Tuesday, October 18, 2011

:: SAAT MATA BELUM DIPEJAMKAN ::

assalamualaikum dan selamat awal pagi
kala ni mata cikna belum mau terpejam. dah cuba pejam dan pelbagai buku dibaca tp mata masih berdegil xmau tutup dan menikmat rehat pada waktu malam. kenapa yer?? setelah difikir2 dan diimbas balik apa yang telah dibuat pada hari ini.. ermmm.. rupa2nya cikna tdo0 petang td dan lepas makan malam td cikna minum teh ais yg agak kaw. bermakna cikna telah mengambil kafein sebelum tdo0. Dgn yang demikian terpaksa la esok saya tanggung mengantuk yang amat sangat.
tidur sgt penting disebabkan tidurlah waktu utk badan berehat tp bila dah mata xdapat pejam bermakna badan xdapat berehat dengan sepenuhnya. jari ini digunakan utk menekan keyboard manakala otak berfikir utk mencipta dan menyusun ayat saat berblogging begitu juga mata yang tertancap pada skrin laptop. Penat~ sehari ada 24 jam bila jam 12.55 mata masih belum tutup bermakna badan mungkin berehat beberapa jam sahaja dalam sehari.
ok! sekarang off laptop sebab dah dengki tgk baby kat atas ni tdo0 nenyak. sebelum tidur pastikan anda memaafkan semua orang. muhasabah diri apa yang anda lakukan arini. senyum dan baca doa tidur.

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

TIDUR ITU MATI SEMENTARA

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...