Wednesday, August 31, 2011

:: MENSYUKURI NIKMAT ALLAH ::

ALHAMDULILLAH
Hari raya memberi kita 1001 kenikmatan. ukhwah yg terbina selama ini makin renggang namun dgn ketibaan Hari Raya Aidilfitri kita dapat menaut kembali ikatan persaudaraan itu. Pelbagai juadah dihidang pada hari ini utk para tetamu. namun, dalam kemeriahan menyambut hari raya dan kemewahan hidangan makanan, ingatkah kita pada mereka yg tidak berkemampuan dan kelaparan ketika hari raya. bukan sahaja pada hari raya malah pada hari2 biasa seperti yg dialami oleh kanak2 di SOMALIA. mereka mati akibat kekurangan makanan sedangkan di MALAYSIA kita mati akibat terlebih makanan.
Pembaziran juga banyak berlaku sempena menyambut SYAWAL. ada yg mahu bergaya sehingga sanggup menyediakan berpasang2 baju raya. sedangkan ISLAM mengajar kita supaya jgn membazir. Memadailah sehelai ataupun jika baju lama masih lg cantik dan elok utk dipakai tidak salah kita memakai yg lama. Ketika kita menghadiri majlis rumah terbuka, tidak perlulah utk kita mengambil semua jenis makanan dan last2 sekali mknan yg diambil dibuang begitu sahaja kerana tidak dapat menghabiskan kesemuanya. Tidak perlu dihuraikan lg di sini kerana MALAYSIA begitu mewah dgn makanan dan kita masih tidak sedar bahawa dalam kemewahan kita ada mereka2 yg tidak dapat menikmati rendang, satay, soto dan sebagainya.
Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya"
(Al-Israa': 26-27)
p/s: mengingati sesama kita :)

Tuesday, August 30, 2011

:: KHUTBAH RAYA ::

...الله اكبر
لااله الاالله والله اكبر.....
الله اكبر ولله الحمد.......
الله اكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة واصيلا...
لااله الا الله وحده....
صدق وعده.....
ونصر عبده...
وأعزجنده وهزم الاحزاب واحده....
لااله الاالله ولانعبد الاإياه.....
مخلصين له الد ين....
ولو كره الكا فرون....
ولو كره المنافقون...
ولوكره المشركون...
لااله الاالله والله اكبر....
الله اكبر ولله الحم..
assalamualaikum
alhamdulillah.. selesai sudah solat sunat hari raya AIDILFITRI.. sedikit intipati dalam khutbah yg disampaikan oleh Imam Hj Anuar, seharusnya kita saling bermaaf-maafan di hari raya dan mengeratkan tali persaudaraan yg putus atau yg telah jauh dan kita janganlah menjadikan syawal sebagai bulan memuaskan nafsu yg tersekat pada bulan RAMADHAN. seharusnya kita teruskan latihan kita pada bulan ramadhan ke dalam bulan2 seterusnya. OK.. itu saja :)
SELAMAT MENJAMU SELERA
“Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya”
(Riwayat Imam Bukhari).

P/S: makan2 juga tp ingat2 yer :) pesanan utk cikna juga

Monday, August 29, 2011

::LAST IFTAR FOR 1432 HIJRAH ::

assalamualaikum
apabila mentari mula melabuhkan cahayanya maka berakhirlah ramadhan utk kali ini. gema takbir akan mula berlagu indah. subhanallah, alhamdulillah.. aku masih lagi bernafas sehingga ke RAMADHAN yg terakhir. rezeki iftar utk ramadhan terakhir ini ialah~ puding koktel, bubur nasi dan martabak. :)

:: SAHUR TERAKHIR ::

ASSALAMUALAIKUM
dalam menanti alunan azan subuh, tiba2 cikna rasa sedih dan sayu mengenangkan ini adalah sahur terakhir utk RAMADHAN kali ni. terasa masih tidak cukup lg utk melakukan kebaikan. pada awal2 RAMADHAN hati ni berkata,
"ramadhan sebulan byk lagi masa..."
apabila sampai ke penghujung ramadhan, pelbagai kekangan yg berlaku dan byk masa terlepas begitu sahaja. hati ini mula gusar, "sempatkah aku bertemu RAMADHAN ini lg?"
masa tidak pernah menunggu kita. seharusnya kita yg mengejar masa itu.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Tafsir surah Al-Asr)

p/s: berdoa semoga tahun depan dipertemukan lg

Sunday, August 28, 2011

:: HARI RAYA JATUH PADA HARI RABU 31 OGOS?? ::

ASSALAMUALAIKUM
selamat pagi dan selamat berpuasa pada hari ke 28. macam2 hal berlaku nak raya. sekarang heboh pasal tarikh nak berhari raya papehal pom kita tunggu je pe kata pemerintah kita. peace semoga ibadat bertambah pada akhir RAMADHAN ni :)

Persatuan Astronomi Arab Saudi menjangka Ramadan berlanjutan selama 30 hari tahun ini dan dalam kes itu, ia akan berakhir pada Selasa, 30 Ogos, dengan lebaran jatuh pada Rabu, 31 Ogos. Persatuan itu berkata anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini
Berita selanjutnya sila klik DI SINI.

