Thursday, December 2, 2010

:: SUATU BUNYI YANG INDAH::

bloggers sekalian,
cuba anda tutup telinga anda selama 5 minit dan berkomunikasi dgn org sekeliling
ataupun cuba anda menonton tv tanpa membuka bunyi
apa yang anda rasai???
adakah anda dapat memahami setiap patah perkataan yg dilontarkan oleh pelakon2 atau org2 sekeliling tanpa mendengar???
bagaimana pula yg dialami oleh golongan yg cukup istimewa yg tidak pernah mendengar sejak kecil lg?
tergerak hati mz utk membuat satu artikel mengenai CUED SPEECH ataupun PERTUTURAN KIU setelah menonton Rancangan Bersamamu TV3 bertarikh 1/12/2010

"SUATU BUNYI YANG INDAH"

Pertuturan KIU yg dikenali pada hari ini merupakan hasil usaha keras seorang lelaki yg bernama DR. RICHARD ORIN CORNETT. Beliau merupakan Naib Presiden Kolej Gallaudet (kini menjadi universiti) yang terletak di Washington D.C. Universiti ini merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di dunia yang khusus untuk pelajar cacat pendengaran.

Pertuturan kiu merupakan isyarat tangan untuk membolehkan golongan pekakuntuk bercakap.. Pertuturan kiu mengunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian . Selain itu, bentuk-bentuk yang dilambangkan (kiu) ditentukan pada kawasandimana bentuk tangan menentukan bunyi-bunyian tangan. Misalnya 8 bentuk tanganmembentuk huruf konsonan dan 4 bentuk tangan membentuk huruf vokal. Seterusnya,pertuturan kiu menggunakan bentuk-bentuk bagi memandu bunyi-bunyian.

Kanak-kanak pekak belajar melalui pertururan kiu seperti mereka belajar bahasaisyarat. Melalui kaedah pertuturan kiu khusus kepada bahasa melayu, setiap suku katayang diucapkan dapatdilihat dan didengar pada masa yang sama. Tujuan utama pertuturan kiu adalah digunakan sebagai medium bahasa kanak-kanak. Pertuturan kiudapat membantu sebutan setiap perkataan dan ianya sangat membantu melalui gabungan dengan terapi artikulasi.

Bagi mereka yang mempunyai anak2 istimewa ini, anda bolehlah menghantar anak anda ke PUSAT PERTUTURAN CUED yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak2 istimewa ini mampu menguasai 3M dalam masa 2 minggu sahaja (mengikut salah seoarng ibu yg menghantar anak mereka ke pusat ini). Janganlah disia2kan anak2 ini. Mereka juga mahu menjalani kehidupan seperti manusia normal.

BERSAMAMU juga ada menemuramah seorang bekas pelajar di pusat ini iaitu Iffah yang kini merupakan seorang guru di PUSAT PERTUTURAN CUED ini. Kini Iffah boleh bertutur seperti org normal walaupun bunyinya agak sengau sedikit. Bg misz ini merupakan satu keajaiban di mana seorang yang tidak pernah mendengar bunyi mampu mengeluarkan bunyi dan bertutur. Sungguh menakjubkan.


p/s : hargailah pendengaran anda. dgrlah alunan g indah spt zikir2 memuji ALLAH

♥✿sekian♥✿


No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...