Wednesday, May 11, 2016

:: BATMAN V SUPERMAN ::

assalamua'alaikum
teruja cikna bila diberi peluang oleh KAKI MOVIE untuk bgtau filem apa yang cikna nak tgk. apa lg peluang xharus dilepaskan memandangkan kelantan tiada panggung wayang maka cikna memilih filem yang terhebat di tahun 2016 iaitu BATMAN V SUPERMAN.

 
 Beta sgtlah teruja untuk menonton cerita tersebut siap requet lg nak yang ada subtile samada subtitle malay atau english. mmg la bahasa dalam movie tu englist tp otak cikna lembab sket nak tangkap apa yg depa cakap berbanding yang dituls. kalo yang terpapar depan mata senang sket nak cri maksud lam dictionary kan? betul x? hahaha

so sesapa yang rasa nak menonton movie bolehla intai2 di KAKI MOVIE. bak kata ASETERUK "MACAM-MACAM HADO0O0O0O0O0" selamat melayan movie sampai lebam.. bubbbyeeeee




Tuesday, May 3, 2016

:: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ::

Assalamu'alaikum


     Bismillahirrahmannirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

    Guru memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara. Jika dikaji, sesebuah tamadun maju pada zaman dahulu adalah tamadun yang mementingkan pendidikan. Ini membuktikan betapa pentingnya peranan seorang guru. Namun, bukan mudah untuk menjadi seorang guru pada abad ke 21. Terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh seseorang yang bergelar guru terutamanya cabaran dari pelajar, ibu bapa dan persekitaran itu sendiri.
      
     Tugas seorang guru bukan hanya mengajar ilmu pengetahuan tapi yang paling utama adalah dalam membentuk akhlak dan syahsiah seseorang pelajar itu. Namun begitu, dalam dunia yang serba moden dan berteknologi, tugas guru menjadi semakin sukar sehingga kekadang menguji kesabaran seorang guru dalam mendidik akhlak pelajar. Jika kita lihat, segala maklumat dapat diakses dengan menggunakan hujung jari sahaja, inni disebabkan rata-rata pelajar mempunyai telefon yang canggih yang boleh mengakses internet di mana sahaja. oleh itu, tidak hairanlah jika seseorang pelajar itu dapat mencapai maklumat atau bahan yang tidak sepatutnya dari internet. Keadaan ini yang menjadikan sikap seseorang pelajar itu menjadi semakin tidak berakhlak jika tersalah mencedok maklumat seperti gangsterisme atau bahan-bahan pornografi. Justeru itu, seorang guru perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi dan sifat kasih sayang yang kental. 

    
       Antara cabaran lain ialah sikap ibu bapa yang sering menyalahkan guru dan sering memenangkan anak-anak mereka. Bukan bermaksud seseorang guru itu tidak pernah melakukan kesilapan tetapi ibu bapa haruslah mengambil sikap terbuka dan berbincang bukan dengan terus menunding jari ke arah guru. Jika kita imbas kembali sewaktu zaman persekolahan dahulu, guru dibenarkan merotan. Terutamanya jika seserang pelajar itu tidak menyiapkan kerja sekolah atau ponteng atau nakal di sekolah. Setelah menerima hukumana 'roti panjang' tidak pula berani untuk bercerita pada ibu bapa. Amat berbeza pada zaman serba moden ini, apabila guru merotan pelajar atas kesalahan pelajar terbabit pasti ibu bapa akan menyaman guru tersebut. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa sememangnya sayangkan anak-anak namun sikap inilah yang akan mendorong anak-anak menjadi semakin nakal dan samseng di sekolah. Ibu bapa sering menyalahkan pihak sekolah tidak dapat menjaga disiplin pelajar tanpa menyedari disiplin pelajar bermula dari rumah.
         