Saturday, August 27, 2011

:: RAHMAT TERINDAH DARINYA ::

assalamualaikum
selamat pagi semua. alhamdulillah masih menyedut oksigen pada hari ke 27 RAMADHAN. cikna berharap kita semua masih sehat dan berdaya untuk meneruskan puasa sehingga ke akhirnya. Dalam keheningan subuh, udara segar dan sejuk terasa damai sekali terlintas dalam fikiran satu persoalan. Kenapa aku masih hidup, masih mampu menghirup udara pada hari ni? sebenarnya ini adalah nikmat dan yang diberikan oleh ALLAH swt untuk kita melakukan kebaikan, dan meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNYA. Selain itu, ALLAH juga memberi peluang kepada kita utk bertaubat dan memohon keampunan drNYA. oleh itu, selagi nyawa masih dibadan, selagi MALAIKAT MAUT belum menziarahi kita marilah sama2 kita memohon keampunan dariNYA agar segala dosa kita bisa terhapus.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali ‘Imran: 8).
p/s: pesanan utk diriku hambaMU yg dhaif

Friday, August 26, 2011

::KURANGKAN KETAWA, BYKKAN MENANGIS::

assalamualaikum

1.Tahukah anda ketawa 100 kali bersamaan 15 minit senam berbasikal.ketawadapat meningkatkan kadar jantung dan menggunakan banyak otot dimuka,perut dan diafragma..

2.Selain memulih mood kita,ketawa boleh megurangkan stress,melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.

3.Peringkat dua hormon-hormon tekanan, kortisol dan epinefrina yang mana menindas sistem imun badan, sebenarnya akan dijatuhkan selepas satu dos ketawa.

4.Ketawa menyebabkan perubahan positif dalam kimia otak dengan melepaskan endorphins , dan ia membawa lebih oksigen ke dalambadan dengan penarikan nafas lebih dalam.

5.Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan,kebimbangan dan ketegangan.

6. Ketawa menggalakkan tumpuan pada sikap yang baik daripada sikap yang buruk.

7.antibodi yang paling kuat di badan kite dijumpai di badan apabila kita ketawa sepanjang masa.

di atas adalah fakta mengenai ketawa tp dalam ISLAM hendaklah kita ketawa sedikit sahaja. Bukan bermakna kita tidak boleh ketawa langsung tp memadailah hanya sedikit sahaja. sesungguhnya kemanisan di dunia akan memahitkan kita di akhirat nanti.
Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa tertawa semasa mudanya, dia akan menangis semasa tuanya. Siapa tertawa semasa kayanya, dia akan menangis semasa fakirnya. Dan siapa tertawa semasa hidupnya, dia akan menangis semata matinya."
Bukan utk menakut2kan sesiapa tp cikna cuma mengambil peluang utk mengingati sesama kita. cikna suka sgt ketawa sbb da mmg perangai happy go lucky, ceria n chill sokmo :) sampai 1 hari ditegur oleh seorg ustaz. sejak dr hari itu cikna ambil keputusan cuba berubah kurangkan ketawa sebaliknya ketawa akan digantikan dengan senyuman. senyum kan sedekah. bila dah senyum byk2 maka byk la dapat pahala. tambahan pula di bulan Ramadhan lg berganda pahala. happy x dengan apa yg kita dapat? happy kan senyum pahala pom dapat. berganda2 lak tu....

p/s: Ingatlah sesuatu yang manis belum tentu menjamin kebahagiaan di akhirat. sedangkan bila pahit di dunia pasti ALLAH akan membalaskan kemanisan di akhirat nanti. sesungguhnya ubat yg pahit itulah mujarab.. sama2 renungkan. tiada gelak ketawa yg sebaliknya senyuman :D

Thursday, August 25, 2011

::DRAMA - RAMADHAN TERAKHIR ::

assalamualaikum
uols suka x tgk DRAMA RAMADHAN TERAKHIR? malam ni last episode erk? ermm.. cam xbest jek ending dia. xrasa kick! tapi xpelah at least maksud sampai :) sekarang nak crita pasal dia punya lagu tema. sama best dgn lagu AKAN KUJUMPA- SYURGA RAMADHAN. marilah sesama hayati lirik JANGAN LUPA NAMAKU-PAMPA BENSIN

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......

