Sunday, November 7, 2010

Resipi Pilihan Bulan ini- BIHUN GORENG SINGAPURA-



Bihun goreng singapura ni misz jdkan resipi pilihan sbb dia ada blackpepper dan simple.. Nyumnyum....

Bahan-bahan:
1.bihun cap merak yg telah direndam
2. ayam
3. udang
4. sotong
5. kubis bunga
6. sawi
7. gula
8. garam
9. serbuk perasa
10. black pepper (paling penting) -misz guna yg biji2 then tumbuk baru kaw
11. bawang putih untuk ditumis
12. telur

CARA-CARA

Mula2 panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam bersama sotong dan udang (masukkan ayam dulu selepas ayam sedikit masak baru masukkan sotong dan udang).
Setelah ayam, sotong, udang masak masukkan gula, garam, serbuk perasa serta blackpepper bersama telur. kemudian masukkan sayur dan bihun. Semua bahan2 ini digaul sehingga rata. Akhir sekali hidang bersama air sirap :p



No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...