Sunday, November 27, 2011

:: WANITA BAIK UTK LELAKI BAIK ::

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Baikkah perempuan seperti aku utk menerima lelaki yang baik2?? satu persoalan yang sentiasa berlegar2 diminda. bukan kerana diri ini sentiasa memikirkan soal jodoh tp ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan kerana ALLAH telah mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam setiap diri hambaNYA. ini adalah fitrah manusia rasa ingin dicintai dan menyintai. Setiap kali menghayati ayat2 di atas diri ini mula mengukur sejauh mana layak utk mencari seorang lelaki yang baik sbg suami. Apakah kayu ukur baik yang sebenarnya?? diri ini cuba membaiki diri kerana sedar masih byk kekurangan. bukan kerana ingin memiliki “lelaki baik” itu tetapi ingin mencari sebuah kehidupan yang benar2 diredhai ILLAHI.

2011_08_30_10_30_15_990

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

P/S: buat sahabat yang masih mencari-cari tp masih lagi xjumpa. bersabarlah kerana ALLAH sedang merencanakan sesuatu. BERDOA + BERUSAHA + BERTAWAKKAL, insyaALLAH pasti “lelaki baik” @ “wanita baik” akan menjadi milik anda.

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...