astaghfirullahal'azim... sgt sedih, terkedu, sebak dan macam2 perasaan yang timbul di hati apabila melihat DUA berita di TV3 td.
1.berita ttg seorang kanak2 di CHINA yang dilanggar lari oleh sebuah lori. dalam keadaan yang masih bernyawa kanak2 tersebut dibiarkan sahaja di tengah2 jalan tanpa dipedulikan oleh sesiapa pon dalam tempoh masa yang agak lama. seramai 8 orang yang lalu lalang tapi tidak dipedulikan. manusia jenis apakah mereka ini???
2. seorang pelajar berusia 16 tahun telah melahirkan bayi luar nikah di asrama sekolah, kemudian pelajar tersebut telah mengelar bayinya sendiri di perut dan belakang bayi tersebut. kejadian ini berlaku di SARAWAK. sudahnya berdosa akibat zina kemudian membunuh. siapa yang salah sebenarnya?
Kejadian2 ini berlaku apabila tiadanya agama dalam diri manusia. nyawa manusia seolah2 tidak berharga. apabila agama tiada, moral dan kemanusia juga turut hilang. Tiada agama di dalam dunia menuntut manusia berlaku zalim. Tidak kiralah apa pun anutan manusia tersebut. lebih2 lagi agama ISLAM yang sudah semestinya menuntut agar tidak berlaku zalim kepada sesama manusia mahupun diri sendiri.
"sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya"(surah An Nahl Ayat 90)
1 comment:
China dengan cara china..mesia dengan cara mesia..tolak tambah bahagi darab, dah takde beza mana..sama!
Post a Comment