Lagu&lirik by POMPA BENSIN

utk download lagu penuh JANGAN LUPA NAMAKU sila klik DISINI

::KENAPA SUKA BLOGGING? ::

assalamualaikum
selamat berpuasa yg ke25 :) xlama lg bakal berakhir ramadhan :( sedey rasa cam xpuas. kaum perempuan biasala byk kekangan. oklah sbnrnya nak crita benda lain. pertanyaan dr kawan2 cikna pasal blog.
ada yang bertanya:
best sgt ke blogging?
eh! blog bley wat duit erk? ko dah dpt brape?
apsal r blog ko byk sedey2??
ko ni buat blog utk cri apa sebenarnya erk?
rasa2nya semua2 pertanyaan diatas cukup dijawab sgn satu ayat jek
SWEET SOUR OF MY LIFE
cukuplakan??
dgn blogging cikna dapat meluahkan segala pahit manis dalam kehidupan cikna. saya rasa lega apabila segala masalah dapat diluahkan. bayangkan kehidupan pada umur 27 tahun ni, kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekeliling sudah berumahtangga dan tiada masa utk melayan segala masalah kita. kalau mereka ada masa sekalipun cikna sendiri xnak menyusahkan mereka dgn menceritakan segala hal jd langkah paling senang dgn blogging. tulis n luahkan segalanya dalam blog pastu lega.. hehehe.. saya sayangkan blog saya. :)
p/s: yg baik dijadikan panduan, yg buruk dijadikan teladan.

Wednesday, August 24, 2011

::AKAN KUJUMPA ::

assalamualaikum
sebelum berbuka cikna nak share sesuatu. Sebenarnya cikna nak share 1 lirik lagu bg saya agak bagus dan menarik. Lirik bila dihayati mencari sesuatu yg abadi. mencari erti cinta yg sebenar. cinta yg hanya utkNYA. cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yg penuh pengertian luhur dalam melangkah mencari kesucian cinta yg sebenar. bukan hanya mencintai manusia tetapi mencintai MAHA PENCIPTA dalam meraih keredhaan hidup.
AKAN KUJUMPA

Ku takkan pernah cuba berhenti

langkahku mencari cinta

Yang ku tahu hanya tuk diriku

kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu

Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira

Bila mengenali erti cinta

Senyuman ku beri hanya duka

Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi

Mataku kabur mencari

Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba

Untuk mengejar diriMu

Ku meneruskan langkahku

Dan mengejar bayang-bayangMu

Sinarkanku cahaya dari mataMu

Inginku temu cinta

Mengisi ruang hatiku

Takkan pernahku berhenti mencari

selamat iftar rakan2 blogger semua.. menu arini
nasi marjerin, ayam panggang ala kenny roger, onde2 dan air multicolored. :)

Tuesday, August 23, 2011

:: SELEPAS SHAM KAMIKAZI KINI GILIRAN IWAN DANGDUT ::

Hanya kepadaMu kami mengabdi
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang penuh engkau redhai...
petikan dr lagu SEGALANYA ALLAH yg dinyanyikan oleh IWAN SYAHMAN. siapakah beliau? satu ketika dulu beliau merupakan penyanyi dangdut yg terkenal. namun SUBHANALLAH, ALLAH telah memberikan hidayah kpdnya utk berubah ke arah kebaikan. ALHAMDULILLAH..
”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-Ankabuut [29]: 69).

Monday, August 22, 2011

:: PESANAN UTK BAKAL IMAMKU ::

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

.

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

.

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

.

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

.

Kerana….

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Buat bakal imam Ku


:: RENCANA ALLAH ::

Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK.

“. . . boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Dalam pada kita mengharapkan sesuatu dan kita memohon kepada ALLAH namun sebaliknya yg terjadi seharusnya kita sedar bahawa ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yg dirancang. Ketika itu kita seharusnya redha dan sabar kerana ALLAH MAHA ESA dan setiap cubaan dan dugaan yang diturunkan olehNYA adalah menunjukkan tanda kasih dan sayangNYA terhadap hambaNya dan juga sebagai ujian terhadap keimanan hambaNya. ALLAH tidak akan menurunkan sesuatu ujian yg tidak dapat dipikul oleh hambaNYA. Kalimah sabar seharusnya kukuh tersemat dalam diri kita sebagai hamba ALLAH yg beriman dan bertakwa. sesungguh ALLAH pertolongan bagi mereka2 yg sabar kerana apabila kita ditimpa ujian atau musibah kepada siapa yg patut kita mengadu?? ALLAH ingin mendengar doa, rayuan dan rintihan daripada kita. berdoalah, memohonlah pertolongan kepadaNYA , ALLAH pasti mendengar rintihan hati kita.
duhai hati yg terluka,
merintihla kepadaNya
merayulah kesembuhan drNYA
DIA pasti tidak akan mengecewakanmu
duhai hati,
sabarlah dalam kehidupan ini,
kehidupan yg hanya wayang dunia
tiada yang kekal tiada yg abadi melainkanNYA
duhai hati tenanglah dikau
usah diturut kehampaan
tika mimpi hanya igau
tak menjelma kenyataan.
HATI YG TERLUKA ~22082011

