YA ALLAH, matikanlah aku dalam keadaan beriman kepadaMU. sesungguhnya aku xsanggup ke nerakaMU.
Sunday, October 30, 2011
::SAAT SAMPAI WAKTUNYA::
:: RASA INI ::
sangat tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan ini dgn patah-patah perkataan atau dengan olahan abjad dari A hingga Z. Saat jari ini menari-nari di keyboard deraian air mata bertalu-talu di pipi. saat ini terjadi teringat dgn satu ayat yang pernah dibaca, bahawasanya
‘’ALLAH AKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN PERKARA2 YANG DICINTAINYA’’
apakah ALLAH menguji aku dengan perkara ini kerana aku menyintai seorang manusia? seorang manusian yang bisa meluruhkan dan menyentuh dasar hati aku dgn sikap ketakwaan dan kecintaannya PADA-MU. hadirnya di dalam hidupku sesungguhnya membawa perubahan yang sgt besar. aku makin menyintaiMU ya ALLAH. Hubbun yang lahir ini adalah cetusan rasa drMU dan anugerah yang bisa menjadi ujian dariMU ya ALLAH. Sebagai hambaMU sesungguhnya aku harus menyintaiMU lebih dr segalanya kerana ENGKAU yang mengatur segala perjalanan hidupkan.
HIDUP DAN MATIKU LILLAHI TA’ALA
Tuesday, October 25, 2011
:: TANGISAN SI KECIL ::
“Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi.” Baginda juga bersabda yang bermaksud,”Sesiapa yang tidak menyayangi,maka dia tidak disayangi.”(Riwayat bukhari)
Monday, October 24, 2011
Ya Allah, andai dia adalah jodohku, andai dia adalah yang terbaik untukku, permudahkanlah urusan kami..Ya Allah..Lembutkanlah hatinya ntuk menerimaku,Ya Allah..Berilah sedikit ruang untukku dalam hatinya,Ya Allah.. Tapi, Ya Allah, andai keputusan yng dia buat selepas ni adalah dgn melepaskanku..Aku terima dengan redha..Sungguh ketentuanMu ada hikmahnya.. Cumanya Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku ini Ya Allah.. semoga Ya Allah.. Aku bakal menerima kehadiran seseorang yang mencintaiMu.. Ya Allah, aku merayu padaMu..Hadirkanlah seseorang yang boleh membimbingku ke jalanMu, yang boleh mendalamkan cintaku kepadaMu.. Ya Allah,sungguh Ya Allah.. Hati ini mencintaiMu.. Hati ini merinduiMu.. Janganlah kau kembalikan aku pada kegelapan lampauku Ya Allah.. Berilah seseoarng yang boleh membuat aku lagi mengenaliMu, Ya Allah.. Aku inginkan sebuah keluarga yng berteraskan kasih sayangMu.. aku inginkan zuriat yng akan menegakkan kalimahMu di muka bumi ini Ya Allah.. Ya Allah aku mahu cintaMu, aku mahu kasih sayangMu.. Aku mahu menghidu jannahMu, aku mahu bersama2 orang yang dikasihiMu.. Hati ini ciptaanMu.. Kau yang mendatangkan perasaan sayang ni Ya Allah.. dan mana mungkin aku tidak menyanyangiMu, sedangkan Engkau yng menciptakan seswatu yng ada padaku, sehingga perasaan sayang ini pun Engkau yng ilhamkan.. Biarlah aku mengenal cinta manusiawi ni berteraskan cintaku padaMu.. Layakkanlah aku untuk menerima seseorang yang mencintaiMu Ya Allah.. Layakkanlah aku.. Berilah aku peluang.. Aku hanya hamba yng lemah... Hanya padaMu kuminta, kurayu pertolongan MU Ya ALLAH.. amin~
Thursday, October 20, 2011
:: WANITA DAN BUNGA ::
WANITA ibarat bungacantik pada pandangan mata hanya sementarayg kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yg mulia akhlaknya....
wanita dan bunga tidak dapat dipisahkan dan sering dikaitkan. bunga mawar merupakan bunga yang selalunya dikaitkan dengan wanita. lembut, cantik, harum dan berduri. begitulah sifat wanita meskipun lemah lembut jika dilengkapi dengan keimanan sebagai benteng pastinya hebatlah wanita itu. tidak teringinkah kita menjadi sehebat srikandi-srikandi ISLAM? seperti FATIMAH AZ ZAHRA yang tidak suka melihat lelaki dan dilihat lelaki. seperti ASMA' yang telah melahirkan panglima yang gagah dan berani iaitu ABDULLAH AZ ZUBAIR melalui didikanya. seperti RABIATUL ADAWIYAH yang teggelam dalam cinta kepada ALLAH SWT. seperti keperibadian isteri RASULULLAH, SITI KHADIJAH yang merupakan lambang keunggulan muslimah. subhanallah, betapa hebatnya mereka. namun, yang pasti dunia pada hari ini lebih mengagungkan SITI NURHALIZA, BRITNEY SPEARS, ZIANA ZAIN, dan dijadikan idola serta model bukannya akhlak dan keperibadian dari srikandi-srikandi ISLAM hebat ini yang dijadikan ikutan.setiap wanita mendambakan kecantikan ttp kecantikan dalaman lebih penting dari kecantikan luaran. sebagai seorang wanita yang dikaitkan dengan ciri2 lemah lembut, perlulah kita menjaga setiap pergerakan dan adab sopan serta menjaga pertuturan. mata, bibir, tangan, kaki serta anggota tubuh yang lain perlu dijaga bagi membentuk keperibadian yang baik. Menjaga pandangan dari melihat perkara2 yang memesongkan serta perkara maksiat. telinga pula dijaga dari mendengar perkataan2 yang keji dan kesat. begitu juga bibir, wanita muslimah akan menjaga pertuturannya dari mengeluarkan perkaaan yang boleh menggoreskan hati sesama saudaranya. tangan pula digunakan utk membantu saudara-saudara mereka yang memerlukan bantuan. manakala, kaki digunakan utk melangkah ke tempat yang diredhai ALLAH.wahai saudariku! usah risau jika anda merasakan bukan secantik bunga mawar kerana keperibadian yang dibentuk anda sendiri akan mencantikkan anda. bersyukurlah dan berusahalah utk menjadi MUSLIMAH SEJATI. SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH.
