Wednesday, April 27, 2016

:: PERISTIWA ISRAK MIKRAJ ::

           Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya. Peristiwa israk mikraj ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

A. Sebelum Israk dan Mikraj

.
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammadﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
.
.

B. Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
.
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Di antara tempat² berkenaan adalah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
.
.

Peristiwa Ajaib

.
Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
.
    1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
    2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah سبحانه وتعالى  (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
    3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
    4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
    5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
    6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
    7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
    8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
    9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
    10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
    11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
    12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
    13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi Muhammad ﷺ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
.
.

C.  Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah سبحانه وتعالى):
.
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
.
  1. Di Tangga Pertama:
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
.
  1. Di Tangga Kedua:
Nabi Muhammad ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
.
  1. Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
.
  1. Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.
.
  1. Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
.
  1. Di Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
.
  1. Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah سبحانه وتعالى pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:
“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”
Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
.
  1. Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
.
  1. Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
.
10.  Di Tangga Kesepuluh: 
Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah سبحانه وتعالى: “Ya Muhammad!”
Nabi Muhammad ﷺ: “Labbaika.”
Allah سبحانه وتعالى: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”
Nabi Muhammad ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”
Allah سبحانه وتعالى: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”
.
.

D. Selesai Munajat

.
Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah سبحانه وتعالى agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
.
.

E. Selepas Mikraj

.
Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

KREDIT KEPADA:
 https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad  

p/s: semoga apa yang dilihat oleh Nabi Muhammad ﷺ akan menjadi iktibar kepada kita umat baginda. Antaranya, bayangkan jika ALLAH perintahkan kita solat 50 waktu?? yang 5 waktu pon masih ada belum menunaikannya sepenuhnya. kasihnya baginda kepada kita sanggu ulang alik mintak ALLAH kurangkan lg waktu solat. banyak lg peristiwa yang boleh kita sematkan dalam hati kita untuk terus bertakwa kepada ALLAH. semoga kita semua terus istiqomah dalam melakukan ibadat. Wallahu'alam...

Monday, April 18, 2016

:: CHIA SEEDS HEAVEN DRINK ::

Selamat malam
sehari dua ni dok share pasal chia seeds aja.. arini cikna nak share resepi air minuman chia seeds ni simple lagi menyegarkan dan menyihatkan. sesiapa yang nak jaga badan, nak ramping dan nak berdiet boleh la cuba minuman ini. bahan pon simple aja.
bahan-bahan:
1 sdk chia seeds
jus limau nipis atau lemon
daun pudina

Langkah-langkah:
sediakan segelas air panas jika minum panas tp kalo nak sejuk cukup setengah gelas air. masukkan chia seeds, pudian n jus lemon. siap!! nak sejuk boleh letak ais..

nampak tak chia seeds dok berenang2

#resepichiaseeds
   p/s: amalkan apa sahaja untuk kesihatan..


                                                                             
                                   

Saturday, April 16, 2016

:: PUDING COKLAT CHIA SEEDS::

       setelah mengetahui banyak kelebihan dan mafaat chia seed ni, boleh klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut. cikna google beberapa resepi yang menggunakan chia seeds sebagai bahannya. sebelum ni cina cuma letak dalam air sirap macam minum sirap selasih tu. sedap dan segar rasanya. jd arini cikna nak cuba buat puding coklat letak chia seed ni. Alhamdulillah dah siap pon puding coklat chia seeds cikna cuma tak boleh makan lg kena letak dalam peti sejuk selama 6 jam baru boleh makan. 
       beginilah rupa puding coklat cikna. tak menarik langsung dan tak hias apa2. simple dan sgt berharap ia sedap..

   bahan-bahan:
3/4 cawan susu (apa2 susu, cikna pakai susu kambing yg cikna jual)
1 sdm serbuk koko
1 sdm madu
3 sdm chia seeds
1 sdk vanila 

LANGKAH-LANGKAH:
Semua bahan di atas dicampurkan dan dikacau hingga sebati. cikna pakai gelas yang sama masa kacau dan trus simpan dalam peti ais selama 6 jam.
bagi yang konpius kenapa tak letak jelly atau serbuk agar2. sebenarnya biji chia seeds inilah akan berfungsi sebagai jelly nanti. biji chia seeds ni dia mampu menyerap air yang banyak. jd nanti dia akan jd kental macam jelly dengan sendirinya.

p/s: sangat elok dinikmati time cuaca panas ni

:: KELEBIHAN DAN MANFAAT CHIA SEED ::

         HO0O0Olllaaaaaaaaaaaaaaaa.... bulan ni bulan kesihatan kot sebab cikna asyik nak buat n3 pasal makanan sihat2 aja... okesz?! kalo artikel sebelum ni dok crita pasal habbatus sauda, arini nak ceghita plak pasal chia seed. apa itu chia seed? chia seeds merupakan tumbuhan semulajadi Meksiko dan Guatemala yang berasal dari tumbuhan Salvia hispanica, yang satu keluarga dengan tumbuhan mint. Biji chia sangat kecil (berukuran kira-kira 1mm saja). Warna bijinya hitam, coklat, dan putih.  Biji chia memiliki kemampuan untuk menyerap cairan antara 9-12 kali ganda dalam 10 minit.
biji chia seed yang dibeli d cosway. mahal sgt 500g RM44.50
    Kat sini juga cikna nak share kelebihan-kelebihan chia seeds ni. kelebihan yang paling menarik sekali adalah membantu mengurangkan berat badan. best wooooooo kalo dpt kuruih. hakhak...
mohler kita intai  kelebihan chia seeds ni.

