Saturday, August 20, 2011

:: MALAM 10 AKHIR RAMADHAN ::

assalamualaikum
alhamdulillah kita masih diberi peluang menyedut oksigen dibumiNYA sehingga ke peringkat ke 3 RAMADHAN iaitu 10 akhir RAMADHAN. akhir2 ni pasti ramai sudah berada dalam mo0d raya. Ibu2 sibuk siapkan biskut raya, langsir dan baju raya keluarga, bapa pula sibuk mencari buluh lemang, daun ketupat dan bahan2 utk si ibu sediakan biskut, anak2 pula sibuk bermain mercun, bunga api, pasang pelita. meriahkan 10 akhir RAMADHAN. dam! dam! dum! bunyi pelbagai jenis mercun menandakan SYAWAL bakal tiba. dalam pada itu janganlah kita lupa bahawa terdapat sesuatu yg sgt istimewa dalam 10 hari terakhir RAMADHAN iaitu hari yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam LAILATUL QADAR. sama2lah kita mencari malam yg istimewa ini.

antara kebaikan 10 terakhir RAMADHAN yg dipetik dr sisipan khas BERITA HARIAN
  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)
    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
  • .
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan
  • No comments:

    ::teruskan membaca n3 lain::

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...