Wednesday, June 29, 2011

::DAGING MASAK KICAP::

assalamualaikum
alhamdulillah.. pada n3 sebelum ni cikna ada cerita pasal kelebihan bulan RAJAB. sekarang masuk plak bab cerita menu buka puasa. cikna masih dalam xberselera nak makan tp sbb teringat adik cikna pom turut sama puasa pastu dinner utk family skali jd cikna pom masak la daging masak kicap yg simple ni.
DAGING MASAK KICAP
bahan2
daging 1/2 kg
kulit kayu manis
minyak
halia
bawang besar
cili padi
bawang putih
kicap
sos cili
garam/gula

cara menyediakan
panaskan minyak. tumis kulit kayu manis bersama halia dan kemudian masukkan daging. masukkan sedikit air sehingga daging 2 tenggelam sedikit dan masak sehingga empuk. bila sudah pecah minyak, masukkan bawang besar yg dihiris dan bawang putih yg ditumbuk bersama cili yg dihiris memanjang, kicap, sos cili, garam dan gula. jika inginkan kuah masukkan sedikit air. siap!!!
cuci mulut ngan PUDING ROTI BERKARAMEL. nak resipi? JUST CLICK HERE

p/s: selamat beramal dan menjamu selera :)

::PUASA DI BULAN REJAB::

ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, cikna dapat berpuasa dgn jayanya pada hari ini sempena dgn ISRA' MIKRAJ. Td semasa di sekolah ada sedikit tazkirah berkenaan dgn ISRA' MIKRAJ oleh ustaz Hadi. beliau telah menyentuh bagaimana RASULULLAH s.a.w mendapat perintah dr ALLAH supaya umatnya menunaikan solat sebanyak 50 rakaat ketika peristiwa ISRA' MIKRAJ. namun apabila Nabi Muhammad S.A.W berjumpa dgn Nabi Musa A.S kemudian menyuruh baginda merayu kepada ALLAH supaya mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9 kali rayuan (setiap kalinya dikurangkan 5 waktu) akhirnya ALLAH memfardhukan sembahyang 5 waktu sehari semalam. bagaimanapun, kita umat Islam masih mengambil ringan soal solat sedangkan solat itu merupakan tiang agama. Bayangkan bagaimana jika solat g diperintah oleh ALLAH 50 rakaat itu, adakah kita mampu melakukannya??

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

    p/s: selamat beramal... (:

    Tuesday, June 28, 2011

    ::KU POHON KETENGAN DR-MU YA ALLAH::

    BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...
    YA ALLAH...
    aku xpernah memupuk rasa itu dan aku xpernah meminta mengembalikan rasa itu semula kerana ku xmahu terluka lg. Namun ku yakin semua yg berlaku ini mempunyai hikmah. Ya ALLAH MAHA PEMURAH dan MAHA PENCIPTA, terima kasih atas pertemuan aku dan dia. Jika nyata bukan aku pemilik tulang rusuknya, kikiskanlah pesonanya dr kedua mata. Dengan segala kekurang dan kelebihan yg ada. PadaMu ku pohon sucikan hatiku. Sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu. Ya ALLAH ya Tuhanku, aku memohon ketenangan drMu YA ALLAH. Sesungguhnya hanya padaMU ku meminta.

    ya ALLAH.. berserabutnya jiwaku tatkala ini.

    Monday, June 27, 2011

    Sunday, June 26, 2011

    ::JURURAWAT aka MISI JAMBU::

    assalamualaikum
    jom skodeng gambar jururawat lelaki kat HOSPITAL NARATHIWAT THAILAND...
    gambar di bawah ni merupakan salah seorg jururawat yg ada dekat wad hospital tersebut
    jambu x? hehe.. mmg comel la jururawat ni.

    p/s: jatuh hati tp xdela sampai bedebuk...