Sunday, August 21, 2011

ya ALLAH ya RAHMAN ya RAHIM
aku terasa lemah sekali. jiwaku merintah batinku terluka. lapangkanlah dada hambaMU ini Ya ALLAH. Berikanlah ketenangan kpdKU. Emosi sgt terganggu. hormon endorphin semakin menurun. DOWN~ sgt terkilan dgn apa yg terjadi. akhirnya aku yg luka sendiri sedangkan luka ni xpernah aku mencarinya. di mana silapku? di mana yg xkena sbenarnya sehingga aku diuji dgn benda2 begini. astaghfirullah... astaghfirullah.. astaghfirullah... berikanlah aku keredhaan Ya ALLAH.. biarkan aku hadapi hari2 aku dgn tenang dan dengan senyuman. dengan gelak tawa aku yg sama bukan yg terpaksa dibuat2. Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Memberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.. kau bimbinglah hatiku supaya sentiasa mengingatiMu. Kau yakinkanlah aku dengan setiap aturanMu.. semoga aku xkan tersasar lg ke dalam kegelapan walau apa pun telah terjadi.
AMIN
21082011

Saturday, August 20, 2011

:: MALAM 10 AKHIR RAMADHAN ::

assalamualaikum
alhamdulillah kita masih diberi peluang menyedut oksigen dibumiNYA sehingga ke peringkat ke 3 RAMADHAN iaitu 10 akhir RAMADHAN. akhir2 ni pasti ramai sudah berada dalam mo0d raya. Ibu2 sibuk siapkan biskut raya, langsir dan baju raya keluarga, bapa pula sibuk mencari buluh lemang, daun ketupat dan bahan2 utk si ibu sediakan biskut, anak2 pula sibuk bermain mercun, bunga api, pasang pelita. meriahkan 10 akhir RAMADHAN. dam! dam! dum! bunyi pelbagai jenis mercun menandakan SYAWAL bakal tiba. dalam pada itu janganlah kita lupa bahawa terdapat sesuatu yg sgt istimewa dalam 10 hari terakhir RAMADHAN iaitu hari yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam LAILATUL QADAR. sama2lah kita mencari malam yg istimewa ini.

antara kebaikan 10 terakhir RAMADHAN yg dipetik dr sisipan khas BERITA HARIAN
  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)
    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
  • .
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan
  • :: DEBBIE DAPAT PLATE BARU ::

    ASSALAMUALAIKUM
    alhamdulillah selepas kemalangan kecil 2 cikna makin berhati2 dan Debbie pom jz scratch sket2 jek. kesian DEBBIE baru beberapa bulan lahir dah calar balar. nasib la sape suh ko jd kreta. hehe... disebabkan esok cikna kena p sko0l utk minggu terakhir sblm cuti jd debbie perlu bernombor plate. so pepagi lg cikna p crik kedai nak buat number plate. so sekarang debbie dah bernombor plate baru. number lama cuma plate yg baru. so intai2 la gamb di bawah tgk tahap kecederaan Debbie :)
    p/s: setiap ujian harus dihadapi dgn tenang dan redha kerana pasti ada kebaikan disebaliknya

    ::PERSIAPAN RAYA::

    Justify FullASSALAMUALAIKUM
    alhamdulillah masih bernafas sehingga hari ke 20 RAMADHAN. Raya semakin dekat xsampai 10 hari lg kan. uols mesti dah buat persiapan. cikna??? jgn ditanya.. cuma ada kuih raya sahaja di rumah ini. baju raya? kasut? tudung? semua xda. ntahla kemana menghilang mo0d nak raya. xterfikir pom lagik tuk cri semua2 ni utk diri sdiri. bukan disebabkan apa yg berlaku yer. hehehe..barang yang lepas jgn dikenang cuma mmg sejak awal ramadhan lg dah jangka x akan ada baju raya sbb dah awal2 lg x p cri kain utk hantar jahit. padan muka sapa suh x beli. nak beli yg siap pom cam xda mo0d dah nak cri. ntahla... ala kadar je la. pakai je la baju lama janji bersih. tol x? korang plak jgn membazir yer. ingat2lah pada mereka yg kurang bernasib baik. jika kita ada rezeki lebih, jgn lupa hulur2kan pada mereka yg xberkemampuan.

