Sunday, October 2, 2011

:: DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN ::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

N3 kali khas disiapkan utk anak2 didik kesayangan cikgu. Pada peperiksaan kali ini cikgu tidak dapat bersama kalian semua. namun, doa cikgu sentiasa mengiringi kalian dan cikgu xkan pernah melupakan kalian. semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. segala kenakalan kalian xkan cikgu ambil hati dan cikgu maafkan segalanya serta ilmu yang dicurah telah cikgu halalkan. selamat menghadapi peperiksaan PMR utk anak2 didik cikgu serta seluruh pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR...
kalian harus ingat walau pelbagai usaha telah dilakukan tp tanpa diiringi doa kejayaan tidak akan menghampiri kalian. Ingatlah bahawa ALLAH amat menyukai jika hambaNYA meminta2 daripadaNYA. Di sini cikgu titipkan beberapa doa yang diambil dr webpage ISIUKM.

usaha + doa + tawakkal = insyaALLAH kejayaan

Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”


Doa memohon kejayaan yang cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."

p/s: xmo sebarang gosip mengenai saya lg yer... jgn derhaka :)

1 comment:

NoYB said...

GUD lUCK anak murid cikgu yer...! & semua yg menduduki exam PMR...^___^

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...