    Saturday, June 25, 2011

    ::KELIRU DENGAN PILIHAN HATI::

    ASSALAMUALAIKUM
    adeh~ dulu minat gilak ngan nokia C3 tp lom beli lg dah ada pilihan baru
    korang kena tolong cikna wat keputusan tau
    cikna cam berkenan ngan TAB tp member cikna kata bek beli PLAYBOOK
    mahal la plak benda alah2 ni. adeh~bajet lari xdapek nak kejar

    ::SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK::

    mmg sepah d best la. cikna peminat setia sepah.
    jom kita ulang tayang final maharaja lawak
    KLIK LINK DI BAWAH

    Friday, June 24, 2011

    ::BUNGA-BUNGA CINTA OST DALAM MIHRAB CINTA::

    BUNGA-BUNGA CINTA
    tak pernah terlintas di benakku
    saat pertama kita bertemu
    sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
    tulus hatimu buka mata
    kutegar jiwamu hapus ragu
    harum dan merekah
    kumembuncah di hati harapan dan suci
    menyatukan janji
    bunga-bunga cinta indah bersemi
    di antara harap pinta padaNya
    Tuhan tautkanlah cinta di hati
    memboncah di hati harapan dan suci
    berpadu indah dalam mihrab cinta
    dalam mihrab cinta

    ::ADA APA DI MUNDOK???::

    assalamualaikum
    jom skodeng pic cikna. cer teka cikna p mana.. hehe.. tgk tajuk pom da tau kan cikna p MUNDOK aka MUNDUK!!!!
    katner MUNDOK????
    ramai yg xtau katner especially mereka2 yg berada luar dr kelantan.
    mundok merupakan salah sebuah tempat terletak di selatan THAI yg bersempadan dgn PASIR MAS KELANTAN. nak pegi sana kita kena seberang sungai naik boat. menakutkan!!! arghhh!! cam nak terbalik sbb ramai sangat penumpang. bayar tambang hanya SEHENGGET @ RM1... nak beli belah kat sana kita leh guna duit MALAYSIA.. xpayah nak tukar2 duit dah.
    apa yg best? barang sgt murah!!!! adeh~ xlarat nak bawak jek. cikna sopim comforter n tudung raya utk ummi... hehehe..
    korng leh tgk gamb2 cikna yg xseberapa ni..
    nampak xmuka yg ketakutan 2.. adeh~


    ingah yg kelegaan lepas naik ke darat~lawak tol

    ni driber kami
    merangkap tukang angkut barang~comforter murah

    p/s: org ramai sgt sampai xnampak barang tp nampak org

    Thursday, June 23, 2011

    :: RASA HATI::

    rindu itu kembali berlabuh di dasar hatiku

    seakan menarik aku ke waktu itu

    saat ketika kasih kta mekar tp akhirnya gugur

    cinta kau dan aku takkan mungkin bersatu

    takkan mungkin dan takkan pernah

    23062011

    andai kau membacanya coretan ini.. maafkan aku sekali lg kerana xmampu melupakanmu. bkn niat ku mengganggu mahligai kebahagiaanmu kini cuma aku xmampu melupakan kenangan itu sekalipun telah lama berlalu..... maafkan aku. maafkan aku..

    Wednesday, June 22, 2011

    ::JATUH CINTA or MABUK CINTA::

    ::ASSALAMUALAIKUM::
    adeh~ festime xtau nak mula dr mana. cikna keliru dgn perasaan cikna.. hahha.. cinta la gamaknya ni. ermm.. camner nak crita erk. ayark!!! sumone must HELP ME!!!! ni jd kes mabuk air sejuk.
    sbnrnya saya xtau dia suka saya ke x. sy pum bukan suka dia kami kawan je tp semenjak saya perasan dia slalu jek pandang saya dalam diam. hati saya mula xkeruan. ayark!!!! terasa satu perasaan yg sangat berbeza berbanding ketika sy jatuh cinta waktu belajar. sy xtau skrg ni saya jatuh cinta ke saya lari dr cinta... adeh~
    "Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."