    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

    "Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di akhirat."
    oklah xmo bebel panjang. nak tdo0 skrg ni. penat sgt.. penat otak, penat badan, penat jari, semua penat.. pas2 kang nak p hantar debbie ke tempat buat no plate. esok nak p sko0l xkan nak p dgn debbie tanpa plate no kan.. kena saman xpepasal.
    p/s: ana uhibbu mikhaddahi
    SELAMAT HARI LAHIR
    SEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH
    20082011

    Friday, August 19, 2011

    ::PEDIH::

    pernah x jari korang luka? xkirala luka kat jari ke tangan ke badan ke pastu luka tu terkena plak garam atau nak best lagik luka tu korang perah ngan asam limau.. camner rasa? bset tak? inilah cikna rasa sekarang tp luka yg terkena 2 langsung xnampak dan luka 2 luka lama jahitan dia terbuka dan tetiba terkena asam limau. perit sangat... sakit sangat... tp apakan daya tiada ubat yg mampu menyembuhkan buat masa ni cuma masa sahaja yang akan menyembuhkan luka ini. yer....yer... cikna perlukan masa...
    kerana luka dihati hanya DIA yg tahu,
    maka pada siapa lagi harus kumengadu?
    tatkala hati bagai ditusuk sembilu,
    pedih tiada tertanggung.
    kerana pedih yg kurasa hanya DIA yg mengerti
    maka pada siapa lagi harus kukembali?
    aku semakin lelah semakin penat melangkah
    semakin lebat mutiara menitis
    namun, kupasrah..
    dihadapanNYA kumemohon, meratap, merayu
    kerana kuyakin KAU MAHA PENYAYANG dan merencanakan sesuatu yg terbaik utkku.

    p/s: ya ALLAH lapangkanlah dadaku...

    Thursday, August 18, 2011

    ::ONDE-ONDE::

    assalamualaikum
    jom intai gamb kuih yg wajib di rumah cikna n homemade by cikna sdiri
    onde-onde aka buah mulong
    doh yg sebelum dibulat2kan
    onde2 dah siap utk dingap opss... tunggu azan dulu erk

    BAHAN-BAHAN
    Tepung beras pulut
    pandan dikisar ambil airnya
    kelapa parut
    gula melaka
    garam

    CARA-CARA
    panaskan air di dalam periuk. sambil2 itu sediakan doh onde2. masukkan tepung beras pulut bersama air pandan. uli hingga sebati sampai doh xmelekat di tangan. bulat2kan doh ikut sesuka hati saiznya masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 doh td. kemudian, masukkan onde2 td ke dalam air yg telah mendidih. apabila masak onde2 akan terapung di atas permukaan air. sementara menunggu onde2 masak. gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. ambil onde2 yg sudah dimasak td gaulkan bersama kelapa parut. siap :)

    p/s: simple n sedap

    ::UJIAN DR-NYA::

    sangat sakitkan bila cinta xterbalas. lagi sakit bila hati yg kebal dek cinta tiba2 cair tp org yg mencairkannya hanya bermain2. mungkin ini ujian atau mungkin ini terjadi hanya utk pengalaman. sudahnya jiwa sendiri terseksa sedangkan dia bersahaja. sebelum ini hati ini sudah lama tidak memperdulikan soal cinta tp kehadirannya secara tiba2 telah mengusik jiwa ini. Indah dunia untuk seketika. walaupun di dalamnya ada duka. dan kini aku pasrah dan redha dengan ketentuan takdir. alhamdulillah, aku masih ada sahabat2 yg banyak memmberi sokongan dan kekuatan. betul kata mereka, ALLAH datangkan cinta ini ke dalam hati aku untuk menguji aku lagipun penangan cintanya banyak membawa perubahan yang positif ke dalam diri aku. aku menjadi insan yang semakin mendekatiNYA. Insyaallah, masa akan menyembuhkan luka ini.

    Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya

    (Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)

    seharusnya aku bersyukur. ujian yg ditimpa ke atasku merupakan kemanisan dalam mengenal cinta seorang mukmin lantas merapatkan aku denganNYA.
    SELAMAT TINGGAL CINTA. SEMOGA BERBAHAGIA DENGAN PILIHAN KELUARGAMU. SESUNGGUHNYA MENGENALIMU SESUATU YANG INDAH DAN AKU AKAN TERUS MENCARI CINTA YG DIREDHAINYA
    18/6/2011

    Wednesday, August 17, 2011

    ::BILA RINDU INI TERHENTI::


    ku terpaksa hentikan rasa ini
    ku terpaksa hentikan rindu ini
    langkah semakin longlai
    tutur semakin terabur
    manik2 halus mula melepasi pipi
    tidak mampu lagi kutahan
    membasahi bumi meranto
    -zalina hassan zamri-

    ya ALLAH berikan kekuatan kepada hambaMU ini utk meneruskan sisa2 perjalanan hidup. lapangkanlah dada hambaMu ini. bekalkanlah aku kecekalan hati seperti mana KAU telah berikan kepada RABIATUL ADAWIYAH. Ya ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA MEMBERI KURNIA, kau kikiskanlah pesonanya dari kedua belah mataku ini YA ALLAH. tak tertanggung lagi rasa ini. kau jauhkanlah dirinya dariku YA ALLAH. Sesungguhnya hanya padaMU tempat ku memohon dan merayu. YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI RAHSIA, aku redha dengan takdir yang telah ditetapkan ini dan aku yakin ENGKAU sedang merencanakansesuatu yang terbaik utkku.
    rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar.
    p/s: cikna terlalai lagi..

    ::DEBBIE KEMALANGAN::

    assalamualaikum
    selamat sahur semua. petang semalam semasa balik dr sekolah sesuatu kejadian yg tidak disangka telah berlaku. DEBBIE cikna telah dilanggar oleh sebuah motor. sob sob... sedey gak tp cikna yg salah sbb masuk simpang melulu. seb baik DEBBIE perlahan n motor 2 agak laju dan terseret di hadapan kereta. debbie calar sket jek motor pom sket n budak 2 pom ok. alhamdulillah tiada yg serius. tp kesian debbie. no plate tercabut dan bahagian depan byk gak calar :( xpe kereta leh dibaiki.
    "Aku telah menurunkan bala' (ujian) kepada seorang hamba. Maka ketika ia berdoa dan tetap Aku tunda permintaannya, akhirnya ia mengeluh. Maka Aku berkata kepadanya: "Hamba-Ku, bagaimana Aku akan melepaskan darimu rahmat yang justru bala' itu mengandung rahmat-Ku. Karena dengan segala kelakuan baikmu (amal saleh), engkau takkan dapat sampai ke tingkat yang akan Aku berikan kepadamu. Maka dengan bala' itulah engkau dapat mencapai tingkat dan kedudukan di sisi-Ku."
    (sumber: Kitab Al-Hikam, Syaikh Ibnu Athailaha as-Sakandary)
    sebagai hamba ALLAH kita akan diuji olehNya bila kita lalai. seharusnya kita redha dan anggap ujian yg diturunkan ini adalah sebagai peringatan olehNYA supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepadaNya.
    p/s: gambar debbie xsempat snap sbb cikna kalut nak ke GUA MUSANG pada petangnya.. sekarang berada di gua musang :)

    Tuesday, August 16, 2011

    :: HADIAH CONTEST UNDIAN TERTINGGI CAHAYA MYLIFE DAH SAMPAI::

    assalamualaikum
    masa kat scho0l td org pos laju ada calling2 nak letak parcel kat mana sebab umah cikna xde org. so terkejut jugak sbb xtau parcel pe. jd cikna suh dia tgalkan kat kedai runcit tepi rumah. balik jek trus p tekam ke kedai runcit tersebut. rerupanya hadiah dr contest NUKILAN SEORANG TEMAN anjuran cahayamylife.com. title nukilan yg cikna buat BAHASA ARAB BAHASA AL-QURAN. sila klik DISINI. jom skodeng apa hadiahnya
    keadaan parcel sebelum dibogelkan
    buka sikit2 utk kasi surprise
    then tadaaa... sebuah buku motivasi karya DR. HM TUAH
    p/s: terima kasih pihak penganjur :) semoga dimurahkan rezeki

    Sunday, August 14, 2011

    ::IKAN KELI BELADO FOR IFTAR ::

    ASSALAMUALAIKUM
    jom intai menu feveret cikna utk iftar arini... hehe.. suka sangat bila umi tanya
    "na nak umi yg masak atau na yg masak ikan keli ni?" bunda bertanya di suatu petang yg indah.
    "na goreng, umi tumis belado la yer..." jawapan adil.. pembahagian tugas. hehe...

