WANITA ibarat bungacantik pada pandangan mata hanya sementarayg kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yg mulia akhlaknya....
wanita dan bunga tidak dapat dipisahkan dan sering dikaitkan. bunga mawar merupakan bunga yang selalunya dikaitkan dengan wanita. lembut, cantik, harum dan berduri. begitulah sifat wanita meskipun lemah lembut jika dilengkapi dengan keimanan sebagai benteng pastinya hebatlah wanita itu. tidak teringinkah kita menjadi sehebat srikandi-srikandi ISLAM? seperti FATIMAH AZ ZAHRA yang tidak suka melihat lelaki dan dilihat lelaki. seperti ASMA' yang telah melahirkan panglima yang gagah dan berani iaitu ABDULLAH AZ ZUBAIR melalui didikanya. seperti RABIATUL ADAWIYAH yang teggelam dalam cinta kepada ALLAH SWT. seperti keperibadian isteri RASULULLAH, SITI KHADIJAH yang merupakan lambang keunggulan muslimah. subhanallah, betapa hebatnya mereka. namun, yang pasti dunia pada hari ini lebih mengagungkan SITI NURHALIZA, BRITNEY SPEARS, ZIANA ZAIN, dan dijadikan idola serta model bukannya akhlak dan keperibadian dari srikandi-srikandi ISLAM hebat ini yang dijadikan ikutan.setiap wanita mendambakan kecantikan ttp kecantikan dalaman lebih penting dari kecantikan luaran. sebagai seorang wanita yang dikaitkan dengan ciri2 lemah lembut, perlulah kita menjaga setiap pergerakan dan adab sopan serta menjaga pertuturan. mata, bibir, tangan, kaki serta anggota tubuh yang lain perlu dijaga bagi membentuk keperibadian yang baik. Menjaga pandangan dari melihat perkara2 yang memesongkan serta perkara maksiat. telinga pula dijaga dari mendengar perkataan2 yang keji dan kesat. begitu juga bibir, wanita muslimah akan menjaga pertuturannya dari mengeluarkan perkaaan yang boleh menggoreskan hati sesama saudaranya. tangan pula digunakan utk membantu saudara-saudara mereka yang memerlukan bantuan. manakala, kaki digunakan utk melangkah ke tempat yang diredhai ALLAH.wahai saudariku! usah risau jika anda merasakan bukan secantik bunga mawar kerana keperibadian yang dibentuk anda sendiri akan mencantikkan anda. bersyukurlah dan berusahalah utk menjadi MUSLIMAH SEJATI. SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH.
p/s: berbicara bukan kerana aku hebat tp aku ingin berubah.
2 comments:
saya x minat bunga.. tapi kalau kasi saya ambik... ehehheheh
org memberi of cz jgn menolak.. :)
Post a Comment