    Tuesday, June 21, 2011

    :: TAWAKKAL SETELAH BERUSAHA::

    assalamualaikum
    dikeheningan malam ni cikna nak bercerita tentang satu isu iaitu JODOH.
    JODOH! JODOH! JODOH! dan lagi JODOH!
    kebosan bila selalu jek ada org bertanya ttg JODOH. mmg soalan sangat2x cepucemas. Setiap org ingin mendirikan rumah tangga, ingin menyayangi dan disayangi tidak terkecuali cikna. Tp apakan daya jodoh itu belum lg sampai atau belum lg ditemui. setakat ni dah berusaha. sampai ke MAKKAH doa dikirimkan. cuma cikna skrg bertawakkal andai ada jodohnya maka korg akan dijemput ke majlis cikna. jika belum lg tiba waktunya korg kena tunggu lama la sket :p

    “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

    Amin.

    dalam n3 ni nak crita sket tempat2 yg biasanya org berdoa utk JODOH iaitu JABAL RAHMAH
    Jabal Rahmah berada di bagian timur Padang Arafah di kota Mekkah Arab Saudi. Sesuai dengan namanya, jabal berarti sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang. Ramai yg datang ke sini utk memohon doa dipermudahkan jodoh. cikna dah 2 kali kirim doa mintak dipermudahkan jodoh.

    p/s: kiranya cikna dah berusaha sekarang tawakkal jek..

    Sunday, June 19, 2011

    ::IKAN KEKEK MAK ELOI ELOI MASAK STEAM::

    assalamualaikum
    arini semua ahli keluarga tidak ada di rumah. diorg semua p kenduri. hukhuk! tinggalkan cikna sorg kat umah bersama si ibu kucing dan 4 ekor anaknya.
    balik sko0l td dah xtau nak makan apa. belek ayam cam boring, belek daging semalam rasa cam dah makan daging, belek ikan cam xlalu jek ikan kekek yg ada..
    pk punya pk last2 skali trasa kecur liur nampak limau.. terlintas kat kepala nak kukus jek ikan kekek ni bersama air asam. cam bestkan...
    jom skodeng resipi cikna

    RESEPI STEAM IKAN KEKEK MAK ELOI ELOI
    bahan-bahan
    ikan kekek sekor
    air asam limau secukupnya (cikna perah 2 biji yg besau2)
    sos ikan (nampla)
    sedikit gula (nak seimbang rasa)
    bawang merah sebiji -hiris halus
    halia - hiris halus
    serai- hiris halus
    cili merah 3 tangkai tp nak pedas lg leh tambah byk2 (hiris halus)

    cara menyediakan:
    kukus air dulu biar menggelegak. ikan dicuci bersih. kemudian diletakkan lam bekas yg tahan panas. masukkan gula, air limau, sos ikan ke dalam mangkuk. kacau bg sebati semuanya dan curah ke atas ikan td. kemudian, semua bahan2 yg dihiris td ditabur di atas ikan. last skali kukus selama 15 minit dalam pengukus. dah masak hidang bersama2 nasi.
    p/s: dikongsi bersama si ibu kucing :)

    Saturday, June 18, 2011

    ::TOBASCO PEPPER SAUCE TIDAK HALAL::

    DNA Babi – Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi


    KUALA LUMPUR 15 Jun – Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

    Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

    “Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

    “Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

    Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

    Sumber : Utusan Malaysia


    erk!!!!
    lepas ni ntah pa lagik. masak sdiri pom lom tentu halal disebabkan bahan2 utk memasak 2 xterjamin. adoyai!!! camner la nak hidup di dunia zaman SERBA CANGGIH ni.. penat mak!!!
    JAKIM perlu kuatkan lagik dalam pemantauan.. kena usaha lebih sket... kesian kami org ISLAM cam dianiaya plak. sos 2 mmg feveret cikna sbb dia sgt pedas. sobsob :(
    p/s: kena samak perut x? :(

    LUAHAN HATI-KRISTAL

    LIRIK LUAHAN HATI

    nyanyian KRISTAL


    Pertama kali ku dengar suaramu

    sayunya hatiku merindui dirimu

    walaupun belum kita bersua muka

    namun aku tetap jatuh cinta

    Pertama kali ku bertemu denganmu

    hatiku terpaut melihat senyumanmu

    aku mengharap engkau menerimaku

    kerna aku bersedia menyintaimu

    Akan ku renang lautan yang berapi

    membuktikan kehebatannya cinta ini

    tetapi jikala kau meninggalkan aku

    terhiris hati ini

    terguris jiwa ini


    menangis tak berlagu

    Biarpun ombak yang merubah pantai

    kasihku takkan hancur berderai

    biarpun hari berganti hari

    dirimu tetap ku nanti

    Sayangku pimpinkan tanganku

    menuju mahligai bahgia

    kita bersama nikmati kisah cinta

    hidup bagaikan di syurga

    Oh kasih.....

