SELAMAT HARI MERDEKA KE 55!!!!
sejak akhir2 ini sgt jarang cikna merapu merepek kat blog. kemalasan yg datang bertimbun2 menjadikan segala kerja tertangguh. tahun 2012 yg penuh kemalasan sejak dr awal sehingga hampir ke penghujung sudah. walaupun dalam kemalasan yg terlampau sempat juga cikna menyelongkar dapur maka tersedia lah KEK LUMUT. terciptanya kek lumut ini yg dicedok resipinya dr blog KAK ITA sambil melayan cerita ikan duyung filipina iaitu DYESEBEL. tetiba cikna membayangkan diri berada ditengah lautan dan menjadi seekor ikan duyung yg sedang menjamu selera kek lumut ini. kikiki... terperasan sekejap..
okeh! dah xpayah berangan lagik. kek ni sgt senang tp nunggu nak makan lama sgt. sempat habis layan cter DYESEBEL sampai 2 episod. cikna layan cter ni kat www.tonton.com.my. kek yg cikna buat ni xlawa macam kakak2 yg profesional buat tp cikna jamin rasanya sgt sedap. kawan2 puji tau.. hakhak... kombang lobang idung den..
KEK LUMUT
By : KAK ITA & KAK DAYANG JACK
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik
p/s: cikna kukus pakai dapur arang sbb risau kalo gas habis nanti umi marah.. :)
No comments:
Post a Comment