Tuesday, October 18, 2011
:: SAAT MATA BELUM DIPEJAMKAN ::
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
TIDUR ITU MATI SEMENTARA
Monday, October 17, 2011
:: DI MANAKAH NILAI KEMANUSIAAN? ::
"sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya"(surah An Nahl Ayat 90)
Sunday, October 16, 2011
:: CINTA, LOVE, HUBBUN, AMOR ::
CINTA KASIH SAYANG, semua tahu menyebutnya dari sekecik2 kanak2 yg pandai bercakap sehinggalah kepada mereka yang dewasa. namun bagaimana mereka menilai erti cinta itu sebenarnya? Ramai yg lebih mengagungkan cinta manusia dari cinta ILLAHI sedangkan rasa cinta dan sayang itu adalah kurniaan dariNYA. Tanpa kasih sayang dan cinta drNya, kita tidak mungkin ada di dunia ini. betapa agungnya kasih sayang ALLAH kepada kita hambaNYA.
Kecintaan kepada ALLAH adalah satu kedudukan yang istimewa. ALLAH mengangkat kedudukan hambaNya yang sangat menyintaiNYA setinggi2 darjat sebagaimana cinta RABIATUL ADAWIYAH. Ramai yang mengatakan mereka menyintai ALLAH namun adakah mereka benar2 maksudkannya? Mereka yang menyintai Penciptanya pasti akan selalu merinduiNYA sebagaimana mereka yang bercinta pasti akan sering mengingati dan merindui sang kekasih hati. Orang menyintai ALLAH pasti tidak takut akan mati dan mati merupakan saat2 yang ditunggu dan pastinya saat itulah akan berjumpa dengan KEKASIHNYA. Hakikatnya ramai yang takut mati dan lebih menyintai dunia dari akhirat. tepuk dada tanyalah
imamIMAN.
L.O.V.E
make me smile
make me cry
make me strong
and it change me
dis is because of LOVE
FULFILLED WITH ALLAH’s LOVEzalina hassan zamri
16102011 9.02 pm
p/s: YA ALLAH temukanlah aku dengan orang yg menyintaiMU agar aku turut ke jannahMU. amin~
Tuesday, October 11, 2011
:: WANITA SOLEHAH ::
Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
p/s: berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. insyaALLAH. semoga dimakbulkan doa.
Sunday, October 9, 2011
:: MENGEJAR PELANGI ::
Sang pelangi,indah tercipta kala hujanmenyeri selepas kelamditemani mentari bersinaralwan pelangi,semerah semangat megejar impianjingga warna senja kehidupan sekuning padi di bendang,menghijau dan menyubur dalam hati,tatkala selaut kebiruan bergelora dijiwa,ungu indigo secalit warna dalam kehidupan,kan kukejar pelangi petang yg pastinya hadir ketika hujan...zalina hassan zamri9/10/11 1145 pm
Friday, October 7, 2011
:: HOMESTAY JAMILAH PILIHAN TERBAIK ::
kepada sesiapa yg bercuti ke KEDAH n mencari tempat penginapan bolehlah hubungi HOMESTAY JAMILAH di nombor spt yg tertera di atas.gamb xsempat nak tangkap sbb bz nak berkonvo :D
:: PENGAJARAN DR KCB ::
:: BELANJAWAN 2012 ::
langkah belanjawan yg bakal dibentangkan:
- Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.
- Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
- Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun.
- Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.
- Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
- Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.
- Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.
- Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.
- Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.
- Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.
sumber : berita harian dan bernama
Thursday, October 6, 2011
:: KONVO UTK KE2 KALINYA ::
BERAKHIRNYA SESUATU MERUPAKAN PERMULAAN KPD SESUATU
Tuesday, October 4, 2011
:: BERMULANYA KISAH ::
kulangkah dan menyusuri sebuah perjalananditemani rembang merah yang berlabuhkaki ini terus melangkahke hadapan tanpa hentixkan ku berpaling ke belakang mahupun berpusing ke kiri dan ke kananku hayun dan terus menghayun kaki inipermulaan bagi sebuah penamatsegulung ikhtisas bakal digenggamimtihan dilalui dengan redhaNYAZALINA HASSAN ZAMRIALOR SETAR, KEDAH
Sunday, October 2, 2011
:: DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN ::
Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkajiاللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”Doa sebelum memasuki dewan peperiksaanوَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaanسُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”Doa memohon kejayaan yang cemerlangاللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."
:: RESIPI OREO CHEESE CAKE ::
BAHAN-BAHAN250g cream cheese200cc/ml fresh cream/plain yogurt2 sudu besar jus lemon3 sudu besar tepung gandum2 biji telur90g gulabeskut oreo sesedap rasa dibuang creamnyaCARA-CARAbiskut oreo dibuat based dan diletakkan dalam acuan kek. leh go0gle kat MYRESIPI cara nak buat based. kemudian semua bahan2 di atas di blend. dan masukkan ke dalam acuan kek. bakar 140 darjah celcius selama 45 minit. apabila dah sampai 30 minit. tutup kek dengan aluminium foil supaya xmerekah. tp cikna punya merekah jugak.. ataupun leh juga letakkan air dalam oven.