    Akan ku renang lautan yang berapi


    membuktikan kehebatannya cinta ini

    tetapi jikala kau meninggalkan aku

    terhiris hati ini

    terguris jiwa ini

    menangis tak berlagu

    Biarpun ombak yang merubah pantai

    kasihku takkan hancur berderai

    biarpun hari berganti hari

    dirimu tetap ku nanti


    Sayangku pimpinkan tanganku

    menuju mahligai bahgia

    kita bersama nikmati kisah cinta

    hidup bagaikan di syurga


    abaikan wajahku yg kusam n hangus itu

    p/s: lepas student cikna nyanyi masa hari guru tetiba cikna rasa lagu ni best.. ngeh~ layannnn

    Friday, June 17, 2011

    ::KITA PERLU BERUBAH::

    assalamualaikum
    lama dah rasanya xpost n3 baru
    bukan bz sgt tp saje membzkan diri.
    ada sesuatu benda yg terlintas di dalam fikiran cikna tatkala sedang bermuhasabah diri

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

    satu petikan al-Quran yg cikna rasa perlu ada dalam diri kita jika kita ingin menjadi manusia yg cemerlang dan berjaya dalam dunia dan akhirat. memang benar kita perlu percaya kpd qada dan qadar yg telah ditentukan. tetapi utk meraih KEJAYAAN kita perlu berusaha bukan hanya berdiam diri disebabkan mengikut takdir. KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK. Mungkin saat ni kita sukar utk menjalani kehidupan disebabkan kesempitan hidup dan jgn hanya menyalahkan takdir sahaja. apa yg patut kita lakukan adalah berusaha.
    TP INGAT!!!!
    usaha yang dilakukan haruslah disusuli dgn doa. Doa merupakan senjata org muslim. berdoa dalam keadaan rendah diri dan bersungguh2 InsyaALLAH akan didengari olehNYA. lepas berusaha, berdoa seterusnya kita harus bertawakkal samada kejayaan itu bakal milik kita atau tidak. jika bukan milik kita lg mungkin itu bukan rezeki kita atau kita akan bakal mendapat lebih baik lg.
    SEGALA2NYA HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI
    subhanallah
    p/s: utk diri sendiri yg kadang kala tidak terkawal emosi. astargfirullahal a'zim

    Wednesday, June 15, 2011

    ::SKMM MINTA PENYEDIA LAMAN INTERNET SEKAT LAMAN MUAT TURUN???::

    assalamualaikum
    semalam cikna tgk berita tv yg mengatakan SKMM telah meminta mana2 syarikat internet menyekat laman web muat turun xkira la download filem ke, cerita ke, lagu ke, game ke... lol!! kenapa macamni? cikna nak tgk crita hanya sumber tenet jek tempat bergantung. sobs0b!! jgnla aniaya cikna. xkan cikna bayar harga tenet semata2 nak fesbuk n blogging jek. blogging pom jd boring bila xleh nak download game, crita n papejek..

    kenapa SKMM xminta jek mereka2 yg terlibat ni sekat laman WEB LUCAH??? penyumbang besar kepada keruntuhan akhlak remaja. nak g potong jek la tenet ni kalo dah xleh nak mengdownload.. buat pe ada tenet kalo camni... huh!! majuk >__<

    p/s: majulah sukan utk negara :P

    Sunday, June 12, 2011

    :: PERTANYAAN UTK HAWA. JAWAPAN DARI ADAM ::

    Satu Soalan Buat Hawa.
    Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

    Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous....

    ...Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

    Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

    ***

    Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

    Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

    Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

    Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

    Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

    Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

    Baca ni ;

    Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

    Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

    Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

    Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

    "Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT

    p/s: sesama saling mengingati. dipetik dr FB seorg hamba ALLAH dan telah ditag oleh anak murid cikna :)

    ::TERENGGANU JUARA PIALA FA::

    Debaran perlawanan merebut PIALA FA malam ni sudah terjawab
    TERENGGANU JUARA PIALA FA
    2-1
    walau bagaimanapun semoga KELANTAN bakal menjuarai pertandingan seterusnya seperti Liga Super dan Piala Malaysia. jgn ptus asa team THE RED WARRIORS.
    tumpukan utk LIGA SUPER dan PIALA MALAYSIA yer..
    gamb BERITA HARIAN
    ESOK KELANTAN DAN TERENGGANU CUTI YER

