Monday, November 28, 2011

:: SAHABAT MENUJU SYURGA ::

"kawan mencerminkan peribadi kita, kalau nak tgk kita baik ke x tgk dgn siapa kita berkawan"
for me this is not true. kenapa??? kalo semua org xnak berkawan dgn mereka spt bohsia, bohjan, mat rempit atau mana2 yg nakal (mereka sbnrnya bukan jahat tp nakal) siapa yg akan menyedarkan mereka??? cikna menulis sbb berdasarkan apa yg berlaku dgn cikna. saya bukan org yg baik (kisah lampau yg agak nakal) tp jika mereka2 yg bertudung labuh dan bergelar ustazah tidak mahu berkawan dgn saya mungkin sy masih tenggelam dalam dunia saya.
berkawanlah dgn sesiapa jua tp jika perangai sahabat itu xelok jgn sampai kita yg terikut. malah, kita boleh menjadi penasihat kpd sahabat supaya dia berubah menjadi lebih baik. Mmg betul, bukan mudah menasihati dan mengubah org lain tp di sinilah salah satu peranan kita sbg khalifah di muka bumi ini. jika kita yg lebih baik ini tidak membimbing mereka ke jalan ALLAH, kemana lg mereka mahu mengadu nasib? takkan kita sanggup biarkan mereka hanyut tanpa sebarang teguran dari kita? semua org buat silap dan semua org ada hak utk berubah dan bertaubat.
"teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati...."
I LOVE MY FRIENDS, SAHABAT SEHINGGA SYURGA

Sunday, November 27, 2011

:: WANITA BAIK UTK LELAKI BAIK ::

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Baikkah perempuan seperti aku utk menerima lelaki yang baik2?? satu persoalan yang sentiasa berlegar2 diminda. bukan kerana diri ini sentiasa memikirkan soal jodoh tp ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan kerana ALLAH telah mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam setiap diri hambaNYA. ini adalah fitrah manusia rasa ingin dicintai dan menyintai. Setiap kali menghayati ayat2 di atas diri ini mula mengukur sejauh mana layak utk mencari seorang lelaki yang baik sbg suami. Apakah kayu ukur baik yang sebenarnya?? diri ini cuba membaiki diri kerana sedar masih byk kekurangan. bukan kerana ingin memiliki “lelaki baik” itu tetapi ingin mencari sebuah kehidupan yang benar2 diredhai ILLAHI.

2011_08_30_10_30_15_990

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

P/S: buat sahabat yang masih mencari-cari tp masih lagi xjumpa. bersabarlah kerana ALLAH sedang merencanakan sesuatu. BERDOA + BERUSAHA + BERTAWAKKAL, insyaALLAH pasti “lelaki baik” @ “wanita baik” akan menjadi milik anda.

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H::

SALAM MAAL HIJRAH 1433H..
hijrah merupakan satu titik perubahan. titik perpindahan dari yg buruk kepada yang baik, dr yg hitam kepada yang putih, dr yang negatif kpd yg positif. sebenarnya dalam melakukan perubahan tidak perlu menunggu tahun baru dan sepatutnya perubahan itu perlu dilakukan saat kita sedar yg kita perlu berubah.
sebagai seorang wanita cikna ingin berubah menjadi wanita yang cantik dan utk menjadi wanita cantik, kita perlukan perhiasan yang cantik. Menutup aurat dgn cantik iaitu melabuhkan tudung, melonggar pakaian. sentiasa "dibaluti" dgn air wudhu agar terserlah nur dari dalam diri, hiasi bibir dgn zikrullah dan memakai rantai takwa agar dirantai dari menuju ke arah maksiat serta sentiasa takut akan azab nerakaNYA.

"sesungguhnya orang2 yg beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALLAH, mereka itu mengharapkan rahmat ALLAH dan ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG"
(Al-baqarah: 218)
checklist 1433H
1. menjadi anak dan wanita solehah
2. menemui bakal imam (*__^)
3. memperbanyakkan amalan utk menuju jannahMU
amin~ semoga dipermudahkan
p/s: seindah hiasan adalah wanita solehah