          Dunia pendidikan juga berjalan seiring dengan arus kemodenan. Guru pada zaman dahulu menggunakan kaedah 'chalk and talk' sahaja. Berbanding pada zaman kini, guru juga terpaksa menggunakan pelbagai gajet dan sistem bagi berjalan seiring dengan perkembangan teknologi. Jika dahulu sumber guru hanya bergantung pada uku teks sahaja, namun kini guru juga harus menggali maklumat menggunakan capaian internet. Oleh sebab itu, guru pada masa kini haruslah mempunyai kebolehan dalam menggunakan internet dan pelbagai lagi gajet-gajet seperti komputer dan pencetak. Pengenalan kepada pelbagai sistem seperti Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian, Sistem Pendaftaran Murid dan pelbagai lagi juga menjadi cabaran kepada guru terutamanya guru-guru yang telah lama berkhidmat. Ini memberi tekanan kepada mereka kerana mereka terpaksa belajar semula dan ada juga dari mereka terus menolak untuk menggunakan sistem ini dan lebih rela menerima sistem konvensional. 
         
          Beberapa aspek lain yang juga menjadi cabaran kepada guru ialah beban tugas pengkeranian dan pelbagai jawatan yang disandang. Selain dari mengajar, seseorang guru itu terpaksa menguruskan beberapa fail dan menyelesaikan tugasnya di atas beberapa portfolio yang dipegangnya. Contohnya, seorang guru itu selain daripada menyiapkan pengajaran dan pembelajaran dalam darjah dan menanda kertas atau buku pelajar, guru tersebut juga memegang jawatan sebagai Guru Buku Teks Sekolah, Guru Kelas, atau Guru Disiplin. Oleh yang demikian, guru tersebut terpaksa menguruskan fail-fail, rekod kemaskini, minit mesyuarat dan sebagainya yang perlu dilengkapi dan diuruskan dengan baik.

       Kesimpulannya, bagi merealisasikan tema hari guru 2016 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, maka seorang guru haruslah menyahut segala cabaran yang berada di hadapannya. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Semangat yang kental dan kesabaran yang tinggi perlu dilatih saat seseorang itu mula melangkah ke alam perguruan. 
     SELAMAT HARI GURU 
WARGA PENDIDIK
karya asli:
Zalina Hassan zamri
1.10 am 3/5/2016

p/s: semoga cikna sentiasa kuat, tabah dan sabar dalam menempuh cabaran sebagai seorang guru.

Monday, May 2, 2016

:: PUTERI DALAM KACA ::

assalamulaikum
 arini nak share resep yang cikna buat semasa weeken minggu lepas. alkisahnya ni 1st trial cikna untuk buat puding hantaran adik. so kena try dulu tp xsecantik yang dibuat org lain. almaklumla aku ni amatur ajak. bg cikna puding ni senang je nak buat tp memerlukan krativiti menyusun supaya nampak cantek.


 jom cekidaut bahan2 untuk membuat puding ni.
BAHAN-BAHAN untuk puteri:
200G GULA (1cawan gula)
230 g santan ( 11/2 cawan santan)
10 biji telur
satukan semua bahan di atas. kacau sebati. bahagi kepada beberapa kegemaran. masukkan dalam acuan. kukus hingga nasak

bahan-bahan untuk agar2:
2 paket agar2 (10g x 2)
8 cawan air
3 cawan gula
satukan semua bahan. masak sehingga mendidih. tuang ke dalam acuan. susun mengikut kreativiti adunan yang dikukus td. siap!!!!






resepi ni diambil dr kawan cikna. so sesiapa nak ambil la. nak share pon boleh.

p/s: puteri comot dalam kaca :p

Wednesday, April 27, 2016

:: PERISTIWA ISRAK MIKRAJ ::

           Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya. Peristiwa israk mikraj ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

A. Sebelum Israk dan Mikraj

.
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammadﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
.
.

B. Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
.
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Di antara tempat² berkenaan adalah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
.
.

Peristiwa Ajaib

.
Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
.
    1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
    2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah سبحانه وتعالى  (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
    3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
    4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
    5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
    6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
    7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
    8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
    9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
    10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
    11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
    12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
    13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi Muhammad ﷺ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
.
.

