Thursday, August 11, 2011

::LELAKI BAGAIMANAKAH DAMBAANKU::

ASSALAMUALAIKUM
selamat bersahur :)
sudah lama tajuk n3 ni terperam sebenarnya. terperam sbb terfikir perlukah n3 ni dikeluarkan. akhirnya arini sementara menunggu sahur cikna kembali menaip patah demi patah berkenaan tajuk n3 ini dalam mencari LELAKI BAGAIMANAKAH DAMBAANKU.
"AKU MENYINTAIMU KERANA AGAMAMU.
JIKA HILANG AGAMAMU DR DIRIMU,
MAKA HILANGLAH CINTAKU PADAMU"
(Iman Al-Nawawi)
Tidak sukar utk mentafsir lelaki bagaimana yg dicari sebenarnya jika melihat pada ungkapan di atas. itulah hakikat sebenarnya, bukan rupa paras atau harta yang menjadi ukuran dalam mencari pasangan hidup tetapi agamanya. Maka, pilihlah lelaki
  • Kuat agamanya
-biarpun sibuk sekalipun solat fardhu diutamakan. sebagai pembimbing dan pemelihara iman isterinya
  • baik akhlaknya
- ketegasanya nyata tp dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. sopan tutur kata gambaran peribadi dan berhati mulia
  • tegas mempertahankan maruah
-jujur sebagai pelindung maruah seorg wanita
  • pemurah tidak boros
-membelanjakan harta dengan bijaksana dan berkongsi dengan yang berhak
  • tenang wajahnya
-wajahnya tenang. setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak
"cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
namun ketika seseorang yang datang menerjuninya,
tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi."
duhai hati,
" sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesuciannya dan bersabar sehingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid."
(riwayat Hakim, Ibn Asakir, al Dailami dan lain-lain)
p/s: semoga kubertemu dengannya

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...