Thursday, November 24, 2011

:: WANITA HEBAT ::

cikna tersangat mengagumi wanita2 yg teguh pada prinsip agamanya, tegas dan kuat walau zahirnya lembut. bagaimanakah cara utk menjadi wanita sehebat ini? cikna suka mengambil contoh Ummul Mukmin yg pertama iaitu wanita kesayangan Rasul, SITI KHADIJAH. beliau begitu hebat kerana turut menanggung pelbagai penderitaan ketika bersama2 Rasulullah dalam berusaha menyebarkan dakwah dan menyeru kpd ISLAM. Beliau merupakan kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela kpd Rasulullah ketika baginda menjalankan seruan ALLAH. Beliau juga merupakan seorg ibu yg telah melahirkan 6 org cahaya mata utk Rasullullah. betapa hebatnya SITI KHADIJAH.
utk menjadi wanita hebat perlulah mempunyai ilmu. ilmu akademik sahaja tidak mencukupi, perlu disertakan dgn pelbagai lg ilmu. wanita yg mempunyai MASTER dalam bidang apa sekalipun belum tentu wanita yg cerdik dan hebat. Perlu diseimbangkan dgn ilmu agama kerana agama merupakan tunjang bg seorg insan. tanpa agama lemah dan hancurlah insan tersebut.
WANITA TANPA ILMU akan hilang arah tujuan
WANITA TANPA ILMU xkan mampu menjadi pendidik terhebat
WANITA TANPA ILMU xmampu menjadi sayap kiri suami
p/s: lihat disekeliling anda berapa ramai wanita yg mempunyai degree dan master kena tipu dgn jantan2?

Wednesday, November 23, 2011

:: KELANTAN SUDAH BANJIR!!!! ::

selamat malam semua
utk pengetahuan semua kawasan pantai timur sedang mengalami musim tengkujuh. arini cikna nak tempek gambar kawasan banjir sekitar tempat cikna. kawasan yg mengalami banjir adalah beberapa kawasan sekitar ketereh, kok lanas, dan juga kawasan tempat tinggal cikna kawasan kedai mulong. jom jenguk gambar2 di bawah. kamera cap ayam so gamb xlawa.. sori...
kawasan ketereh
kawasan kok lanas
kawasan kok lanas

p/s: hujan itu rahmat... insyaALLAH...

Monday, November 21, 2011

:: Watch LIVE the SEA Games Finals - Malaysia vs Indonesia ::

bg uols yg xda tv tp ada internet atau bg sesiapa yg bukan berada di MALAYSIA atau di INDONESIA anda bolehlah menonton perlawanan bola sepak indonesia lawan malaysia melalui live streaming. klik sahaja pautan di bawah

p/s: majulah sukan utk negara :)

Friday, November 18, 2011

:: REZEKI YG TIDAK DISANGKA2 ::

Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
rezeki yg dtg dari ALLAH sememangnya tidak disangka2.. pada pagi ini spt biasa cikna on9 dan tiba2 nampak WARDINA SAFFIYAH update FBnye sblm 2 blom diketahui yg beliau bakal berkongsi ubat gigi MU'MIN. lepas cikna komen baru nampak kat caption gamb bahawa beliau akan memberkongsi ubat gigi mu'min dgn pengomen 1,3,5,7,dan 9. yg surprisenya cikna pengomen pertama. hehe.. dpt ubat gg mu'min secara tak sengaja. setakat cikna berblogging n berfb cikna dah dapat sepasang baju kurung budak dr ERYMIN, memenangi baju T SHIRT dr KRUTV dalam peraduan CONTAGION, dapat SATEEN SHAWL dr WAFICO, pernah dapat white coffee dr EYRIQAZZ.. ke semuanya adalah rezeki yg tidak disangka2. rezeki dr ALLAH. cikna jz try my luck. :)
baju dah bg utk cik mia anak kak sara

p/s: semua ini didahulukan dgn ALHAMDULILLAH... semoga mereka2 yg pernah memberi ini dimurahkan lg rezeki oleh ALLAH swt..

Monday, November 14, 2011

:: PELANGI KELAM ::

cuba anda dongak ke langit. bagaimana keadaan langit di tempat anda? adakah dihiasi indah oleh bulan dan bintang atau pada saat ini mungkin di tempat anda mentari sedang terik memancar dan disulami dengan sang pelangi disebabkan baru je lepas hujan. atau mungkin tempat anda seperti di tempat saya langit mendung awan menangis, kelam, sunyi dan sepi. begitu juga dgn kehidupan kita secara realitinya. Kita hidup xkan selalu dalam keadaan gembira ataupun xkan selalu datang ujian yang bertimpa-timpa. mana mungkin ALLAH hanya mendatangkan ujian tanpa mendatangkan ketenangan. kita hidup berpaksikan agama. xkiralah apa pun agama anda tp cikna berpegang teguh pada agama yg satu, ISLAM. ISLAM itu sangat indah dan ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGASIH. DIA xkan membiarkan hamba2 sentiasa dibebani ujian kerana setiap ujian yg diharungi dgn tabah pasti ada ganjaran yg hebat menanti. SUBHANALLAH.... lihat sahaja firman ALLAH
“Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka akan datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.”
(QS Ali Imran: 125).
maka dgn kesabaran dan tabah dalam menghadapi ujian pasti mentari muncul disebalik awan mendung, yg kelam menjadi terang.. kesimpulannya.. jgn mengeluh setiap kali ujian dtg bertimpa2 kerana ujian ini merupakan asam garam dalam kehidupan. tiada hebatnya jika hidup sentiasa bersenang lenang tanpa sebarang kesusahan. betul x? pasti ada manisnya jika kita berjaya menghadapi setiap ujian dan rintangan yg telah disediakan khas utk kita.
p/s: tabahlah duhai hati....

