Wednesday, April 5, 2017

::KERTAS KERJA LAWATAN PERPUSTAKAAN NEGARA::

        .................................................ASSALAMUALAIKUM...........................................
Hari ni cikna nak kongsi sedikit kertas kerja lawatan sekolah ke Perpustakaan Negara pada 16 Mac 2017 lepas.
............................................................................................................................................................



PROGRAM LAWATAN BERMAKLUMAT
SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR
16 450 KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN

1.0         PENDAHULUAN
   Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka Program Lawatan Bermaklumat SMU (A) AL-ITTIHADIAH telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur - Putrajaya. Ia merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pengawas pustaka SMU (A) AL-ITTIHADIAH TANJUNG PAGAR. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam mentadbir dan menguruskan perpustakaan.

2.0      RASIONAL
      Selaras dengan hasrat Negara untuk menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pengawas pustaka. Melalui aktiviti seperti ini, mereka dapat melihat dunia luar yang sebenarnya. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
       1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada 
           pengawas pustaka dalam membina keyakinan diri melalui aktivti 
           sosial yang bersesuaian.
       2. Dapat membuka minda para pengawas pustaka dengan suasana
    dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada para pustakawan dalam
  berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
       4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
            pentadbiran perpustakaan

4.0       DESTINASI

            Kuala Lumpur dan Putrajaya
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh              : 16 Mac 2017 – 18 Mac 2017
            Hari                 : Khamis - Ahad
            Masa Bertolak   : 8.30 malam ( 16 Mac 2017 )


6.0       KUMPULAN SASARAN
             Program ini disasarkan kepada guru-guru, pengawas pustaka SMU (A) AL-ITTIHADIAH


7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
Bas
 RM 1200.00/HARI x 3
RM   3600.00
Penginapan
 RM  400.00/Hari x 1
RM    400.00
Makan
 RM    25.00 x 42
RM  1050.00
Tiket
 RM    15.00 x 42
RM    630.00
Kecemasan
 RM   100.00
RM    100.00
Jumlah
RM  5780.00



7.1    TENTATIF LAWATAN

         HARI PERTAMA

6.00 Pagi                                 : Solat subuh di Masjid Negara dan persiapan diri
8.00 Pagi                                 : Tiba di Perpustakaan  Negara
12.00 Tengah hari                   : Persiapan makan tengah hari dan solat jamak zohor dan Asar
2.00 petang                             : ke KL Bird Park/ Tugu Negara / Muzium Negara

6.00 petang                             : Persiapan diri untuk makan malam dan solat jamak maghrib dan isyak
8.00 malam                              : tiba di I-City
10.00 malam                            : rehat


HARI KEDUA

6.00 pagi                                 : solat subuh dan persiapan diri serta sarapan pagi
8.00 pagi                                 : tiba di Rumah 4 Musim Bukit Cerakah
12.00 tgh hari                          : solat jamak zohor dan asar
  2.00 petang                           : sesi rawat minda di GM KLANG
6.00 petang                             : tiba di masjid Putrajaya
10.00 malam                            : bertolak pulang
       
         
7.4    PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada para pengawas pustaka SMU (A) AL-ITTIHADIAH. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :       

……………………………………..
(ZALINA BT HASSAN @ ZAMRI)
Setiausaha
Program Lawatan Bermaklumat
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR  

                                                     
Disemak oleh :

……………………………      
(PN NORANI MD HUSSEIN)
Penolong Kanan
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR  

Disahkan oleh :

……………………………
(TN HJ MAT YAACOB B. MAT AMIN)
Pengetua
SMU (A) AL-ITTIHADIAH
TANJUNG PAGAR  


Tuesday, March 14, 2017

::DIY: CARA BUAT BUNGA KERTAS::

ASSALAMUALAIKUM... Lama cikna xbersiaran dalam blog. pemalas punya pasal...haha... okesz selamat tahun 2017. ni 1st posting 2017 dengan sedikit tutorial atau DIY cara buat bunga kertas... okeh mohle kita menengok gambo2 tersebut..
ni munga2 chenta yang dah siap
 bunga2 ni korang boleh letak kat pelamin diy atau korang boleh letak tangkai untuk letak dalam pasu. nak hias2 keas pon boleh. comel je tau. yang penting diy dan jimat kos. kertas ni korang boleh beli kat kedai DAISO. Siap dengan dawai ikat lg untuk ikat kat kertas bunga ni.
cantik x?
kita letak kat cni yer...
ada sedikit masalah cikna xdapat nak upload gambar step by step tu tp xpe insyaALLAH nanti cikna buat lg entry DIY ni yer.. jangan mareeeee

p/s: seni itu adalah hasil campak2

Wednesday, May 11, 2016

:: BATMAN V SUPERMAN ::

assalamua'alaikum
teruja cikna bila diberi peluang oleh KAKI MOVIE untuk bgtau filem apa yang cikna nak tgk. apa lg peluang xharus dilepaskan memandangkan kelantan tiada panggung wayang maka cikna memilih filem yang terhebat di tahun 2016 iaitu BATMAN V SUPERMAN.

