Friday, January 24, 2014

:: GA DARI VIETNAM ::

sollu 'ala nabi :)
macam lawak je bila cuma 4 sahaja peserta. nila akibatnya xsempat nak blogwalking sgt tp xpe kita nilaikan keempat2 peserta ni dan yg bertuah adalah habuannya. dan bg menghargai kesemua peserta insyaALLAH cikna akan bg juga hadiah. maknanya di sini semua dapat hadiah. Kepada semua peserta terima kasih sekali lg atas kesudian anda menyertakan diri dalam GA xseberapa ini. di sini cikna letakkan senarai hadiah yg datangnya dr vietnam.

1. kain cotton pasang (hadiah utama)
2. shawl
3.fridge magnet
semua hadiah di atas cikna beli semasa melancong ke vietnam bulan disember lepas. insyaALLAH pemenang utama akan di update secepat mungkin. ambil masa sket sebab nak baca n nilai kreativiti anda semua. hadiah yg lain2 tu jz ambil secara random.

teriam kasih, selamat malam :)


Thursday, January 23, 2014

:: SWEET SOUR OF L!FE GIVEAWAY!! ::

Assalamualaikum
ALHAMDULILLAH!!! sollu 'ala nabi... cikna diberi kesihatan yg baik setelah diuiji dengan bail palsy sebelum ini. dikesempatan ini dan atas nikmat yg diberikan dengan lafaz Bismillah cikna isytiharkan "sweet sour of life giveaway!. Tujuan GA ini adalah utk menghargai follower blog cikna dan juga utk berkongsi cerita2 menarik anda ketika melancong. utk pengetahuan anda2 semua ini merupakan GA kedua cikna.

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN:
1. Buat 1 entri dengan tajuk "SWEET SOUR OF L!FE GIVEAWAY!!"
2. Copy gamb di atas dan linkkan ke blog CIKNA
3. Ceritakan pengalaman anda ketika bercuti di mana2 sahaja tak kira dalam atau luar negeri dgn gaya kreatif anda
4. tag 3 orang rakan anda blogger anda pastikan mereka tahu mereka ditag
5. tinggalkan link anda di ruangan komen


TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
Sekembali CIKNA dr VIETNAM
18/12/13 
dilanjutkan sehingga
23 JANUARI 2014 (sempena besday cikna)

HADIAH:
Hadiah istimewa dr VIETNAM utk 2 orang pemenang 
1. seorg pemenang yg akan dicabut secara random
2. seorg pemenang akan dipilih berdasarkan cerita terbaik yg akan dipilih oleh juri2 yg bertauliah.

GOOD LUCK!!!

mereka2 yang telah join GA ini:
syuda zamirah
amir rusyaidi
dalila mimi
rita

P/s: insyaALLAH jika ada rezeki lebih pemenang random akan ditambah :)

Friday, January 17, 2014

::LERAIKAN RINDU INI YA ALLAH::

Apa yang telah berlaku pada aku? Astaghfirullah... kenapa perasaan ini mulai timbul? Kenapa rindu mulai mencengkam? Aku makin bingung dengan setelah apa yang blaku seakan aku tlah melupakan apa yg terjd.. mata aku xdpt lelap disebabkan dia... YA ALLAH, kau jagalah hati hambaMu ini. Jgnlah kau membolak balikkan lg hati ini. Xmampu aku menanggung keperitan kerana ia cuma igauan mimpiku. Yang pasti hanya KAU yg MAHA MENGETAHUI apa yg terbaik utkku. KAu jauhilah hatiku dr trus mengingatinya melebihi aku mengingatiMu...

p/s: Pabila bersendiri, hati terasa sunyi, entah bila kekosongan dihati ini kan terisi lagi..hanya doa yang bisa ku utuskan, hanya takdir dan waktu yang bakal menyaksikan keajaiban..kan ku nanti dengan cinta setulus hati moga hadirnya akan melenyapkan tiap kesakitan, keperitan jua kedukaan..Ameen!

Saturday, January 4, 2014

::MEMAAFKAN DENDAM TERINDAH ::

Assalamualaikum... selamat pagi =) di saat ini ketika semua sedang nyenyak tdo termasuk 3 ekor anak bulus cikna tp mata cikna masih lg segar bugar maybe terkena air wudhu td. Ingat dah nak tdo so spt biasa sblm tdo berus gg amek wudhu tp mata plak segar bugar. Sbnrnya ada sedikit yang mengganggu fikiran cikna ketika ini. Satu persoalan yg timbul iaitu KENAPA PERLU ADA DENDAM?? betul, bukan mudah utk melupakan apa yg telah org buat terhadap kta tp sepatutnya kita kena ingat dan kembali kpdNYA kenapa ini yg terjadi? Kenapa ALLAH memilih insan itu datang sbg ujian kpd kita? sbnrnya ia adalah utk menjadikan kita kuat. Setiap musibah atau apa yg berlaku dalam kehidupan kita ada hikmah disebaliknya. Suatu hari nanti anda akan berterima kasih n bersyukur kpd ALLAH sbb menghantar insan itu kpd kta sbg ujian. Dendam itu xkan merubah apa2 dalam kehidupan kita kecuali dendam yg tak berkesudahan. Sampai bila harus membenci dan berdendam? Sampai mati? Sampai insan yg kta berdendam tu mati? Kta bunuh skalipun insan yg kita dendam tersebut ttp hati kita xkan puas dan akan timbul dendam yg lain pula. Segala yg berlaku dalam kehidupan kita ini adalah proses pembelajaran utk masa depan (UNIVERSITY OF LIFE) 

 "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

ayat di atas menjelaskan bahawa semua ini adalah permainan syaitan, untuk memecahbelahkan kita. syaitan ini suka sangat melihat kita membuat tindakan tanpa mengikut ajaran ISLAM dan bertindak tidak rasional. kenapa? mmg sifat syaitan itu suka menghasut dan kita jgn mudah menyerah dengan hasutan ini. bagaimana caranya?? dengan menjadi PEMAAF. sesungguhnya MEMAAFKAN ORANG itu adalah dendam yg sangat terindah. anda akan tenang setenangnya. percayalah cakap k.ton. sebagaimana sabda RASULULLAH di bawah,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." 
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)


sebenarnya sgt berharap bg mereka yg berdendam baca apa yg dicoretkan oleh cikna. mungkin sukar tp kita cuba. InsyaALLAH ALLAH bersama kita. bg mereka masih terasa sukar dengan segala ujian yg melanda bacalah surah Al-Insyirah terdapat kekuatan di situ. ingin tau terjemahan al -Insyirah? klik DI SINI.  cukuplah sampai di sini. cikna nak tdo dulu. BISMIKALLAH HUMMA AHYA WA'AMUT... 

p/s: kita lepaskanlah dendam kita =) doakan yang baik2 utk dia. 

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...