Nabi (saw) bersabda:“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”.(hadis Riwayat Ahmad)
Terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan kita melewatkannya iaitu apabila kita melewatkan sahur pasti kita akan berjaga sehingga menjelang subuh. Dengan ini ambillah peluang ini bangun sembahyang tahajjud ataupun hajat dan berdoalah kepadaNYA yang MAHA MENDENGAR.
Sahur bukan sekadar utk kita menambah tenaga tetapi sahur juga lebih baik daripada itu. ia juga sunnah Nabi. Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)
p/s: sahurlah walau dengan segelas air kosong
No comments:
Post a Comment