    Saturday, June 11, 2011

    :: ESOK CUTI PERISTIWA BG KELANTAN-TUAN GURU NIK AZIZ::

    assalamualaikum
    sempena KELANTAN ke FINAL PIALA AKHIR FA YB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah memberi cuti peristiwa kepada seluruh rakyat kelantan xkira penoreh getah pom kena cuti yer pada keesokkan harinya iaitu hari AHAD 12/6/2011
    korang xcaye???
    jom p belek kat bawah ni haaa
    ada bukti yg diambil dr FB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

    p/s: akan menikmati cuti yg tinggal sehari sebaik2nya :) dan semoga KELANTAN menang dalam menentang TERENGGANU.. GO MORE KLATE GO MORE =)) GOMO KLATE GOMO

    ::SALES BAJU MUSLIMAH::

    assalamualaikum
    uols minat x pakai baju muslimah?
    selesakan pakai baju muslimah semua tertutup
    sekarang ni HOTMAMA tgh wat MIDYEAR SALES
    bg korang yg nak nampak gojes tp masih lagik bercirikan islamik mehla cuci mata kat
    dan bila dah beli baju muslimah 2 jgn lupa beli shawl atau tudung bawal yg gojes tp harga murah di KOLEKSI JILBAB

    :: HADIAH DR WAFICO SHAWL::

    ASSALAMUALAIKUM
    semalam hari yg mengembirakan bila cikna dapat hadiah dr WAFICO SHAWL
    cikna selalu juga membeli belah di WAFICO SHAWL sbb shawl dia murah n cantek
    wafico shawl telah menghadiahkan cikna shawl satin ala HANA TAJIMA. cikna xreti nak pakai ala HANA TAJIMA ni tp insyaallah akan belajar n pakai pada hari raya. leh x? hehehe

    ni shawl satin ala HANA TAJIMA kaler ijau epal. cantik n sweet kan?
    so korang kalo nak cantik n anggun leh la singgah kat fb WAFICO SHAWLS
    TERIMA KASIH WAFICO SHAWLS

    p/s: jangan lupa singgah kat KOLEKSI JILBAB juga yer :)

    Friday, June 10, 2011

    ::CIKNA nak buat CONTEST::

    uols setuju x kalo cikna nak wat CONTEST utk kali ke2??
    GA pertama kali cikna wat byk sgt kekurangannya..
    CIKNA akan cuba baiki pada CONTEST kali ni
    hadiah??? pasti hebat sbb sempena pembukaan kedai on9 cikna
    tp contest pe cikna blom decide lg jd nak mintak tlg korang2 la decidekan utk cikna..
    leh x?
    pic saje jek nak kasi gempak xD

    Wednesday, June 8, 2011

    :: MENGISLAMKAN BABI::

    Time bw td singgah kat blog SOLIHIN ZUBIR. cikna mmg dah lama folo blog beliau.
    masa singgah td jumpa satu n3 yg sgt menarik bagi cikna yg telah dipostkan oleh beliau.
    YG HALAL ITU JELAS YG HARAM ITU JELAS
    jom layan n3 dibawah yg dipetik dr blog SZ
    ISLAMIC COUPLE VS BABI ISLAM
    Aku adalah cina muallaf. Sebelum aku memeluk Islam dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, dah macam orang ketagih ganja. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah.. Sekarang Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi, haram. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku terlantar di hospital lepas masuk Islam. Jadi, masa kat hospital tu aku berfikir cara mengatasi masalah aku tu.

    Akhirnya, aku mendapat satu idea. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia bagai binatang minyak yang penuh. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisik kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Bila dia berak saja, aku terus vacuum. Begitulah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun.

    Selepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ketika aku nak sembelih babi ni, baru aku tahu yang babi ni tak ada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Sangap gila! Lagipun aku dan bisik 2 kalimah syahadah dan bagi tazkirah kat babi ni. Apa ada hal. Lepas tu, aku pun goreng babi tu dan makan.