KELEBIHAN CHIA SEEDS
1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
- Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 10 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelakkan semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan.
2 - MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
- Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.
3 - MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
- EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung.
4 - MEMBEKAL TENAGA
- Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan menyeimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet, ahli bina badan dan mereka yang sedang berdiet.
5 - ANTI-PENUAAN
- Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah agar sentiasa muda.
6 - MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
- Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.

okesz.. stakat ni dulu untuk n3 Chia seeds ni sbb cikna nak p sediakan bahan untuk buat PUDING COKLAT CHIA SEEDS yang dicuri dr blogger FARAH DAFRI.  nanti cikna update ghope puding cikna yer... bye...

p/s: makan yang makanan sihat untuk hidup sihat

Wednesday, April 13, 2016

::RAMUAN DIET DENGAN HABBATUS SAUDA::

assalamualaikum
sebelum ni cikna dah buat posting pasal kebaikan dan cara menggunakan Habbatus sauda ni. tp arini cikna nak buat lg posting pasal habbatus sauda ni bila masa tgh scroll kat fb terjumpa satu artikel yang jintan hitam ni boleh menurunkan berat badan seseorang. tak salah kalo nak mencuba untuk kesihatan kita bersama. jom kita cek ramuan untuk menurunkan berat badan.







bahan-bahan:
  • 2 sdm jintan hitam
  • 1/2 buah lemon, perah airnya

Step by stepnya:
Rendam jintan hitam dalam air semalaman, rebus bijinya di pagi hari. tapis dan tambahkan air lemon.
Minum campuran ini setiap pagi dalam keadaan perut kosong selama 2 minggu.
       
      Bagi cikna xsalah mencuba sebab bahan yang digunakan adalah semulajadi dan pastinya tanpa bahan kimia. disamping itu habbatus sauda merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak kebaikan. jd apa tunggu lagi jom kta buat. semoga kurus dan sihat sama-sama.

p/s: push harder than yesterday if you want a different tomorrow



Sunday, April 10, 2016

:: KEBAIKAN HABBATUS SAUDA DAN CARA MENGAMALKANNYA::

ASSALAMUALAIKUM SEMO0O0O0....
malam ni nak buat entry pasal salah satu makanan sunnah iaitu habbatus sauda atau nama saintifiknya nigella stiva. cikna ada sebekas rempah hitam yang diberi oleh seorang kawan. disebabkan tak tau mcmana cara nak amalkan herba hitam ni, cikna telah bertanya pada satu group di fb iaitu group MASAK APA HARI NI. Jadi ramai yang memberi respon so cikna kumpulkan semua cara-cara mengamalkan habbatus sauda ni.pelbagai cara yang diajar dalam group MAHN namun cikna ambil beberapa tips sahaja yang sesuai dan mengikut sunnah. antaranya:
1. sudukan sedikit madu di tapak tangan bersama 7 biji habbatus sauda dan jilat. pastikan habbatus sauda tersebut digigit2
2. rendam didalam air teh suam bersama madu
3. sangaikan dan tumbuk sampai hancur. minum bersama madu
4. sangai dan makan perlu kunyah baru telan

ni bunga yang mengeluarkan herba hitam


"hendaklah kamu memakan jintan hitam, kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala penyakit melainkan as-saam (mati)"

  


























































































































       
rupa habbatus sauda




ANTARA KEBAIKAN HABBATUS SAUDA IALAH :

1. MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

2. MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

3.ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

4.SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)

5.ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

6.ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

7.ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

8.PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

9.SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

10.ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

11.MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

12.MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

13.MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

14.MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

p/s: mohler kita amalkan habbatus sauda ni. sunnah nabi tau. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi s.a.w... sollu 'ala nabi
 

Monday, April 4, 2016

:: KHASIAT SUSU KAMBING ::

SOLLU 'ALA NABI
Arini cikna nak ceghita sedikit tentang kelebihan dan khasiat susu kambing. mbek... mbek... mbek...
jom cekidot apa info dan maklumat yang sangat berguna ini. 

Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam


UNTUK TEMPAHAN SUSU KAMBING ASLI ATAU SUSU KAMBING BERPERISA ATAU YOGURT SUSU KAMBING BAGI SEKITAR KOTA BHARU BOLEH HUBUNGI

NIK KHAIRUNNISA 0162324125
ZALINA 0129293791

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja
anak2 hekan yang suka susu kambing yogurt


Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda



suka diorang minum susu kambing
 UNTUK TEMPAHAN SUSU KAMBING ASLI ATAU SUSU KAMBING BERPERISA ATAU YOGURT SUSU KAMBING BAGI SEKITAR KOTA BHARU BOLEH HUBUNGI

NIK KHAIRUNNISA 0162324125
ZALINA 0129293791

P/S:Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...