Sunday, September 23, 2012

:: APAM POLKA DOT DOT ::

dah lama nak try buat apam polka dot ni. sedangkan orang lain dah lama terer buat apam polka dot yg comel2 ni.. cikna buat ni xberapa nak menjadi dot2nya tp alhamdulillah dgn resepi dr MYRESIPI ni cikna dapat buat apam polka dot yg xberapa nak dot tp mendapat pujian dr umi terchenta. umi cakap sedap nanti leh wat doorgift kenduri abang.. hehe
xberapa nak jadi dot2nya 

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

1 comment:

Anonymous said...

Salam kenal dari MRSnon..

singgah jap kat ur blog ni...!

nanti kalo ada masa free mai ler singgah umah kiter..

http://mrsnon.blogspot.com/

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...