Monday, November 7, 2011

:: KIFARAH DOSA ::

Memandangkan cuaca sekarang xmenentu, td masa pergi rombongan meminang terkena air hujan jd dgn tidak langsung selsema yg sedikit menjadi demam selsema. saat ini suara dah xkeluar dan bila batuk terasa tercucuk di dada. ubat lak xda cuma ada panadol soluable tp xleh nak telan sbb termakan tapai. org tua2 kata kalo makan tapai xleh makan ubat nanti ubat tu jd racun (mabuk ubat) xpasal2 kang kena terkejar ke spital plak.. hehe… pastu cari2 minyak panas or vick pom xda. tgh2 malam camni mana ada kedai buka. pastu skrg lak xleh tdo0 sbb kalo baring hidung tersumbat. ermmm…. tawakkal je la. ada hikmatnya, at least cikna leh siapkan kerja2 yg tertangguh sbb dah xleh nak tdo0 kan…

"Ya Allah, andai dengan sakit yang kau uji ini akan membuatkan engkau redha padaku, aku redha ya Allah. Andai sakit ini adalah tanda kasih sayangMU ya Allah, Aku menerimanya dengan redha Ya Allah, Sihat dan sakit ini dariMu ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan iman dalam melalui ujian sakit ini, Ya Allah engkaulah tuhan yang Maha pengasih lagi Maha penyayang, Tambahkan rasa syukurku atas tiap ujianmu samaada dalam nikmat ataupun sakit"

dengan sakit ni mula la kita mengingat DIA. seharusnya ketika senang pom kita kena ingat yg sebenarnya kita diuji bukan ketika susah atau pom sakit sahaja. sakit merupakan satu kifarah dosa. ada mesej yang ingin disampaikan ketika sakit. supaya manusia sentiasa mementingkan kesihatan. jaga kesihatan dan jgn sekali2 merosakkan dan menyakiti tubuh badan kita. :)

p/s:sakit2 pom esok ada dating ngan sahabat2 lama :) semoga esok sihat

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...