cuba anda dongak ke langit. bagaimana keadaan langit di tempat anda? adakah dihiasi indah oleh bulan dan bintang atau pada saat ini mungkin di tempat anda mentari sedang terik memancar dan disulami dengan sang pelangi disebabkan baru je lepas hujan. atau mungkin tempat anda seperti di tempat saya langit mendung awan menangis, kelam, sunyi dan sepi. begitu juga dgn kehidupan kita secara realitinya. Kita hidup xkan selalu dalam keadaan gembira ataupun xkan selalu datang ujian yang bertimpa-timpa. mana mungkin ALLAH hanya mendatangkan ujian tanpa mendatangkan ketenangan. kita hidup berpaksikan agama. xkiralah apa pun agama anda tp cikna berpegang teguh pada agama yg satu, ISLAM. ISLAM itu sangat indah dan ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGASIH. DIA xkan membiarkan hamba2 sentiasa dibebani ujian kerana setiap ujian yg diharungi dgn tabah pasti ada ganjaran yg hebat menanti. SUBHANALLAH.... lihat sahaja firman ALLAH
“Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka akan datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.”(QS Ali Imran: 125).
maka dgn kesabaran dan tabah dalam menghadapi ujian pasti mentari muncul disebalik awan mendung, yg kelam menjadi terang.. kesimpulannya.. jgn mengeluh setiap kali ujian dtg bertimpa2 kerana ujian ini merupakan asam garam dalam kehidupan. tiada hebatnya jika hidup sentiasa bersenang lenang tanpa sebarang kesusahan. betul x? pasti ada manisnya jika kita berjaya menghadapi setiap ujian dan rintangan yg telah disediakan khas utk kita.
p/s: tabahlah duhai hati....
No comments:
Post a Comment