sangat sakitkan bila cinta xterbalas. lagi sakit bila hati yg kebal dek cinta tiba2 cair tp org yg mencairkannya hanya bermain2. mungkin ini ujian atau mungkin ini terjadi hanya utk pengalaman. sudahnya jiwa sendiri terseksa sedangkan dia bersahaja. sebelum ini hati ini sudah lama tidak memperdulikan soal cinta tp kehadirannya secara tiba2 telah mengusik jiwa ini. Indah dunia untuk seketika. walaupun di dalamnya ada duka. dan kini aku pasrah dan redha dengan ketentuan takdir. alhamdulillah, aku masih ada sahabat2 yg banyak memmberi sokongan dan kekuatan. betul kata mereka, ALLAH datangkan cinta ini ke dalam hati aku untuk menguji aku lagipun penangan cintanya banyak membawa perubahan yang positif ke dalam diri aku. aku menjadi insan yang semakin mendekatiNYA. Insyaallah, masa akan menyembuhkan luka ini.
Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)
seharusnya aku bersyukur. ujian yg ditimpa ke atasku merupakan kemanisan dalam mengenal cinta seorang mukmin lantas merapatkan aku denganNYA.SELAMAT TINGGAL CINTA. SEMOGA BERBAHAGIA DENGAN PILIHAN KELUARGAMU. SESUNGGUHNYA MENGENALIMU SESUATU YANG INDAH DAN AKU AKAN TERUS MENCARI CINTA YG DIREDHAINYA
18/6/2011
No comments:
Post a Comment