Wednesday, November 10, 2010

:: kek coklat ala ZALINA::


sudah setaun misz xwat kek coklat. arini misz wat kek coklat sbb mgu depan jamuan kelas misz so nak xnak kena praktis buat takut jd macam 1st time dulu kek da ok tp sedikit pahit sbb misz letak byk sgt coklat. ingatkan bila da letak byk coklat makin sedap tp hampeh. Kat sni misz tempek gamb kek coklat yg misz buat bersama resipi yg misz da olah sedikit sbb xda serbuk koko. kredit to bayu pagi sbb misz amek resipi dr blog bayu.

BAHAN-BAHAN:
(A)

1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
1 cawan serbuk koko (misz ganti ngan 1cawan milo sbb xda serbuk koko kat umah)
sedikit coklat bar (misz pakai main agak2 jek)
½ cawan susu pekat

(B)

1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
Aluminium foil

(C) - TOPPING

Coklat masakan
Susu cair
Mentega

CARA-CARA

Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau sebati hingga semua bahan larut atas api yang kecil sahaja. Setelah semua bahan mencair, letak tepi dan tunggu sehingga dia suam-suam kuku.

Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Pukul 3 biji telur dalam bekas lain. Panaskan periuk pengukus. Sapu loyang dengan sedikit mentega.

Masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam bahan A dan kacau rata. Kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Tuangkan kesemua adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega tadi dan tutupkan bahagian atas loyang dengan aluminium foil bagi mengelakkan air menitis ke atas kek. Kukus selama 1 jam. Selepas itu cucuk dengan lidi, jika tiada sisa kek yang melekat pada lidi maka kek tersebut telahpun masak. Angkat dan sejukkan sebelum dihias.

TOPPING

Cairkan coklat masakan bersama dengan sedikit susu cair dan mentega. Letakkan semua bahan ke dalam mangkuk dan letak di atas periuk yang berisi air (teknik double boil). Setelah semua cair, tuangkan di atas kek yang telah sejuk tadi. hiaskan ngan coklat rice. Siap untuk dihidang.
KEK COKLAT SAYA


6 comments:

mohammad said...

salam ziarah

m!sZ zAL!nA said...

trima kasih.. jemput2 la

faizura rahman said...

kak, topping die tu nnt, xkeras ke?
aritu saya da try buat gne coklat masakan jugak, tapi die jadi mcm coklat yang asal bila try nk potong..keras then hancur!!

m!sZ zAL!nA said...

xkeras... double boiler pastu masukkan butter n sedikit susu cair.. jgn masukkan coklat masakan jek

faizura rahman said...

ouh..aritu sy gne coklat n minyak je..okey2, nnt try :) thx kak!

m!sZ zAL!nA said...

tryla guna butter nim rasa dia lemak2 sket...

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...