SALAM TAHUN BARU 1432 HIJRAH
Tidak ramai dikalangan remaja sekarang menghayati bulan-bulan Islam. tidak dinafikan misz juga kadang2 lupa tp nasib baik masih mengingati nasyid bulan2 ISLAM. oleh sebab itu, kalau terlupa misz akan melagukan nasyid bulan Islam. di sini misz senaraikan bulan2 islam. adik2 sila hafal... penting sebenarnya..
1. muharam
2. safar
3. rabiul awal
4. rabiul akhir
5. jamadil awal
6.jamadil akhir
7.rejab
8. syaaban
9. ramadhan
10. syawal
11.zulkaedah
12. zulhijjah
Selepas kita mengenali bulan2 dalam Islam marilah pula kita menghayati erti hijrah. Hijrah bererti berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Selain itu, hijrah juga bermakna berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Justeru, hijrah juga boleh difahamkan sebagai meninggalkan sesuatu yang dilarang. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah s. a. w. bersabda, yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)
memandangkan kita sudah berada dihujung tahun, marilah sesama kita membaca doa awal dan akhir tahun ini, insya Allah diri kita akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun.
p/s: berubah ke arah lebih baik
♥✿sekian♥✿
No comments:
Post a Comment