C.  Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah سبحانه وتعالى):
.
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
.
  1. Di Tangga Pertama:
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
.
  1. Di Tangga Kedua:
Nabi Muhammad ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
.
  1. Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
.
  1. Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.
.
  1. Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
.
  1. Di Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
.
  1. Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah سبحانه وتعالى pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:
“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”
Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
.
  1. Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
.
  1. Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
.
10.  Di Tangga Kesepuluh: 
Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah سبحانه وتعالى: “Ya Muhammad!”
Nabi Muhammad ﷺ: “Labbaika.”
Allah سبحانه وتعالى: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”
Nabi Muhammad ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”
Allah سبحانه وتعالى: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”
.
.

D. Selesai Munajat

.
Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah سبحانه وتعالى agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
.
.

E. Selepas Mikraj

.
Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

KREDIT KEPADA:
 https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad  

p/s: semoga apa yang dilihat oleh Nabi Muhammad ﷺ akan menjadi iktibar kepada kita umat baginda. Antaranya, bayangkan jika ALLAH perintahkan kita solat 50 waktu?? yang 5 waktu pon masih ada belum menunaikannya sepenuhnya. kasihnya baginda kepada kita sanggu ulang alik mintak ALLAH kurangkan lg waktu solat. banyak lg peristiwa yang boleh kita sematkan dalam hati kita untuk terus bertakwa kepada ALLAH. semoga kita semua terus istiqomah dalam melakukan ibadat. Wallahu'alam...

Monday, April 18, 2016

:: CHIA SEEDS HEAVEN DRINK ::

Selamat malam
sehari dua ni dok share pasal chia seeds aja.. arini cikna nak share resepi air minuman chia seeds ni simple lagi menyegarkan dan menyihatkan. sesiapa yang nak jaga badan, nak ramping dan nak berdiet boleh la cuba minuman ini. bahan pon simple aja.
bahan-bahan:
1 sdk chia seeds
jus limau nipis atau lemon
daun pudina

Langkah-langkah:
sediakan segelas air panas jika minum panas tp kalo nak sejuk cukup setengah gelas air. masukkan chia seeds, pudian n jus lemon. siap!! nak sejuk boleh letak ais..

nampak tak chia seeds dok berenang2

#resepichiaseeds
   p/s: amalkan apa sahaja untuk kesihatan..


                                                                             
                                   

Saturday, April 16, 2016

:: PUDING COKLAT CHIA SEEDS::

       setelah mengetahui banyak kelebihan dan mafaat chia seed ni, boleh klik DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut. cikna google beberapa resepi yang menggunakan chia seeds sebagai bahannya. sebelum ni cina cuma letak dalam air sirap macam minum sirap selasih tu. sedap dan segar rasanya. jd arini cikna nak cuba buat puding coklat letak chia seed ni. Alhamdulillah dah siap pon puding coklat chia seeds cikna cuma tak boleh makan lg kena letak dalam peti sejuk selama 6 jam baru boleh makan. 
       beginilah rupa puding coklat cikna. tak menarik langsung dan tak hias apa2. simple dan sgt berharap ia sedap..

   bahan-bahan:
3/4 cawan susu (apa2 susu, cikna pakai susu kambing yg cikna jual)
1 sdm serbuk koko
1 sdm madu
3 sdm chia seeds
1 sdk vanila 

LANGKAH-LANGKAH:
Semua bahan di atas dicampurkan dan dikacau hingga sebati. cikna pakai gelas yang sama masa kacau dan trus simpan dalam peti ais selama 6 jam.
bagi yang konpius kenapa tak letak jelly atau serbuk agar2. sebenarnya biji chia seeds inilah akan berfungsi sebagai jelly nanti. biji chia seeds ni dia mampu menyerap air yang banyak. jd nanti dia akan jd kental macam jelly dengan sendirinya.

p/s: sangat elok dinikmati time cuaca panas ni

:: KELEBIHAN DAN MANFAAT CHIA SEED ::

