Friday, October 7, 2011

:: BELANJAWAN 2012 ::

Hari ini hampir keseluruhan rakyat MALAYSIA menunggu pembentangan belanjawan 2012 dari PERDANA MENTERI kita Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak. Tema Belanjawan 2012 ialah MEMBELA RAKYAT DAN MENSEJAHTERAKAN NEGARA. Belanjawan ini akan dibentangkan jam 4 petang nanti.
langkah belanjawan yg bakal dibentangkan:
  • Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.

  • Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

  • Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun.

  • Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.

  • Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

  • Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.

  • Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.

  • Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.

  • Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.

  • Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.

sumber : berita harian dan bernama

p/s: sama2lah kita mendengarkan pembentangan belanjawan 2012

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...