:: TEKA TEKI ::

assalamu'alaikum
selamat malam all
n3 malam ni edisi mengetest enset baru...hikhik
serius cikna mula suka kat enset baru ni...
ermm... cam nak buat teka teki plak
enset apa yg cikna pakai utk blogging ni?
jawab betul cikna akan buat review pasal blog anda nanti...

Friday, November 11, 2011

:: KEK PELANGI ::

Assalamu’alaikum

harini jom kita main dengan warna2 indah spt alwan pelangi. love the colour of rainbow much!!!! sebelum cikna pernah buat puding pelangi tp harini cikna nak buat kek pelangi. warna yg sama pink, hijau dan biru (my feveret kaler). resipi ni di skodeng dr MY RESIPI. thanks MYRESEPI..

BAHAN-BAHAN

250 gm butter

200 gm gula kastor

4 biji telur gred A

220 gm tepung naik sendiri

5 sudu besar air susu

1 sudu kecil esen vanila

sedikit pewarna merah, hijau, kuning dan biru

CARA-CARA

  1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning dan biru.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya, kemudian diikuti warna biru. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna biru. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Bakar 180c selama 1 jam.

cun x kek pelangi saya? hehehe…. cun gebu macam I tau..

Pelangi itu indah sbb dia ada 7 warna. warna2 inilah yg menceriakan pelangi. begitu indah pelangi sama seperti kehidupan kita jika tiada kesedihan, kesusahan cuma ada kebahagian, bagaimana kita ingin mengecapi keindahan hidup yang sebenarnya. manisnya hidup ini apabila segala kesusahan berjaya diredahi dengan tabah. begitu juga sebaliknya. nikmatilah hidup ini dengan keredhaanNYA. lakarilah kehidupan ini sepertimana warna2 pelangi :)

p/s: warna pelangi saya>> pink, biru, hijau, purple

:: TALAPIA 3 RASA ::

ASSALAMUALAIKUM

selamat makan tengahari. ermm... dah hampir seminggu asyik ngadap daging jek, kolestrol pom dah bertambah so harini tukar menu. ikan talapia 3 rasa. makan ikan lg bagus dari daging merah. ikan kaya dgn hasil protein dan amat diperlukan oleh tubuh badan utk proses pertumbuhan dan perkembangan seperti berfungsi membina membina tisu, kulit, rambut, kuku, serta otak. bukan bermakna daging tidak mempunyai protein tp protein yg ada pada ikan lebih byk lg disamping jika kita memakan daging merah yg bertambah adalah kolestrol dalam badan. (kalah pakar pemakanan) disamping itu makanan laut juga kaya dgn iodin bg mengelakkan penyakit goiter. macam KEMPEM MAKAN IKAN la plak..

BAHAN-BAHAN

ikan talapia

bawang putih

bawang merah

tomato

cili merah

nenas

cili boh

sos tiram

kicap ikan (nampla)

tepung jagung

kunyit, garam,gula

minyak utk menggoreng

CARA-CARA

ikan talapia dibersihkan. kemudian dilumurkan garam, cili boh, kunyit dan tepung jagung. perap sebentar kemudian goreng sehingga garing. ketepikan. utk kuah: tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga naik bau. kemudian masukkan nenas, tomato, sos tiram, kicap ikan, gula sedikit. biarkan sejejap dan akhir skali masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air. masak sehingga mendidih. kemudian curahkan kuah 3 rasa td ke atas ikan dan hiaskan dgn daun ketumbar :)

“Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah SWT dan solat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, karena dapat membuat hati kalian menjadi keras.”(HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a.)

p/s:alhamdulillah.. syukur dgn apa yg dimakan utk arini

:: EDISI JUMAAT 11.11.11 ::

assalamua'alaikum

edisi 11.11.11 merupakan n3 luahan hati.. hehehe

memandang diri ini tiba2 rasa dipergunakan. ngek~ sapa suh ko carik pasal2 berjanji yang bukan2..

