Tuesday, November 16, 2010

::salam QURBAN::

SelAMAT haRi RAyA QuRbAN

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA INGATLAH ORG YG TERSAYANG

Bg sesiapa yang menjalankan ibadah qurban, selamat menjalankan ibadah qurban.

Kat sini miss nak bercerita sedikit mengenai Hari Raya Qurban. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu.

Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, “…Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”

Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:…

”Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar.”(as-Saffat:102).

Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

Berdasarkan cerita diatas, apa yg misz ingin simpulkan disini bahawa pengorbanan sebenarnya mempunyai pelbagai maksud dan pengertian. hakikat berkorban sbnrnya bukan sahaja haiwan peliharaan tetapi pengorbanan itu mungkin dalam bentuk harta, masa, kasih sayang dan mungkin juga nyawa.walau apapun pengorbanan anda pastikan pengorbanan itu ke jalan yg redhai Allah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

http://matcuoi.comESOK LEH PAKAI BAJU BARU http://matcuoi.com

2 comments:

zoul yazix said...

selamat ari raya miszalina! :)

Zalina Hassan Zamri said...

slamat ari raya zoul... menu pe esok?

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...