Monday, September 10, 2012

:: IKAN BAWAL MASAK STIM ASAM BOI ::

assalamualaikum makcik senah, cik kiah dan kak limah semua. apa kaba sehat ke idak? petang2 ni sambil dok layan sembang kat tangga dan cari gutu meh intai resipi utk makan malam. uihhhh!! arini chef na nak kongsi resipi yang boleh memecahkan liur makcik2 kakak2 sekeluarga. dr kita dok makan ikan tambang singgang atau ikan selayang goreng, meh cni chef na nak tunjuk ajar buat IKAN BAWAL STIM ASAM BOI. simple jek cik non oi.. 


BAHAN-BAHAN:
Ikan bawal sekor
1 biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih di mayang
sedikit halia di mayang
serai dihiris nipis2
cili dipotong
air asam limau
asam boi putih yang besar
kicap ikan secukup rasa
air
CARA-CARA:
masukkan ikan yang telah dibersihkan dan dikelar di bahagian badan ke dalam kuali. masukkan air agak2 ikan tenggelam. kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas dan masak dalam api sederhana sehingga betul2 masak. pastikan kuali anda ditutup. cikna gunakan asam boi putih yg besar dan asam boi ni dia mmg ada rasa manis2 masam jd xperlu lg nak letakkan gula. jika suka lg masam bulih letakkan leih sedikit air limau . 


okeh dah siap. bolehla hidangkan bersama nasi panas2 beserta air paling sedap iaitu skyjus!!!

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...