         HO0O0Olllaaaaaaaaaaaaaaaa.... bulan ni bulan kesihatan kot sebab cikna asyik nak buat n3 pasal makanan sihat2 aja... okesz?! kalo artikel sebelum ni dok crita pasal habbatus sauda, arini nak ceghita plak pasal chia seed. apa itu chia seed? chia seeds merupakan tumbuhan semulajadi Meksiko dan Guatemala yang berasal dari tumbuhan Salvia hispanica, yang satu keluarga dengan tumbuhan mint. Biji chia sangat kecil (berukuran kira-kira 1mm saja). Warna bijinya hitam, coklat, dan putih.  Biji chia memiliki kemampuan untuk menyerap cairan antara 9-12 kali ganda dalam 10 minit.
biji chia seed yang dibeli d cosway. mahal sgt 500g RM44.50
    Kat sini juga cikna nak share kelebihan-kelebihan chia seeds ni. kelebihan yang paling menarik sekali adalah membantu mengurangkan berat badan. best wooooooo kalo dpt kuruih. hakhak...
mohler kita intai  kelebihan chia seeds ni.

KELEBIHAN CHIA SEEDS
1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
- Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 10 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelakkan semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan.
2 - MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
- Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.
3 - MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
- EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung.
4 - MEMBEKAL TENAGA
- Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan menyeimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet, ahli bina badan dan mereka yang sedang berdiet.
5 - ANTI-PENUAAN
- Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah agar sentiasa muda.
6 - MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
- Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.

okesz.. stakat ni dulu untuk n3 Chia seeds ni sbb cikna nak p sediakan bahan untuk buat PUDING COKLAT CHIA SEEDS yang dicuri dr blogger FARAH DAFRI.  nanti cikna update ghope puding cikna yer... bye...

p/s: makan yang makanan sihat untuk hidup sihat

Wednesday, April 13, 2016

::RAMUAN DIET DENGAN HABBATUS SAUDA::

assalamualaikum
sebelum ni cikna dah buat posting pasal kebaikan dan cara menggunakan Habbatus sauda ni. tp arini cikna nak buat lg posting pasal habbatus sauda ni bila masa tgh scroll kat fb terjumpa satu artikel yang jintan hitam ni boleh menurunkan berat badan seseorang. tak salah kalo nak mencuba untuk kesihatan kita bersama. jom kita cek ramuan untuk menurunkan berat badan.







bahan-bahan:
  • 2 sdm jintan hitam
  • 1/2 buah lemon, perah airnya

Step by stepnya:
Rendam jintan hitam dalam air semalaman, rebus bijinya di pagi hari. tapis dan tambahkan air lemon.
Minum campuran ini setiap pagi dalam keadaan perut kosong selama 2 minggu.
       
      Bagi cikna xsalah mencuba sebab bahan yang digunakan adalah semulajadi dan pastinya tanpa bahan kimia. disamping itu habbatus sauda merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak kebaikan. jd apa tunggu lagi jom kta buat. semoga kurus dan sihat sama-sama.

p/s: push harder than yesterday if you want a different tomorrow



Sunday, April 10, 2016

:: KEBAIKAN HABBATUS SAUDA DAN CARA MENGAMALKANNYA::

ASSALAMUALAIKUM SEMO0O0O0....
malam ni nak buat entry pasal salah satu makanan sunnah iaitu habbatus sauda atau nama saintifiknya nigella stiva. cikna ada sebekas rempah hitam yang diberi oleh seorang kawan. disebabkan tak tau mcmana cara nak amalkan herba hitam ni, cikna telah bertanya pada satu group di fb iaitu group MASAK APA HARI NI. Jadi ramai yang memberi respon so cikna kumpulkan semua cara-cara mengamalkan habbatus sauda ni.pelbagai cara yang diajar dalam group MAHN namun cikna ambil beberapa tips sahaja yang sesuai dan mengikut sunnah. antaranya:
1. sudukan sedikit madu di tapak tangan bersama 7 biji habbatus sauda dan jilat. pastikan habbatus sauda tersebut digigit2
2. rendam didalam air teh suam bersama madu
3. sangaikan dan tumbuk sampai hancur. minum bersama madu
4. sangai dan makan perlu kunyah baru telan

ni bunga yang mengeluarkan herba hitam


"hendaklah kamu memakan jintan hitam, kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala penyakit melainkan as-saam (mati)"