 
 Beta sgtlah teruja untuk menonton cerita tersebut siap requet lg nak yang ada subtile samada subtitle malay atau english. mmg la bahasa dalam movie tu englist tp otak cikna lembab sket nak tangkap apa yg depa cakap berbanding yang dituls. kalo yang terpapar depan mata senang sket nak cri maksud lam dictionary kan? betul x? hahaha

so sesapa yang rasa nak menonton movie bolehla intai2 di KAKI MOVIE. bak kata ASETERUK "MACAM-MACAM HADO0O0O0O0O0" selamat melayan movie sampai lebam.. bubbbyeeeee




Tuesday, May 3, 2016

:: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ::

Assalamu'alaikum


     Bismillahirrahmannirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

    Guru memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara. Jika dikaji, sesebuah tamadun maju pada zaman dahulu adalah tamadun yang mementingkan pendidikan. Ini membuktikan betapa pentingnya peranan seorang guru. Namun, bukan mudah untuk menjadi seorang guru pada abad ke 21. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh seseorang yang bergelar guru terutamanya cabaran dari pelajar, ibu bapa dan persekitaran itu sendiri.
      
     Tugas seorang guru bukan hanya mengajar ilmu pengetahuan tapi yang paling utama adalah dalam membentuk akhlak dan syahsiah seseorang pelajar itu. Namun begitu, dalam dunia yang serba moden dan berteknologi, tugas guru menjadi semakin sukar sehingga kekadang menguji kesabaran seorang guru dalam mendidik akhlak pelajar. Jika kita lihat, segala maklumat dapat diakses dengan menggunakan hujung jari sahaja, inni disebabkan rata-rata pelajar mempunyai telefon yang canggih yang boleh mengakses internet di mana sahaja. oleh itu, tidak hairanlah jika seseorang pelajar itu dapat mencapai maklumat atau bahan yang tidak sepatutnya dari internet. Keadaan ini yang menjadikan sikap seseorang pelajar itu menjadi semakin tidak berakhlak jika tersalah mencedok maklumat seperti gangsterisme atau bahan-bahan pornografi. Justeru itu, seorang guru perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi dan sifat kasih sayang yang kental. 

    
       Antara cabaran lain ialah sikap ibu bapa yang sering menyalahkan guru dan sering memenangkan anak-anak mereka. Bukan bermaksud seseorang guru itu tidak pernah melakukan kesilapan tetapi ibu bapa haruslah mengambil sikap terbuka dan berbincang bukan dengan terus menunding jari ke arah guru. Jika kita imbas kembali sewaktu zaman persekolahan dahulu, guru dibenarkan merotan. Terutamanya jika seserang pelajar itu tidak menyiapkan kerja sekolah atau ponteng atau nakal di sekolah. Setelah menerima hukumana 'roti panjang' tidak pula berani untuk bercerita pada ibu bapa. Amat berbeza pada zaman serba moden ini, apabila guru merotan pelajar atas kesalahan pelajar terbabit pasti ibu bapa akan menyaman guru tersebut. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa sememangnya sayangkan anak-anak namun sikap inilah yang akan mendorong anak-anak menjadi semakin nakal dan samseng di sekolah. Ibu bapa sering menyalahkan pihak sekolah tidak dapat menjaga disiplin pelajar tanpa menyedari disiplin pelajar bermula dari rumah.
         

          Dunia pendidikan juga berjalan seiring dengan arus kemodenan. Guru pada zaman dahulu menggunakan kaedah 'chalk and talk' sahaja. Berbanding pada zaman kini, guru juga terpaksa menggunakan pelbagai gajet dan sistem bagi berjalan seiring dengan perkembangan teknologi. Jika dahulu sumber guru hanya bergantung pada uku teks sahaja, namun kini guru juga harus menggali maklumat menggunakan capaian internet. Oleh sebab itu, guru pada masa kini haruslah mempunyai kebolehan dalam menggunakan internet dan pelbagai lagi gajet-gajet seperti komputer dan pencetak. Pengenalan kepada pelbagai sistem seperti Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian, Sistem Pendaftaran Murid dan pelbagai lagi juga menjadi cabaran kepada guru terutamanya guru-guru yang telah lama berkhidmat. Ini memberi tekanan kepada mereka kerana mereka terpaksa belajar semula dan ada juga dari mereka terus menolak untuk menggunakan sistem ini dan lebih rela menerima sistem konvensional. 
         
          Beberapa aspek lain yang juga menjadi cabaran kepada guru ialah beban tugas pengkeranian dan pelbagai jawatan yang disandang. Selain dari mengajar, seseorang guru itu terpaksa menguruskan beberapa fail dan menyelesaikan tugasnya di atas beberapa portfolio yang dipegangnya. Contohnya, seorang guru itu selain daripada menyiapkan pengajaran dan pembelajaran dalam darjah dan menanda kertas atau buku pelajar, guru tersebut juga memegang jawatan sebagai Guru Buku Teks Sekolah, Guru Kelas, atau Guru Disiplin. Oleh yang demikian, guru tersebut terpaksa menguruskan fail-fail, rekod kemaskini, minit mesyuarat dan sebagainya yang perlu dilengkapi dan diuruskan dengan baik.

       Kesimpulannya, bagi merealisasikan tema hari guru 2016 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, maka seorang guru haruslah menyahut segala cabaran yang berada di hadapannya. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Semangat yang kental dan kesabaran yang tinggi perlu dilatih saat seseorang itu mula melangkah ke alam perguruan. 
     SELAMAT HARI GURU 
WARGA PENDIDIK
karya asli:
Zalina Hassan zamri
1.10 am 3/5/2016

p/s: semoga cikna sentiasa kuat, tabah dan sabar dalam menempuh cabaran sebagai seorang guru.

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...