    Tengah sedap melantak, aku nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz! Jom makan. Babi Islam ni. Halal!" Tergamam ustaz tu. Lantas ustaz tu memberi penjelasan kepada aku. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Sekarang aku dah faham. Aku dah bertaubat dan menjadi seorang muslim sejati.

    Kesimpulan

    Begitu juga dengan soal couple. Kononnya islamic couple. Bila dating, dating kat tempat orang ramai, bukannya tempat gelap. Si Gadis pakai jubah bertudung labuh. Si Jejaka pula berjubah dan serban di kepala. Dating bukan untuk buang masa. Keluar bawak Al-Quran. Bila berhenti makan, siap Taddarus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Kat rumah, sms atau call pagi-pagi buta suruh bangun qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu? Hahaha..

    Kalau benda itu haram, ia tetap haram walau kita cuba apa cara sekalipun untuk menghalalkannya. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Allah melarang perhubungan lelaki-perempuan bukan mahram tanpa sebab yang dibenarkan syarak! Islam halalkan couple sekiranya sudah bernikah, bukannya sebelum kahwin

    ::SUTERA BIDADARI-PENEMAN SETIA::

    assalamualaikum
    selama seminggu cikna berada di hospital narathiwat menjaga bapa saudara cikna yg menemi cikna adalah SUTERA BIDADARI memandangkan semua majalah2 kat sana dalam bahasa THAI hatta CLEO sekalipun.
    dan sekarang tamat sudah cikna membaca SUTERA BIDADARI dr RAMLEE AWANG MURSYID. yg pasti SUTERA BIDADARI ni macam ada sambungan jek..
    alhamdulillah bapa saudara cikna nampaknya makin sembuh. semua wayar dah tanggal kecuali wayar makan ikut idung jek belum lg ditanggalkan.. semoga pakdo cepat2 keluar hospital

    Monday, June 6, 2011

    ::JOM DOWNLOAD DRAMA NORA ELENA::

    assalamualaikum
    dah episode 16 ke NORA ELENA?? opsss... cikna betul2 xtau n cikna xpernah sekalipom tgk drama ni. baca novel pom xpernah sbb novelis yg cikna minat NORHAYATI BERAHIM, AIN EMIR n paling2 suka gilak kat RAMLEE AWANG MURSYID.
    tp
    disebabkan drama ni dah jd bualan dan buah mulut kebanyakkan kawan2 cikna xkira realiti atau maya maka cikna terpaksa mencari alternatif nak tgk crita ni sbb TV3 tayang jam 7.. susah nak buka tv time 2 :( dan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada MEDIAFIRE MOVIE sbb telah mengupload drama tersebut utk di DOWNLOAD oleh cikna... thanks a lot. uols sape2 yg terlepas ke atau xpuas nak tgk leh je p kat http://www.mediafiremovie.org/ utk download drama NORA ELENA
    p/s: download semua episode pastu baru layan. ok x?

    ::GA : saya nak fm ni::

    n3 GA last minit
    saya nak fm ni sbb saya beli fridge baru. hehehe
    tamat??
    petang ni jam 5.. sempat lg kalo uols nak join. yg penting folo dulu blog NMO2
    nak join klik jek banner kat atas

    p/s: cikna follower 510

    Sunday, June 5, 2011

    ::NASI KUNING @ NASI KHAUMOK::

    assalamualaikum
    selamat tengah hari smua..dah lunch blom?
    cikna bukan nak crita pasal apa yg cikna lunch arini tp cikna nak crita pasal apa yg cikna bekpes minggu lepas. masa 2 cikna masih kat NARATHIWAT, THAILAND. org selatan thai n kelantan sama jek apa yg diorg bekpes iaitu nasi cuma yg beza org kelantan biasa bekpes nasi kerabu n nasi berlauk sama ada lauk ikan atau ayam tp org selatan thai bekpes nasi kerabu dgn telur rebus dan satu lg nasi iaitu nasi khaumok.
    apa itu nasi khaumok???
    skodeng jek pic kat bawah
    nasi khaumok atau nasi kuning
    cara2 nak buat resipi nasi khaumok versi umi cikna
    beras
    air
    bawang merah n bawang putih dihiris halus
    jintan manis
    bunga lawang
    halia
    daun pandan
    serbuk kunyit
    minyak utk menumis
    ayam
    garam sedikit

    cara buat:
    tumis bawang merah, bawang , halia, bunga lawang, jitan manis sehingga naik bau. masukkan ayam dan air. rebus separuh masak ayam tersebut. kemudian basuh beras dan masukkan ayam yg direbus td bersama air rebusan ayam tersebut. masukkan serbuk kunyit, daun pandan dan garam secukup rasa. kacau hingga rata dan biarkan nasi masak.