neway, tolong menolong itu amalan mulia tp bila pertolongan yang diminta berlebih2 sampai saya rasa cam kerja yang diminta tolong buat ni kerja saya plak. mula2, saya ingat sikit jek so berjanji nak tolong sbb demi kepentingan satu organisasikan. lagipun bg cikna xsalah nak minta tolong dan ditolong kalau xmembebankan si diminta tolong. tp skrg cikna tiba2 rasa terbeban dgn kerja2 ni (dah jd tak ikhlas) walaubagaimana byk n susah sekalipun cikna tetap akan habiskan kerja2 ni sbb dah berjanji. bukankah memungkiri janji itu salah satu ciri2 org yg munafik? cikna xnak jd munafik :(

bila kita tolong org. insyaALLAH bila tiba masa kita susah org akan tolong kita biarpun bukan org yg pernah kita tolong. pasti ALLAH akan menghantar pertolongan itu xkira dalam apa cara sekalipun.

mode: sambung siapkan kerja

Tuesday, November 8, 2011

::SABAR::


Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

:: PANDANGAN MATA ::

NABI MUHAMMAD SAW bersabda:
"Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka ALLAH mewariskan dihatinya kemanisan dimilikinyasehingga bertemu denganNYA"
aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki
biarlah aku hanya cantik dimatamu duhai zaujiku
kalau aku ingin lelaki baik menjadi suamiku, maka aku juga perlu menjadi perempuan baik
bukankah ALLAH telah berjanji lelaki baik hanya utk perempuan yang baik
-duhai calon IMAM yang telah dipilih ALLAH utkku-

Monday, November 7, 2011

:: KIFARAH DOSA ::

Memandangkan cuaca sekarang xmenentu, td masa pergi rombongan meminang terkena air hujan jd dgn tidak langsung selsema yg sedikit menjadi demam selsema. saat ini suara dah xkeluar dan bila batuk terasa tercucuk di dada. ubat lak xda cuma ada panadol soluable tp xleh nak telan sbb termakan tapai. org tua2 kata kalo makan tapai xleh makan ubat nanti ubat tu jd racun (mabuk ubat) xpasal2 kang kena terkejar ke spital plak.. hehe… pastu cari2 minyak panas or vick pom xda. tgh2 malam camni mana ada kedai buka. pastu skrg lak xleh tdo0 sbb kalo baring hidung tersumbat. ermmm…. tawakkal je la. ada hikmatnya, at least cikna leh siapkan kerja2 yg tertangguh sbb dah xleh nak tdo0 kan…

"Ya Allah, andai dengan sakit yang kau uji ini akan membuatkan engkau redha padaku, aku redha ya Allah. Andai sakit ini adalah tanda kasih sayangMU ya Allah, Aku menerimanya dengan redha Ya Allah, Sihat dan sakit ini dariMu ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan iman dalam melalui ujian sakit ini, Ya Allah engkaulah tuhan yang Maha pengasih lagi Maha penyayang, Tambahkan rasa syukurku atas tiap ujianmu samaada dalam nikmat ataupun sakit"

dengan sakit ni mula la kita mengingat DIA. seharusnya ketika senang pom kita kena ingat yg sebenarnya kita diuji bukan ketika susah atau pom sakit sahaja. sakit merupakan satu kifarah dosa. ada mesej yang ingin disampaikan ketika sakit. supaya manusia sentiasa mementingkan kesihatan. jaga kesihatan dan jgn sekali2 merosakkan dan menyakiti tubuh badan kita. :)

p/s:sakit2 pom esok ada dating ngan sahabat2 lama :) semoga esok sihat

Sunday, November 6, 2011

:: BER'HANA TAJIMA' ::

assalamualaikum
hari ni hari istimewa kerana seluruh umat ISLAM menyambut hari raya aidiladha iaitu hari raya Qurban. memandangkan raya jd pelbagai fesyen pom timbul xterkecuali saya :) hari rayakan mesti nak nampak cantik. jd harini saya ber'hana tajima' tp kat rumah je. lepas gian nak pakai shawl saten inspired by hana tajima tp jangan lupa
an-nuur ayat 31, Allah s.w.t berfirman:
"katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..."
xkesahla kita nak berfesyen macam mana sekali pun tp kena mengikut syariat dan xusahlah berlebih2..
p/s: cikna sgt suka pakai shawl dan tegur bila ada yg xkena dgn pemakaian cikna. saya ingin berubah

:: MUSLIMAH DAN POHON SEMALU ::

wanita telah dibandingkan dengan pelbagai benda antaranya bunga. namun kali ini kita lihat pula bagaimana wanita dibandingkan dgn pohon semalu. Pokok yang nama saintifiknya mimosa pudica ini amat mudah dikenali Tandanya ialah apabila disentuh,ia akan mengecut.

