::salam::
tadaa... uols lunch dgn apa today? hopefully uols makan makanan berkhasiat dan boleh membekalkan tenaga sepanjang hari. MZ suka makan ulam2 tp xsemua ulam MZ makan. ada beberapa jenis ulaman yg dapat ditelan oleh tekak ni.
1. peria katak
Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di pasar-pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. MZ paling suka makan peria katak dr peria yg biasa. peria katak lebih pahit berbanding dengan peria biasa. khasiat utama peria katak ini adalah dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing. Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Peria jugak dapat merawat buasir, kudis buta, dan juga mengatasi masalah kesan pengambilan alkohol.
biasanya kalo peria katak ni MZ juz goreng ngan telur.. mmg sedap...
2. Pucuk Gajus
Pucuk gajus atau nama saintifiknya Anacardium occidentale dikenali sebagai pucuk ketereh di kelantan. Pucuk ini MZ biasanya makan mentah dicicah dengan sambal belacan tp leb
ih sedap dimakan dengan budu n ikan bakar bersama nasi panas2. confirm mak mentua lalu xsedar. Antara khasiat pucuk gajus ini ialah khasiat awet muda, mengekalkan kesegaran tubih badan, merawat kencing manis dan darah tinggi.
3. kacang botol
Kacang Botor (nama botani, Psophocarpus tetragonolobus) juga dikenali sebagai kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek atau kalkang (anda panggil apa ye??).. Ia sejenis tumbuhan kekacang menjalar yang memanjat atau melilit. sama macam pucuk ketereh XD makan cicah budu + ikan kembung bakar. nyangkut (dialek klate). Ia mengandungi protein, kalsium,besi dan vitamin A. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botor lebih tinggi berbanding dengan sayuran kekacang yang lain. Bagi mereka yang diserang demam campak, daun kacang botor yang direbus boleh disapukan bagi melegakan pesakit.
4. Kerdas
Yg ni agak berbau la sedikit sama spt petai dan jering ( berbau byk sebenarnya) terutama ketika lepas buang air kecil tp MZ da lama xberjumpa dgn spesis ni. jering MZ mmg xsuka sgt2 tp petai ok la leh makan terutama yg jeruk. sedap!!! kerdas atau nama saintifiknya Archidendron bubalinum mempunyai khasiat dalam melancarkan pembuangan air kecil dan mencuci perut.
p/s: ulam2 yg dimakan begitu saja ni biasanya MZ cicah ngan BUDU (resipi budu Mummy MZ pernah dipostkan satu ketika dulu)
♥✿TAMAT♥✿
2 comments:
Buah kerdas tu mase zaman aunt T kecik2 arwah abah n arwah emak aunt T suke makan, berlawan2 dia org makan, pastu bilik air ade aromatheraphy. Buah kerdas dah jarang jumpe, aunt rase kena pergi pasar Chow Kit baru ade ni.
jom cri buah kerdas ni.. kat cni ramai jek yg jual buah kerdas
Post a Comment