Friday, August 31, 2012

:: KEK LUMUT MAKANAN KAUM DUYUNG::

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55!!!!
sejak akhir2 ini sgt jarang cikna merapu merepek kat blog. kemalasan yg datang bertimbun2 menjadikan segala kerja tertangguh. tahun 2012 yg penuh kemalasan sejak dr awal sehingga hampir ke penghujung sudah. walaupun dalam kemalasan yg terlampau sempat juga cikna menyelongkar dapur maka tersedia lah KEK LUMUT. terciptanya kek lumut ini yg dicedok resipinya dr blog KAK ITA sambil melayan cerita ikan duyung filipina iaitu DYESEBEL. tetiba cikna membayangkan diri berada ditengah lautan dan menjadi seekor ikan duyung yg sedang menjamu selera kek lumut ini. kikiki... terperasan sekejap.. 
okeh! dah xpayah berangan lagik. kek ni sgt senang tp nunggu nak makan lama sgt. sempat habis layan cter DYESEBEL sampai 2 episod. cikna layan cter ni kat www.tonton.com.my. kek yg cikna buat ni xlawa macam kakak2 yg profesional buat tp cikna jamin rasanya sgt sedap. kawan2 puji tau.. hakhak... kombang lobang idung den..

KEK LUMUT
By : KAK ITA & KAK DAYANG JACK
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

p/s: cikna kukus pakai dapur arang sbb risau kalo gas habis nanti umi marah.. :)

Tuesday, August 14, 2012

::RESEPI SOMTAM::

Assalamualaikum...
pada petang ni cikna nak kongsi resepi sket. how to make papaya salad or kerabu betik atau lebih dikenali sebagai somtam. apa yang anda perlu sediakan adalah:
bahan-bahan:
betik muda yang diparut
udang kering
nise padi (sy xtau bahasa baku org panggil apa) benda ni macam gula putih yg pekat likat. kalo xda ganti je la ngan gula biasa
cili
tomato
limau nipis
kicap ikan
cara buat:
tumbuk semua bahan2 di atas kecuali betik. setelah semua dah hancur dan sebati gaulkan dengan betik. siap! hidang bersama kacang panjang atau kangkung

Monday, August 13, 2012

::CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAI HATI ::

assalamu'alaikum peeps!!! selamat sahur. sebenarnya tak tau apakah tujuan n3 ini diwujudkan. samada ingin join contest CABARAN SEO atau saje nak promote bloggers yg dah glamer. Ikhlas sy katakan di sini sbnrnya sy tidak menge nali blogger yg bernama DENAI HATI ( sori yer owner denai hati) kalo bro eyriqazz sy mmg kenali beliau dan sering berkunjung ke blog beliau dan sy pernah juga memenangi hadiah GA yg dianjurkan beliau. neway, thanks bro eyriqazz (= 
pasal contest anjuran EYRIQAZZ dan DENAI HATI, apa yg menarik minat sy adalah hadiah2 yang ditawarkan, alhamdulillah kalo dapat, jika tak dapat tak kesah pon. sekurangnya2 kita mencuba. tengok kat bawah yer utk setiap hadiah yg ditawarkan
Hadiah : UPDAted Setakat 26 June 2012
1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )3rd Prize - RM200 cash  + 5,000 trafik dari Denaihati.com4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com6-7 Prize - RM50 Cash each8-10 Prize - RM30 Cash11-20 Prize - RM10 Cash

Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash +  iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)

Cari Penaja Contest - RM40 Cash (sudah ada pemenang)

(Additional RM220 Reserve Prize, masih belum decide lagi camne nak agihkan.. Total hadiah Cash dari Eyriqazz + Penaja = RM1,850) 



so kalo korang rasa nak join silalah ke http://www.eyriqazz.com/2012/06/cabaran-seo-eyriqazz-vs-denaihati.html cikna rasa cikna xjoin kot sbb xtau nak cerita apa pasal denai hati ni. kenal pom tidak. )= maaf yer AMIR HASSAN, sy xpernah kenal anda so camner sy nak join GA ni tanpa kenal siapa anda? apa cerita yang akan sy buat pasal anda? nak sharing maklumat kena ada fakta tp sy langsung tiada, yg sy ada cuma sebiji laptop uruk yg baterinya kong dan sy mungkin akan tamat dalam bidang blogging apabila laptop ini bakal dikebumikan.

persoalannya sekarang: patutkah sy hantar n3 ni? sbb sy sdiri xtau tujuan n3 ini ditulis. sekian terima kasih...

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...