  


























































































































       
rupa habbatus sauda




ANTARA KEBAIKAN HABBATUS SAUDA IALAH :

1. MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

2. MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

3.ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

4.SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)

5.ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

6.ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

7.ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

8.PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

9.SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

10.ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

11.MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

12.MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

13.MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

14.MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

p/s: mohler kita amalkan habbatus sauda ni. sunnah nabi tau. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi s.a.w... sollu 'ala nabi
 

Monday, April 4, 2016

:: KHASIAT SUSU KAMBING ::

SOLLU 'ALA NABI
Arini cikna nak ceghita sedikit tentang kelebihan dan khasiat susu kambing. mbek... mbek... mbek...
jom cekidot apa info dan maklumat yang sangat berguna ini. 

Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam


UNTUK TEMPAHAN SUSU KAMBING ASLI ATAU SUSU KAMBING BERPERISA ATAU YOGURT SUSU KAMBING BAGI SEKITAR KOTA BHARU BOLEH HUBUNGI

NIK KHAIRUNNISA 0162324125
ZALINA 0129293791

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja
anak2 hekan yang suka susu kambing yogurt


Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda



suka diorang minum susu kambing
 UNTUK TEMPAHAN SUSU KAMBING ASLI ATAU SUSU KAMBING BERPERISA ATAU YOGURT SUSU KAMBING BAGI SEKITAR KOTA BHARU BOLEH HUBUNGI

NIK KHAIRUNNISA 0162324125
ZALINA 0129293791

P/S:Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172)

Saturday, January 16, 2016

:: BATANG BURUK SABAH / POPIA NESTU / POPIA MILO ::

assalamulaikum
ni cikna nak tanya sket. korang pnah  tetiba rasa nak mengunyah2 pastu rasa nak yg suwit muwit gtu? cikna ni slalu sgt rasa nak mengunyah2 macam lembu plak rasa. ingat tahun 2016 ni nak diet tp xterdiet jgakla. hukhukhuk...
sbb suka sgt nak mengunyah dah xlarat nak beli kacang, snek bagai so kita buat snek kta sdiri yang diberi nama batang buruk sabah atau ada jgak org panggil popia nestum (kalo letak nestum)

jom cekidaud bahan2:
kulit popia
kacang hijau
gula
susu
cara penyediaan:
mula2 gulung kulit popia macam gambar dibawah kemudian gunting menyerong kasi cantik2..
 
haaaa... macam kat bawah ni. kan comel bila di gunting. 

.
dah siap gunting kta goreng sampai kekuningan. kemudian kta sangai kacang hijau sampai garing.
 kacang hijau yang dah disangai (goreng tanpa minyak) td, kita sejukkan dulu. apabila dah sejuk kasi blend bersama dengan gula. kemudian bolehlah kita bedakkan popia yang telah digoreng td dengan serbuk kacang hijau + gula dan susu tepung. siap!!! boleh makan sambil tgk tv. kalo anda ada alahan dengan kacang atau xsuka kacang boleh ganti dengan nestum (popia nestum)
xsuka nestum ganti ngan milo.. sedap tau popia milo.

 p/s: xpandai masak takpe, janji rajin masak tau.


:: RESEPI TAUHU BUNGA / TAUHU TERBALIK ::

ASSALAMULAIKUM dan selamat tghari!!
             hola! cikna malas nak taip panjang2 jz nak share resepi yang cikna masak kelmarin untuk hidangan makan petang kononnya iaitu tauhu terbalik atau tauhu bunga by cikna dan resepi diambil dr SHIELA RUSLY beberapa tahun dahulu dalam rancangan ketuk2 ramadhan.


