Saturday, April 16, 2016

:: PUDING COKLAT CHIA SEEDS::

       setelah mengetahui banyak kelebihan dan mafaat chia seed ni, boleh klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut. cikna google beberapa resepi yang menggunakan chia seeds sebagai bahannya. sebelum ni cina cuma letak dalam air sirap macam minum sirap selasih tu. sedap dan segar rasanya. jd arini cikna nak cuba buat puding coklat letak chia seed ni. Alhamdulillah dah siap pon puding coklat chia seeds cikna cuma tak boleh makan lg kena letak dalam peti sejuk selama 6 jam baru boleh makan. 
       beginilah rupa puding coklat cikna. tak menarik langsung dan tak hias apa2. simple dan sgt berharap ia sedap..

   bahan-bahan:
3/4 cawan susu (apa2 susu, cikna pakai susu kambing yg cikna jual)
1 sdm serbuk koko
1 sdm madu
3 sdm chia seeds
1 sdk vanila 

LANGKAH-LANGKAH:
Semua bahan di atas dicampurkan dan dikacau hingga sebati. cikna pakai gelas yang sama masa kacau dan trus simpan dalam peti ais selama 6 jam.
bagi yang konpius kenapa tak letak jelly atau serbuk agar2. sebenarnya biji chia seeds inilah akan berfungsi sebagai jelly nanti. biji chia seeds ni dia mampu menyerap air yang banyak. jd nanti dia akan jd kental macam jelly dengan sendirinya.

p/s: sangat elok dinikmati time cuaca panas ni

4 comments:

Nabila Syifa said...

chia sedds? macam chia chia chia.. hehe

HeNRieTTa JoSe said...

chia seed? pertama kali dngar, jap nk g terjah entry lamer cikna...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

chia seed mmg bagus. =) ok blh cuba! hihi

• Ain Cho'in • said...

Wah nampak sedap la. Pertama kali dengar Chia Seed. :)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...