Friday, November 20, 2015

:: KRABI HATYAI BUDGET TRIP ::

Assalamualaikum
Sollu 'ala nabi. selawat ke atas junjungan besar nabi kta MUHAMMAD
              alhamdulillah kesihatan umi makin baik dan cikna berpeluang berjalan2 selepas memastikan umi kesihatan umi makin baik. kali ni cikna nak ceritakan serba sedikit tentang trip ataupun rombongan cik kiah ke krabi dan hatyai selama 4 hari 3 malam. sebelum tu, cikna nak ceritakan serba sedikit latar belakang trip ni. Trip ni adalah trip yang dibuat oleh kawan cikna, kami menyewa sebuah van besar dari thai yang siap dengan pemandu yang memang asal dr Thailand (boleh komunikasi dalam bahasa Melayu dan Thai), sehari sewa bersamaan dengan rm480 dan dpt memuatkan sehingga 12 orang penumpang. kami sewa selama 4 hari. penginapan di krabi dan hatyai serta pengangkutan hanya rm276 (diulang skali lg ini adalah trip sendiri dan semua kos dikongsi bersama). segala bayaran kemasukan mana2 tempat dan makan kami 1 trip bayar sendiri. 

hari pertama dari MALAYSIA 11/11/15
bertolak dr BACHOK jam 9.00 pagi lebih kurang, cikna tunggu di rumah saja sbb van ni mmg melalui rumah cikna untuk ke sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok. kami sampai di sempadan untuk cop passport dalam jam 10.00. terpaksa menunggu lama sedikit di sini kerana terlalu ramai yang masuk ke thailand memandangkan hari cuti. hampir setengah jam kami di sini. kemudian, kami tukar duit dan bersarapan di dalam kedai Sungai Golok. selepas semua selesai, kami mula bertolak ke Krabi jam lebih kurang jam 12.00 tgh hari. bermulalah perjalanan kami yang panjang. kami berhenti makan dan solat jamak qasar di Hatyai jam 4.00 ptg waktu Malaysia. kami makan dekat restoren yang bernama GRAND LEZZEZZ, HATYAI. Makanan kat cni agak mahal. biasala restoran standard.
ni yang cikna makan. nasi goreng sotong
selepas makan kami terus ke krabi tapi berhenti ke tandas di perhentian TRANG, THAI. kami sampai di Krabi jam 9.00 malam waktu Malaysia dan check in di GRANDMOM'S PLACE tp menurut org ctu byk lg tempat menginap yg murah so pepandaila korang yer. diner malam tu kami makan dekat pasar malam krabi dekat ngan hotel tu. makanannya xberapa sgt tp okla untuk kenyangkan perut. orang Islam yang jual tau tp kedai dia dekat2 ngan bukan Islam so, bg mereka yang xboleh nak telan kena bawak megi n roti siap2 la.
ni la tempat kami menginap
hari kedua krabi 12/11/15
pepagi lg jam 6.00 waktu Thai kami keluar berkumpul di bawah untuk menjelajah 7 pulau dan bersnorkeling pada hari tersebut. perjalanan dari bandar Krabi ke jeti AONANG lebih kurang 45 minit. sebelum naik bot kami bersarapan di kedai orang Islam di AONANG terlebih dahulu. makanan kat sini punyalah banyak giler. anda boleh pilih apa yang anda nak makan. cikna spesis yang xmemilih semua boleh telan asal HALAL. 
Pilih makanan kat AO NANG
cikna xsempat nak catat semua nama2 pulau yang cikna p. hanya gambar yang mampu berbicara. ok di sini cikna nak cerita sikit pasal bayaran keliling pulau. kami bertuah sebab pemandu van kami ni ada kawan yang bawa bot keliling pulau. bayaran bg pelancong asing adalah lebih kurang 1200 baht sehingga 1800 baht untuk keliling pulau dan bersnorkeling tp alhamdulillah disebabkan kebaikan pemandu bot dan pemandu van kami, kami dapat cuma 500 baht perkepala keliling pulau dan snorkeling tp dengan syarat bila sampai ke PODA ISLAND kami xboleh bercakap dalam mana2 bahasa kecuali bahasa Thai. paham x cikna jelaskan kat cni? (xpaham boleh bertanya :p)
ada beberapa gambar pulau untuk tatapan semua. selepas puas snorkeling, melawat pualau, kami dibawa pula ke tepi pantai krabi tempat tumpuan pelancong membeli belah barangan cenderahati. cikna cuma beli fm yang rega 100 baht sahaja. almaklumla percutian bajet. selepas itu kami dibawa ke muzium kerang. nak masuk muzium ni kena bayar beb 1000 baht lebih kurang rm100++. 
last balik hotel solat jamak qasar zohor n asar. tunggu solat maghrib n isya, kami dibawa ke restoren sofea thara untuk makan malam. makanan kat cni alhamdulillah sedap dan menepati citarasa. 
pulau pertama THAPANAN ISLAND
 
