Wednesday, August 31, 2011

:: MENSYUKURI NIKMAT ALLAH ::

ALHAMDULILLAH
Hari raya memberi kita 1001 kenikmatan. ukhwah yg terbina selama ini makin renggang namun dgn ketibaan Hari Raya Aidilfitri kita dapat menaut kembali ikatan persaudaraan itu. Pelbagai juadah dihidang pada hari ini utk para tetamu. namun, dalam kemeriahan menyambut hari raya dan kemewahan hidangan makanan, ingatkah kita pada mereka yg tidak berkemampuan dan kelaparan ketika hari raya. bukan sahaja pada hari raya malah pada hari2 biasa seperti yg dialami oleh kanak2 di SOMALIA. mereka mati akibat kekurangan makanan sedangkan di MALAYSIA kita mati akibat terlebih makanan.
Pembaziran juga banyak berlaku sempena menyambut SYAWAL. ada yg mahu bergaya sehingga sanggup menyediakan berpasang2 baju raya. sedangkan ISLAM mengajar kita supaya jgn membazir. Memadailah sehelai ataupun jika baju lama masih lg cantik dan elok utk dipakai tidak salah kita memakai yg lama. Ketika kita menghadiri majlis rumah terbuka, tidak perlulah utk kita mengambil semua jenis makanan dan last2 sekali mknan yg diambil dibuang begitu sahaja kerana tidak dapat menghabiskan kesemuanya. Tidak perlu dihuraikan lg di sini kerana MALAYSIA begitu mewah dgn makanan dan kita masih tidak sedar bahawa dalam kemewahan kita ada mereka2 yg tidak dapat menikmati rendang, satay, soto dan sebagainya.
Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya"
(Al-Israa': 26-27)
p/s: mengingati sesama kita :)

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...