    setelah siap hidangkan bersama air lada (pencicah) dan juga daun salad
    p/s: simple tp susah juga kalo xkena cara. nasi xmasak ayam pom xmasak. umi cikna xreti nak bg sukatan jz main agak jek

    :: sAYA POM MAU KAHWIN ::

    salam semua
    tgk tajuk n3 nampak cam cikna dah gatal merenyam kan.. bukan gatal tp dah mmg tahap wajib kawen pom. umur dah lanjut tp jodoh lom ada nak wat camner. bernanah dah telinga ni dgn soalan2 CEPUCEMAS
    "asyik p kenduri org jek, bila nak buat kenduri sendiri?"
    tukang jawab pom cemas semcam jek >.<
    ada ke org xnak kawen? cer cerita.. cikna sampai dah xtau nak jawab. jodohnya belum kutemui lg. bukan saya memilih tp org yg xnak pilih saya. mngkin xlawa n xcukup baik !__!
    andai tidak dijodohkan di dunia dah andai itu takdirNYA cikna redha.
    SEMOGA MEREKA YG MENDIRIKAN RUMAH TANGGA PADA MUSIM CUTI SEKARANG NI BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT
    SELAMAT PENGANTIN BARU
    NORINA & KHAIRUL
    NORANIDA & SYAMSUL
    p/s: usaha + doa + tawakkal

    Saturday, June 4, 2011

    ::OREO MILK SHAKE::

    ASSALAMUALAIKUM
    selamat petang semua.. korang suka oreo x? mesti suka suki kan? cikna pom suka sgt ngan oreo ni especially yg ada filling vanila kat tengah2. chocolate vanilla.. ermmm.. best gilak.
    cuba uols bayangkan. tgh panas2 camni dapat membasahkan tekak dgn air yg sejuk n co0l. agak2la camner rasanya erk? hehe.. saje nak suh korang teruja dgn kedinginan air OREO MILK SHAKE NI.
    jom tgk pic kat bawah ni. co0l x? hehe
    OREO Milk Shake recipe
    caranya sgt mudah n simple
    4 sudu kecil chocolate syrup.. guna jek jenama hersye's (air milo pom ok kot)
    8 keping oreo yg dikeluarkan inti
    susu 1 cawan
    2 cawan aiskrim vanila

    cara buat:
    mula2 masukkan sirap coklat ke dalam cawan. kemudian blender oreo + aiskrim + susu sehingga jd hancur. pastu masukkan dalam gelas yg berisi coklat td. utk hiasan n lebih nikmat lg hancurkan oreo dan hias kat atas sekali. siap utk diminum..
    nak lebih resipi berkaitan oreo sila klil kat CNI

    Friday, June 3, 2011

    ::KES BUANG BAYI YG SGT MENYAYAT HATI::

    BUKAN KES BUANG BAYI TP NI DAH JD KES CAMPAK BAYI.. BENGOM TOL MANUSIA TERSEBUT. BINATANG LAGI SAYANGKAN ANAK. NI BUKAN SPESIS MANUSIA ATAU BINATANG TP SPESIS LEBIH HINA DR BINATANG...

    KUALA LUMPUR: Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

    Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.
    Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan.

    Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

    Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

    Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

    "Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
    Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

    “Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,” katanya.
    Sumber berita harian 2/06/2011
    p/s: KECEWA, SEDIH, MARAH dgn pelaku...

    ::HADIAH DR EYRIQAZZ::

    ASSALAMUALAIKUM
    yea!yea! hadiah dr eyriqazz dah sampai. actually dah lama sampai tp cikna xda kat umah.
    hadiah yg cikna dapat 2 seperti dalam gamb.
    thanks eyriqazz
    p/s: simpan dulu minggu depan minum :)

    ::teruskan membaca n3 lain::

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...