    BAHAN-BAHAN
    3 ekor ikan keli (digoreng terlebih dahulu)
    *4 bawang putih
    *3 biji bawang merah
    1 biji bawang besar (dihiris)
    *cili padi (suka ati kalo nak pedas)
    *3, 4 tangkai cili kering
    *belacan
    air asam secukupnya
    gula garam
    daun selasih (kasi bangkit bau)
    CARA-CARA
    kisar bahan-bahan bertanda *. kemudian panaskan minyak, tumis bahan2 yg telah dikisar sehingga garing atau naik bau. masukkan bawang besar, air asam, daun selasih, gula dan garam. masak sehingga mendidih dan masukkan ikan. sedia dihidang bersama nasi panas2.

    apabila azan dilaungkan, sila dahulukan berbuka dgn kurma kemudian bolehla ngap nasi bersama ikan keli belado.
    Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

    “Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.”

    (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

    ::RENUNGAN RAMADHAN 14::

    Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.
    1.Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
    2.Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.
    3.Allah mempersiapkan serta menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu".
    4.Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
    5.Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.
    Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

    ::EKSKLUSIF: NABIL NIKAH SEPTEMBER::

    KUALA LUMPUR: Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi, Ahmad Nabil Ahmad, 28, membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.
    Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. - Ahmad Nabil Ahmad, Juara Raja Lawak

    dipetik dr AKHBAR BERITA HARIAN ONLINE

    Saturday, August 13, 2011

    ::RENUNGAN RAMADHAN 13::


    Berkata Rasulullah: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kami sesuatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya setiap tasbih itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh dengan maaruf itu sedekah dan melarang dari yang munkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang itu juga sedekah. Mereka berkata: Ya Rasulullah! Adakah seseorang kami menggunakan syahwatnya dan baginya pahala pada perbuatannya itu? Sabda baginda: Apakah pendapatmu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila digunakan pada yang halal, maka baginya pahala.
    (Hadis Riwayat Muslim)

    ::LIRIK LAGU SEDIH-VIP ::

    ASSALAMUALAIKUM
    lagu sedih? sape nyanyi? KRU erk?
    respon cikna masa mula2 dgr lagu LAGU SEDIH. cikna suka sbb muzik dia rancak pastu ingatkan KRU yg nyanyi ghopa2nya jangkaan ku salah. lagu ni dinyanyika oleh kumpulan VIP yg xkukenali.. uhuks!! maaf yer :)
    walau bagaimanapun kumpulan ini dibawah naungan KRU juga dan salah seorg anggotanya ialah ADAM AF2
    LIRIK LAGU SEDIH

    VIP VIP babeh
    Selalunya haruku tak sebegitu biru
    Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
    Ku di sini tapi fikiran entah ke mana

    Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
    Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

    DJ putarkanlah lagu cinta
    Dedikasi kepadanya
    Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
    Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
    Andai dia tidak kembali
    Minta tujukanku lagu sedih
    Tujukanku… lagu sedih

    Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
    Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
    Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
    Tapi hati masih berpaut semalam lagi
    Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

    DJ putarkanlah lagu cinta
    Dedikasi kepadanya
    Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
    Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
    Andai dia tidak kembali
    Minta tujukanku lagu sedih

    DJ putarkanlah lagu cinta

    Ku bukakan sterio, internet dan radio
    Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
    Keranaku kehilanganmu..Kehilanganmu….
    Jadi jikalau kau sedang mendengar
    Rasakan gelombang terpancar

    Dedikasi kepadanya
    Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
    Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
    Andai dia tidak kembali
    Minta tujukanku lagu sedih
    Tujukanku… lagu sedih
    Tujukanku…lagu sedih

    :: MY FIRST DOODLE::

    assalamualaikum
    semua org dah tahu kan apa itu do0dle?? cikna jek yg baru mengenali do0dle sedangkan sudah lama mengenali dodol.. hahhaa... td cikna bersengkang mata depan netty nak cipta satu do0dle chumill yg macam org. ermmm.. bolehla first trial kan. xdala cantik sgt n xcomel pom... jz nice.. hehe...pape pom layan je la do0dle cikna yg xpakai baju. ada kepala jek.. xpanda nak reka baju.. sum1 help me plszzzz!!!!!
    p/s: belajar sampai pandai

    Friday, August 12, 2011

    ::KERABU EPAL HIJAU::

    assalamualaikum
    semua dah kenyang berbuka td kan.. alhamdulillah. semoga makanan yg kita makan semasa berbuka td memberi keberkatan dalam hidup kita. sememangnya rezeki berkait rapat dgn peribadi seseorg.
    Sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud:
    “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
    (Surah al-Baqarah ayat 168).
    sempena hari ke12 berpuasa dan hari cuti bg rakyat kelantan. cikna dgn ringan tulang menyediakan kerabu epal hijau utk dimakan bersama nasi kuning dan kurma daging yg spesel dr umi. selalu sgt tgk kat MYRESIPI dan ramai blogger lain dok sediakan kerabu epal hijau ni, jd dgn tanpa ragu2 cikna go0gle resipi ni kat MYRESIPI. then, tadaa....
    "KERABU EPAL HIJAU"
    BAHAN-BAHAN
    2 Biji epal hijau
    cili merah n hijau sebyk yg anda mahu
    bawang merah (myresipi guna bawang besar)
    limau nipis
    garam dan gula