Ia punya perkaitan dengan diri wanita:

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanyapohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Picnik collage
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

p/s: peliharalah diri dgn sifat malu kerana malu itu separuh dr iman.

Saturday, November 5, 2011

:: SALAM AIDILADHA ::

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN
semoga pengorbanan yang dilakukan mendapat redha ilahi :)
juadah pertama yang siap
on da going ROTI JALA, POPIA DAGING :)
BAKED CHEESE CAKE
p/s: berkorban hati dan perasaan

:: LIRIK OMBAK RINDU ::

OMBAK RINDU

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

lagu filem OMBAK RINDU ni agak best.. masa muda remaja dulu mmg suka sgt baca novel. xkira novel apa pom dan novel OMBAK RINDU ni dah byk kali dibaca berulang kali. harap2 filem dia best :)

Friday, November 4, 2011

:: H.A.T.I ::

DSC00117

Jahat manusia manusia terletak pada HATI

baik manusia terlatak pada HATI

sedih manusia terletak pada HATI

gembira manusia terletak pada HATI

ketika jatuh cinta HATI menjadi riang

ketika putus cinta HATI menjadi sakit

ketika merana, makan HATI berulam jantung

segalanya terletak pada HATI. di situ ada kebaikan, kejahatan, belas kasihan, kasih sayang. seketul daging yang sebenarnya milik ALLAH yang harus dijaga dengan baik. yang seharusnya sentiasa dibasuh dan dicuci agar menjadi bersih bebas dari perasaan dengki, cemburu, khianat, sakit hati, dendam dan pelbagai perkara negatif. bersihkanlah hati kita dgn zikrullah dan muhasabah diri. jgn biarkan hati kita dinodai titik-titik hitam dan akhirnya menjadi keras seterusnya mati.

YA ALLAH,

jauhkanlah aku dari sikap cemburu dan sakit hati. tenangkanlah diriku. redhakanlah aku dalam setiap perkara yang telah berlaku. sesungguhnya ENGKAU yg membolak balikkan hati ini.

amin

p/s: jauhkan aku dr sikap dengki dan cemburu.

Thursday, November 3, 2011

:: CHEESE CAKE SIMPLE ::

ASSALAMUALAIKUM
dah lama xpost n3 pasal makanan dan resipi. sempena kita hampir menyambut hari raya AIDIL 'ADHA kali ni cikna akan post 1 resipi cheese cake sgt simple n mudah dan cuma guna cheese slice. jom kita tgk camner rupa cheese cake yg guna keju keping atau cheese slice :)
BAHAN-BAHAN
5 keping cheese
setengah cawan susu cair
1 cawan marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
esen vanila

CARA-CARA
cikna blend semua bahan2 di atas kecuali tepung naik sendiri. kemudian masukkan tepung naik sdiri ke dalam bekas dan gaulkan bersama2 bahan yang diblend td. gris loyang masukkan adunan ke dalam loyang. kukus sehingga masak.

p/s: belajar memasak utk masa depan yg indah :)

Tuesday, November 1, 2011

:: NIKMAT HUJAN ::

musim tengkujuh tiba lagi. suasana di kota bharu hampir keseluruhan waktu diselubungi mendung dan hujan mencurah2 pada waktu tgh2 malam dan pagi. hujan merupakan satu daripada nikmat ALLAH. Sungguhpun perkara ini sudah diketahui umum namun masih ada lagi insan2 yang mengeluh dan mencela ketika hujan turun.

Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:
"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir."

(An-Nahl:10- 11)

Subhanallah.. ALLAH MAHA AGUNG dari titisan air itulah turunnya rahmat yang tidak terhingga. titisan kecil mampu menyejukkan tatkala kepanasan, mampu menyuburkan tanaman yang hampir kekeringan, memberi haiwan serta ternakan minuman dan ini merupakan sumber rezeki kita. hujan yang turun membasahi juga seolah2 ingin membersihkan kotoran dosa yang telah dibuat oleh anak cucu ADAM di dunia. oleh itu, jgnlah sekali2 kita mencela hujan. bersyukurlah di atas nikmat dan rahmat yang telah diturunkan melalui hujan.

hujan

p/s: love the smell of rain :)

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...