Tuesday, June 21, 2011

:: TAWAKKAL SETELAH BERUSAHA::

assalamualaikum
dikeheningan malam ni cikna nak bercerita tentang satu isu iaitu JODOH.
JODOH! JODOH! JODOH! dan lagi JODOH!
kebosan bila selalu jek ada org bertanya ttg JODOH. mmg soalan sangat2x cepucemas. Setiap org ingin mendirikan rumah tangga, ingin menyayangi dan disayangi tidak terkecuali cikna. Tp apakan daya jodoh itu belum lg sampai atau belum lg ditemui. setakat ni dah berusaha. sampai ke MAKKAH doa dikirimkan. cuma cikna skrg bertawakkal andai ada jodohnya maka korg akan dijemput ke majlis cikna. jika belum lg tiba waktunya korg kena tunggu lama la sket :p

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.

dalam n3 ni nak crita sket tempat2 yg biasanya org berdoa utk JODOH iaitu JABAL RAHMAH
Jabal Rahmah berada di bagian timur Padang Arafah di kota Mekkah Arab Saudi. Sesuai dengan namanya, jabal berarti sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang. Ramai yg datang ke sini utk memohon doa dipermudahkan jodoh. cikna dah 2 kali kirim doa mintak dipermudahkan jodoh.

p/s: kiranya cikna dah berusaha sekarang tawakkal jek..

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...