Sunday, August 14, 2011

::IKAN KELI BELADO FOR IFTAR ::

ASSALAMUALAIKUM
jom intai menu feveret cikna utk iftar arini... hehe.. suka sangat bila umi tanya
"na nak umi yg masak atau na yg masak ikan keli ni?" bunda bertanya di suatu petang yg indah.
"na goreng, umi tumis belado la yer..." jawapan adil.. pembahagian tugas. hehe...

BAHAN-BAHAN
3 ekor ikan keli (digoreng terlebih dahulu)
*4 bawang putih
*3 biji bawang merah
1 biji bawang besar (dihiris)
*cili padi (suka ati kalo nak pedas)
*3, 4 tangkai cili kering
*belacan
air asam secukupnya
gula garam
daun selasih (kasi bangkit bau)
CARA-CARA
kisar bahan-bahan bertanda *. kemudian panaskan minyak, tumis bahan2 yg telah dikisar sehingga garing atau naik bau. masukkan bawang besar, air asam, daun selasih, gula dan garam. masak sehingga mendidih dan masukkan ikan. sedia dihidang bersama nasi panas2.

apabila azan dilaungkan, sila dahulukan berbuka dgn kurma kemudian bolehla ngap nasi bersama ikan keli belado.
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.”

(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...