SOLLU 'ALA NABI
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menjejak 2016, masih belum terlewat untuk ucapkan selamat tahun baru 2016. awal2 tahun semua orang sebuk. ibu bapa sebuk dgn anak2 yang nak masuk sekolah. anak2 yang baru masuk tahun 1 sibuk dengan nak menyesesuaikan diri dengan alam persekolahan. apatah lg cikgu2 macam cikna, semua sibukla. jalanraya sekitar kota bharu pada 3/1/2016 amatla sebuk pepagi buta lg.
cikna pon sebuk dengan semua kerja kat sekolah. nak susun atur kelas bagai, maklumla semua nak duduk depan. bg tahun 6, tahun ni merupakan tahun mereka untuk hadapi peperiksaan dr kbsr ke kssr. so cikna pon sebuk la nak sedia RPT, RPH MATEMATIK TAHUN 6. tengah cari idea cara pengajaran yang berkesan supaya mereka dapat A dalam matematik. sekolah kampung dengan pelbagai infrastruktur yang xlengkap disebabkan sekolah cikna under kerajaan negeri. pelajar xramai cuma sekelas setiap darjah kecuali tahun 1 terpaksa buka 2 kelas memandangkan sambutan yang agak meggalakkan daripada ibu bapa. sekolah rendah ugama (arab) al -ittihadiah tanjung pagar, ketereh merupakan sekolah agama dibawah yayasan islam kelantan. walaupun sekolah kami mungkin kekurangan pelbagai infrastruktur tp kami mempunyai guru2 yang hebat. alhamdulillah... ada ibu bapa dari luar kelantan hantar anak2 mereka ke sekolah kami. mereka menempatkan anak2 mereka di tahfiz swasta dan pihak tahfiz akan hantar anak2 ke sekolah. byk pula bercerita pasal sekolah.
ni cikna nak up gambar pelajar yang dpt 5A UPSR tahun 2015. yang perempuan tu sekarang bersekolah di MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH, KELANTAN. manakala, yang lelaki pula MAAHAD TAHFIZ SAIN KOK LANAS. Yang bagusnya maahad tahfiz sains ni bila anak anada keluar je anak anda bukan sahaja seorg doktor, jurutera, guru atau apa sahaja bidang kerja tp anak anda juga seorg hafiz dan hafizah (huffaz quran)
khairina burhanuddin |
nik mohammad al-fateh nik mahadi |
p/s: مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Artinya : ”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akherat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”. (HR. Turmudzi)
No comments:
Post a Comment