pulau kedua PHRA NANG CAVE



PHRA NANG CAVE

PODA ISLAND

CHICKEN ISLAND tempat snorkeling

yg ni paling cantik n best sgt pemandangannya TUP ISLAND

TUP ISLAND

NI P SHOPPING KAT KRABI

FOSSIL SHELL BEACH, KRABI

 hari ketiga 13/11/15
hari last kami kat krabi, awal2 pagi jam 6 pagi dah check out. keluar beli sarapan dan bergerak ke EMERELD POOL atau SA MAROKAT  dalam bahasa Thai. kolam ni terletak agak jauh dari tempat penginapan kami kira2 sejam jgak perjalanan nak masuk ke emereld pool. melalui perjalanan berbukit dan berpusing2 tp jalan selamat.sampai aja kat sana kami ni teruja n bising2 skit cakap bahasa melayu la beb so kena la tiket pelancong asing 200 baht kalo rakyat tempatan juz 50 baht. xpela xda rezeki kami nak dpt murah. perjalanan nak p kolam tu jauh weh... 1400 meter tp bila nak balik kami guna laluan dekat kira2 800 meter. penat medaki lg tp ada laluan cantik walau menaik bukit sedikit. Pada awalnya cikna mmg xnak mandi kat cni jz nak celup kaki je so i dressed cantik2 la sbb lepas tu nak ke hatyai terus. sampai je kat kolam (nak kata kolam macam bukan kolam jgk sbb air mengalir dr atas bukit) tu, subhanallah!!! jernih sgt airnya warna biru kehijauan. memang teruja sgt. first step, cikna celup2 kaki, then dah xtahan terus keceburrrrr dengan seluar jeans. lepas siap mandi manda kami ke blue pool di bahagian atas lg dr emereld pool. kat ctu xboleh mandi tp yang uniknya blue pool ni org kata (orang kata yer) bila kta tepuk tangan air seakan2 mengelegak berbuih2 tp cikna tepuk sampai sakit xjd pon =(  (kecewa tau).

perjalanan ke SA MAROKAT

sa marokat atau EMERELD POOL

kejernihan air SA MAROKAT, KRABI
dah hbs meround kat kawasan SA MAROKAT ni kami truskan perjalanan ke hatyai. kami berhenti sembahyang dan makan tengah hari kat TRANG, ada makanan halal kat cni, ada surau juga. seterusnya ke destinasi yg wajib pergi adalah FLOATING MARKET KHLONG HAE, HATYAI. Kat ctu kami jd food hunter (tp xdala hunter sgt pon, xteruja sgt dengan mkanan dia sbb cikna dah biasa makan semua tu) cikna cuma beli telur sotong, udang dan sotong yang di kukus n diletakkan pencicah. lepas tu beli la sehelai seluar n baju untuk adik cikna. dah hbs meround sampai maghrib kat cni, kami check in di HI -SEASON HOTEL. Lepas maghrib skali lg kami keluar ke NIGHT MARKET HATYAI, makan dan beli belah. cikna makan nasi air dan beli kerabu suhun (feberet) je, xbeli pape souvenier (bajetkan =p). lepas tu rehat n tdo zzzzz....


khlong hae floating market


KHLONG HAE FLOATING MARKET
ASEAN TRADE CENTRE ATAU ASEAN NIGHT MARKET HATYAI

ASEAN NIGHT MARKET HATYAI

hari keempat 14/11/15

hari last trip kami, destinasinya adalah PANG CHANG PUAK atau ELEPHANT CAMP HATYAI. kat cni kta berkenalan dengan spesis gajah yer. tiket masuk xda cuma nak naik gajah 500 baht, nak bg makan gajah 100 baht, nak ambil gamb aksi dengan gajah 100 baht, nak naik atv 500 baht, nak memanah 300 baht tp kalo bayar 1000 baht semua dpt yer. kiranya pakej semua 1000 baht. cikna cuma amek gamb ngan gajah je tanpa sebarang aksi jd free (= 
dah hbs kat cni kami trus la p ke ICE DOME. Pada mulanya kat cni cikna xnak masuk. nak naik cable car tp cable car tgh renovation so masuklah cni. bayaran masuk 300 baht dan tempatnya kecik je bg cikna xbest. sbb sejuk sgt n rasa xbest pada jantung cikna ketika itu. so i keluar cepat. amek gamb sekeping dua trus keluar. mmg xleh g tempat2 sejuk kalo gni la caranya.
PANG CHANG PUAK
ICE DOME HATYAI


dengan ini tamatlah pengembaraan bajet cikna KRABI-HATYAI BUDGET TRIP dengan kos RM500+- selama 4 hari 3 malam. 

p/s:  “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).

2 comments:

Unknown said...

tengkiu ciknaaa...hehehhee seronok tgk pic kat krabi

Anonymous said...

Ada bas tak dari krabi ke rantau panjang

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...