Tauhu Bunga / Tauhu Terbalik Berinti
Bahan-bahan
10-12 keping tauhu kering
1 keping daging kisar
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1/2 carrot – dipotong dadu
6-7 biji cendawan bulat – dipotong dadu
daun bawang – dihiris halus
cili merah sikit – dihiris halus
1 biji telur
isi tauhu
garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1- Belah bahagian atas tauhu menggunakan gunting. (Guntingkan bentuk X kecil)
2- Korek dan keluarkan isinya perlahan-lahan dan kemudian terbalikkan tauhu. Time nie kena manja-manja supaya tak koyak. Ketepikan.
3- Bahan-bahan inti disatukan kesemuanya termasuk juga isi tauhu tadi (tak baik membazir, sayang kalau dibuang kannn…. ) dan masukkan inti ke dalam tauhu hingga penuh.
4- Setelah itu goreng hingga garing. Cara menggoreng kena masukkan part kelopaknya dahulu dan kemudian baru dibalikkan. Paras minyaknya pula setengah bahagian tauhu tersebut.
5- Bila dah kekuning-kuninggan, angkat dan toskan
6- Sedia dihidangkan dengan cili sos kegemaran.

Monday, January 11, 2016

:: RESEPI TOM YAM PEKAT PEDAS SEDAP::

ASSALAMUALAIKUM
Selamat bekerja semua.. bg ibu2 atau surirumah yang tengah pikir nak masak apa tu meh cikna share resepi tomyam yang mcm kat kedai tomyam siam sebijik tau tanpa menggunakan sebarang perencah yang beli kat kedai. cepat amek kertas salin resepi ni. dr umi cikna ni yer. ni cikna masak tomyam sotong weeken aritu sbb adik cikna ni suka sgt tomyam sotong so dia request nak makan tom yam sutum pedas dan masam. konpem kick.
bahan-bahan:
bawang besar selabu
cili sepedas yang anda mau
tomato 2 biji
bawang putih 3 ulas
semua bahan di atas diblend sampai hancur

bawang besar dipotong
tomato dipotong
daun limau purut dikoyak2
serai diketuk
halia diketuk
lengkuas
cili kalo mau lg pedas di potong untuk digigit ketika makan nanti
akar daun ketumbar (ini rahsia kesedapan tau)
air limau

sayur mayur yang sesuai

ayam/daging/sotong/udang/ikan tenggiri (terpulang lauk kesukaan anda)

cara menyediakan:
tumis sedikit minyak bahan yang diblend td tp jangan garing tau. tumis ala2 je kalo letak ayam tu tumis skali sbb cikna xsuka bau hanyir ayam kalo xtumis. xnak pon xpa. terpulang yer... kemudian masukkan air dan semua bahan2 yang dipotong, dihiris, diketuk, dikoyak. pastu masukkan lauk pauk kemudian sayur. biarkan menggelegak. last skali masukkan air limau. time nak hidang baru letak daun ketumbar yang dihiris dan serbuk lada putih. 

okesz.. ini sahaja dr cikna untuk lauk pauk arini. jangan lupa hidang bersama telur goreng. pasti sedap dan menyelerakan. 
 
p/s: masa memasak jangan lupa zikir YA LATIF semoga apa yang kita masak tu sedap dan mengenyangkan yang tersayang.

 

Saturday, January 9, 2016

:: AYAM KAMPUNG KUKUS KICAP PHU KHAO THONG ::

             assalamualaikum dan selamat tengahari semooooo!!!!! dah lama cikna tak sharing2 resepi kat cni yer. almaklum la bz ngan fb n instagram sajo. arini cikna nak kongsi resepi ayam kukus tersedap di dunia. hehehe.. puji diri sendiri itu adalah perkara biasa. cerita sebelum terjadinya masakan ini adalah.. jeng3x.
            pada suatu ari, umi cikna telah menonton satu rancangan masak memasak kat channel thailand (umi asal thai) dan dalam rancangan tersebut chef itu tunjuk cara nak masak AYAM KAMPUNG KUKUS bersama sos pencicah. bahan-bahan untuk masak ayam kukus ini sgt senang dan ada disekeliling rumah cikna aja so umi pon telah meminta abah menyembelih ayam kampungnya untuk dimasak. jom!! cekidaut resepinya dan resepi ini spt biasa tidak bersukat. pandai2 la anggarkan.

