dengan sedikit air. setelah jagung empuk masukkan sagu sehingga sagu masak. kemudian masukkan gula secukup rasa. last sekali masukkan santan dan sedikit garam. garam bkn nak kasi masin tau tp nak suruh kita punya bubur lemak2.. ok siap!!!!
p/s: kurangkan manis dalam makanan tp tambahkan manis dalam senyuman... SMILE :D

Monday, September 12, 2011

:: SUP TELUR ::

assalamualaikum
selamat solat maghrib semua... dah lama cikna xpost n3 pasal resipi n makan2. today i wan to show u my iftar menu. actually dis is my second day of 6th day fasting in SYAWAL.
jeng!jeng!jeng!
SUP TELUR
menu sangat simple n senang nak buat serta sesuai utk cikna yg bujang n buka pose sorang2 sbb yg lain2 ntah ke mana menghilang. tinaggal cikna sorg2 kat umah.
BAHAN
*bawang merah dimayang
*bawang putih dimayang
*halia diketuk
*bunga lawang
*kayu manis
serbuk lada hitam
2 biji Telur
sosej
meatball
tauhu ikan
serbuk perasa (gula, garam)

CARA-CARA
tumis bahan bertanda * sehingga naik bau. masukkan air. biar mendidih. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. akhir sekali bila telur dah masak masukkan sosej, meatball, tauhu ikan serta serbuk perasa. hiaskan dgn bawang goreng dan daun sup.
done~
p/s: semoga dapat menghabiskan puasa 6 dgn jayanya :)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...