astaghfirullahala'azim.... asyik mengeluh sahaja aku. seharusnya aku bersyukur kerana ujianMU ini adalah tanda kasih dan sayangMU terhadap hambaMU yang hina dina ini. setiap manusia mesti ada ujian yang akan diberikan olehNya. akan ada musibah yang diturunkan cuma keadaan yang membezakan bagaimana musibah itu diturunkan. ALLAH menguji hambaNya kerana ALLAH ada rahsiaNya yg tersendiri, samada ALLAH ingin menambahkan iman di dada kita atau hendak menguji sejauh mana tahap keimanan kita kpdNYA. dan sepatutnya cikna sedar bahawa ujian yg melanda ini adalah utk buka pintu hati, mendidik aku jgn mudah putus asa dalam menjalani kehidupan yg penuh ranjau dan duri ini. bukan mengeluh dan menangis serta meratap nasib atau menyalahkan takdir. Kadang2 aku tertanya mengapa berikan aku ujian yang tak mampu aku tanggung padahal seharusnya aku ingat kpdNYA aku harus mengadu segala masalah dan mengembalikan kekuatan.
aku redha ya ALLAH dgn ujianMU. Ujian yang kau berikan ini bukanlah seberat mana utk aku pikul. aku yakin ujian yg diberikan ini adalah utk menguji sejauh manakah keikhlasan aku dalam setiap ibadatku utkMU. aku yakin YA ALLAH.. Aku yakin YA ALLAH. pasti kebahagianku yg ENGKAU rencanakan dalam ujian ini. YA ALLAH, lapangkanlah dadaku. hilangkan raguku, jauhkanlah cemburuku. sesungguhnya kasih sayang ini dan kecintaan ini adalah untkMU ya ALLAH.
2 comments:
b strong yer dear..Dugaan itu tandanya Allah sayangkan kita..
thanks kak gieyana :)
Post a Comment