bahan-bahan:
seekor ayam kampung atau ikut sukalah nak masak sebelah pon boleh
serai
halia
lengkuas
kunyit hidup (bukan serbuk)
(semua bahan di atas ditumbuk)
serai yang diketuk
kicap cap bukit emas atau phu khao thong
daun limau purut 
daun ketumbar
CARA:
Ayam dibersihkan dan dipotong. perap ayam bersama bahan yang ditumbuk halus dan kicap secukup rasa selama 6 jam. (chef thai tu yang cakap kena perap selama 6 jam) selepas diperap, panaskan pengukus. masukkan ayam yang diperap td ke dalam bekas kemudian masukkan serai yang diketuk bersama dengan daun limau purut dan daun ketumbar. kukus selama 50 minit atau sehingga ayam masak dengan elok. hidangkan bersama sos.

resepi sos
bahan-bahan:
cili merah (ikut pedas)
tomato
bawang putih
akar daun ketumbar ketumbar
sedikit garam dan gula

cara penyediaan:
semua bahan di atas diblend bersama sedikit air. 

ayam kampung kukus thai
sekian sahaja untuk arini. selamat mencuba yer

p/s: YA ALLAH berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan periharalah kami dr azab api neraka.

Wednesday, January 6, 2016

:: TEMPAT MAKAN MENARIK DAN SEDAP DI KELANTAN PART 1 ::

Sollu 'ala nabi
assalamualaikum n a very good morning. jam 12.15 pagi baru rajin nak blogging. arini cikna nak share tempat makan yang menarik dan sedap2 sekitar KELANTAN. sesiapa yang nak plan bercuti ke kelantan bolehlah cuba2 akan di tempat yang cikna senaraikan ni yer. kelantan sememangnya terkenal dengan makanan yang sedap2 dan murah pulak tu.

1. KOPITIAM KITA
untuk sarapan pagi anda bolehlah ke kopitiam kita. Antara kafe untuk sarapan pagi yang terkenal di Kelantan.Menyediakan pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang istimewa ialah roti titab iaitu roti bakar yang dihidangkan bersama kaya dan telur separuh masak.

Alamat/lokasi : 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.
Waktu: seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja.
   

2. WARUNG NASI KERABU
  Kedai nasi kerabu ni cikna xnak sajez mana2 kedai tp cikna nak uols sendiri buat pilihan sebab sepanjang jalan dari Kadok sampai ke ketereh itulah zon nasi kerabu. macam2 spesis ada nasi kerabu di sepanjang jalan tersebut. warung nasi kerabu su, warung nasi kerabu cik siti, warung nasi kerabu daging singgang dan byk lagi. apa yang cikna nak ckp semua sedap. jd pilihan di tangan anda... kalo nak p makan area cni bek p ari sabtu sebab lepas makan anda boleh sopim di pasar tani ketereh. macam2 hado....

3. NASI ULAM CIKGU HAMID
 bg mereka yang suka makanan kampung kat cni sgt recommended, cikna dr zaman sekolah lg mmg suka makan sini sbb murah sgt dan pemilik restoren ni ayah kawan cikna so kalo member tu ada dpt diskaun la. nasi ulam cikgu ni terletak dekat pusat kraftangan kota bharu iaitu berdekatan dengan PASAR SITI KHADIJAH. jd uols yang sopim kat pasar siti khadijah tu bolehla menjamu selera kat cni. makan ramai2 nasi uam budu dengan ikan bakar, ikan keli goreng, ikan patin asam pedas, ayam goreng ranggup panas2 dan pelbagai ulam-ulaman dihidang pula dengan air sirap selasih. masyaALLAH memang sedap dan menyelerakan.
4. RESTOREN ABE MIE
tak suka makan nasi ulam dan tercari-cari nasi yang simple. ni dia yang anak cri NASI AYAM GORENG ABE MIE. memang beratur la nak makan nasi ni. kena sabar la yer. Menyediakan hidangan nasi kukus yang berlaukkan ayam goreng berempah. Lauk yang lain juga ada. kedai nasi abang ni dekat saja dengan BILLION kota bharu. lepas makan boleh sambung shopping.


