KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.
dipetik dr KOSMO
Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”(HR al-Bukhari dan Muslim)
7 comments:
nasib dapt diselamatkan
budak2 sekarang mmg xpk panjang
itu la..bila di beri peluang x nak blajar btl2..bila dh gagal,mcm ni plak jalan yg di pilihnya..nak mati dlm keadaan kufur..
gagal sekali bukan bermakna gagal selama2nya dik~La Tahzan~
mslh xlulus spm ke????
mst surrounding dia yg menekan sgt kot smp dia jd pendek akal cmtu....
xtau la tp ni la ciri2 iman senipis kulit bawang.. spttnya redha n sabar n berusaha lg di masa depan. HIDUP BELUM BERAKHIR stakat SPM
na...bdk ni ado masalah kuarga n msalah percintaan....baca dale paper td la...:)
Post a Comment