assalamualaikum
malam ni cik nak cerita tumbuhan sekitar umah cik
abah cik ni suka menanam aka petani part time
pokok yg paling dia suka tanam ialah pokok kantan
uols kenal x pokok kantan??? pokok kantan ni spesel tau sbb kita leh makan bunga n umbut. pokok kantan xda buah yer tuan2 dan puan2...
nak tgk rupa bunga kantan????
scroll ke bawah sket
.
.
.
.
ni la rupa bunga kantan
ni plak pokok kantan
Bunga Kantan atau nama saintifiknya Etlingera Elatior .Boleh dijadikan ulaman dan juga gubahan yang menarik akan mengindahkan lagi suasana dengan warnanya yang menawan dan harumannya yang menyegarkan.Bunga kantan juga mempunyai khasiat perubatan. Daunnya boleh digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan bau hanyir badandan rizomnya digunakan sebagai ubat untuk buang angin selepas bersalin iaitu dengan cara dimakan bersama sirih. Bunganya pula boleh mengekalkan awet muda apabila diracik halus dan dimasukkan ke dalam minyak wangi.
kalo kat KELANTAN biasanya bunga kantan ni kita leh nampak lam NASI KERABU, LAKSA atau LAKSAM, ASAM PEDAS dan juga terkenal lam buat ulam. terutama sekali umbut kantan (feberet cik) sangat sedap bila dicelur dan dicah dengan budu spesel my ummi. nak resipi budu spesel klik kat CNI. kpd sesapa yg nak tgk real bunga kantan sila ke rumah cik.
p/s: lenkali n3 belimbing buluh plak... nak g snap pix belimbing buluh esok
2 comments:
kalau dlm laksa, NS suke mkn bunge kantan ;) sdappp
bnyk nye khasiat bunga kantan ni kan..mmg elok tuk kesihatan :)
Post a Comment