Alamat/lokasi : Restoran Abe Mie, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

5. RESTOREN SULIZA SUP AIR ASAM DAN DAGING BAKAR
 rasa nak makan tengahari dengan lauk pauk yang masam2 sedap dan bersup? kat cni uols semua patut pergi. pergh!!!! sup air asam dengan daging bakar dia mmg terangat. order by set trus. set sup air asam daging bakar. cikna kalo p sini xcukup 1 set (opppsss). lokasi kedai ni dekat je dengan restoren abe mie iaitu berdekatan dengan open universiti jalan lundang. 

Rasanya kena stop dulu dah lewat ni esok nak keje. so nanti free cikna sambung balik TEMPAT MAKAN MENARIK DAN SEDAP DI KELANTAN. 
p/s: bismikallah humma ahya wa amut.

Monday, January 4, 2016

::SELAMAT KMBALI KE SEKOLAH::

SOLLU 'ALA NABI
            Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menjejak 2016, masih belum terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru 2016. awal2 tahun semua orang sebuk. ibu bapa sebuk dgn anak2 yang nak masuk sekolah. anak2 yang baru masuk tahun 1 sibuk dengan nak menyesesuaikan diri dengan alam persekolahan. apatah lg cikgu2 macam cikna, semua sibukla. jalanraya sekitar kota bharu pada 3/1/2016  amatla sebuk pepagi buta lg. 
              cikna pon sebuk dengan semua kerja kat sekolah. nak susun atur kelas bagai, maklumla semua nak duduk depan. bg tahun 6, tahun ni merupakan tahun mereka untuk hadapi peperiksaan dr kbsr ke kssr. so cikna pon sebuk la nak sedia RPT, RPH MATEMATIK TAHUN 6. tengah cari idea cara pengajaran yang berkesan supaya mereka dapat A dalam matematik. sekolah kampung dengan pelbagai infrastruktur yang xlengkap disebabkan sekolah cikna under kerajaan negeri. pelajar xramai cuma sekelas setiap darjah kecuali tahun 1 terpaksa buka 2 kelas memandangkan sambutan yang agak meggalakkan daripada ibu bapa. sekolah rendah ugama (arab) al -ittihadiah tanjung pagar, ketereh merupakan sekolah agama dibawah yayasan islam kelantan. walaupun sekolah kami mungkin kekurangan pelbagai infrastruktur tp kami mempunyai guru2 yang hebat. alhamdulillah... ada ibu bapa dari luar kelantan hantar anak2 mereka ke sekolah kami. mereka menempatkan anak2 mereka di tahfiz swasta dan pihak tahfiz akan hantar anak2 ke sekolah. byk pula bercerita pasal sekolah.
                 
     ni cikna nak up gambar pelajar yang dpt 5A UPSR tahun 2015. yang perempuan tu sekarang bersekolah di MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH, KELANTAN. manakala, yang lelaki pula MAAHAD TAHFIZ SAIN KOK LANAS. Yang bagusnya maahad tahfiz sains ni bila anak anada keluar je anak anda bukan sahaja seorg doktor, jurutera, guru atau apa sahaja bidang kerja tp anak anda juga seorg hafiz dan hafizah (huffaz quran)
khairina burhanuddin

nik mohammad al-fateh nik mahadi

p/s: مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Artinya : ”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akherat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”. (HR. Turmudzi)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...