ASSALAMULAIKUM
sudah 2 hari berturut2 cikna buka pose ngan air 3 LAYERS TEA. mmg sedap n segar lagik2 cikna buat sdiri tau. Sgt simple buatannya.. (xceli lama xda post makan2)
BAHAN2:
air gula melaka pekat
susu segar
tea
ais
CARA2:
masukkan air gula melaka dalam gelas. kemudian masukkan ais. tuangkan susu segar perlahan2 dibibir gelas. last sekali masukkan tea yg telah dibancuh perlahan2. tadaaaa... sedia diminum ketika buka pose :)
saya andaikan 'Three Layer Tea' sebagai kehidupan. Kehidupan ada bahagia, ada suka, ada tidak tentu. Bagai langit yang ada cerah, ada gelap dan ada mendung kelabu. Begitulah kehidupan.
Jika kita buang hitam, maka tidak adalah gula melaka dalam 'Three Layer Tea'. Tidaklah ia menjadi 'Three Layer Tea'.
Jika kita hanya mahu ambil putih. Ia akan menjadi air susu. Tetap tidak menjadi 'Three Layer Tea'.
Jika kita hanya mahu yang tingal adalah coklat. Gaullah semuanya yang hitam,putih dan coklat itu menjadi 'Three Layer Tea'. Jika tidak tetapi hanya mahu coklat. Orderlah TEH SUSU sahaja.
Saya suka menerima kehidupan sebagai 'Three Layer Tea'. Terimalah ketiga-tiga warnanya yang hitam, putih dan coklat. Maka ia tetap menjadi minuman yang sedap dan unik... Dan saya suka menikmati kehidupan seperti meminum 'Three Layer Tea'. Terimalah semua warnanya dan gaul menjadi 'Three Layer Tea'. Nescaya hidup lebih sedaapp, Insya Allah..
p/s: dipetik dr seseorg blogger. cikna lupa nama :)
No comments:
Post a Comment