    CARA-CARA
    semua bahan dihiris halus2 dan digaul. kemudian, biarkan selama 5 minit. sedia dimakan
    *cikna dah ubah sedikit. jd sila ke MYRESIPI utk resipi asal.
    p/s: lama xmenempek resipi

    ::RENUNGAN RAMADHAN 12::

    Ramadhan mengingatkan kita bahawa Umat Islam adalah satu. Ia umpama satu badan, seperti disebut oleh Nabi saw:
    “Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.”
    (Hadis Riwayat Muslim)

    Gunakanlah kesempatan keemasan yang ada dalam saat-saat keberkatan bulan Ramadhan untuk mendoakan kesejahteraan dan kemenangan bagi saudara-saudara kita kita. Semoga kita termasuk dalam kumpulan yang tersebut oleh sabda Rasulullah (saw):
    "Apabila seorang berdoa bagi saudaranya tanpa pengetahuannya, berkatalah para Malaikat: Bagi kamu seperti itu juga."
    (hadis riwayat Muslim dan Termizi)

    Thursday, August 11, 2011

    ::RENUNGAN RAMADHAN 11::


    “Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT). Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu adalah heran seheran-herannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermainmain pada hari seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada sebahagian manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan kebatilan dan kesia-siaan.” Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri kita ialah:
    􀂉 Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadhan yang penuh berkat ini?
    􀂉 Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
    􀂉 Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan ini?
    􀂉 Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi sepuluh juzuk.
    􀂉 Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?
    􀂉 Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadhan?
    􀂉 Sejauh manakah Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas?

    Kuatkan tekad untuk melipatganda amal dan beristighfar atas ketelanjuran kita.

    ::LELAKI BAGAIMANAKAH DAMBAANKU::

    ASSALAMUALAIKUM
    selamat bersahur :)
    sudah lama tajuk n3 ni terperam sebenarnya. terperam sbb terfikir perlukah n3 ni dikeluarkan. akhirnya arini sementara menunggu sahur cikna kembali menaip patah demi patah berkenaan tajuk n3 ini dalam mencari LELAKI BAGAIMANAKAH DAMBAANKU.
    "AKU MENYINTAIMU KERANA AGAMAMU.
    JIKA HILANG AGAMAMU DR DIRIMU,
    MAKA HILANGLAH CINTAKU PADAMU"
    (Iman Al-Nawawi)
    Tidak sukar utk mentafsir lelaki bagaimana yg dicari sebenarnya jika melihat pada ungkapan di atas. itulah hakikat sebenarnya, bukan rupa paras atau harta yang menjadi ukuran dalam mencari pasangan hidup tetapi agamanya. Maka, pilihlah lelaki
    • Kuat agamanya
    -biarpun sibuk sekalipun solat fardhu diutamakan. sebagai pembimbing dan pemelihara iman isterinya
    • baik akhlaknya
    - ketegasanya nyata tp dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. sopan tutur kata gambaran peribadi dan berhati mulia
    • tegas mempertahankan maruah
    -jujur sebagai pelindung maruah seorg wanita
    • pemurah tidak boros
    -membelanjakan harta dengan bijaksana dan berkongsi dengan yang berhak
    • tenang wajahnya
    -wajahnya tenang. setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak
    "cinta merupakan anugerah takdir,
    pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
    namun ketika seseorang yang datang menerjuninya,
    tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi."
    duhai hati,
    " sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesuciannya dan bersabar sehingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid."
    (riwayat Hakim, Ibn Asakir, al Dailami dan lain-lain)
    p/s: semoga kubertemu dengannya

    Wednesday, August 10, 2011

    :: ZAKAT FITRAH 2O11::

    "Puasa bulan ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi dan tidak dapat diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah.”
    Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:
    • WAJIB-Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
    • PALING AFDHAL- sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
    • SUNAT- sepanjang bulan Ramadhan
    • MAKRUH- Selepas sembahyang raya sehingga terbenam matahari 1 syawal
    • HARAM- Selepas terbenam matahari 1 syawal tp ttp wajib membayar zakat fitrah dan hukumnya berdosa
    "Zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia, dan dari perkataan buruk dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Maka barangsiapa mengeluarkan sebelum solat aidilfitri (sembahyang hari raya puasa) maka ia adalah zakat yang makbul (diterima) dan barangsiapa yang mengeluarkan sesudah solat aidilfitri, maka ia merupakan sedekah seperti sedekah-sedekah yang lain"

    ::teruskan membaca n3 lain::

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...