Friday, November 19, 2010

::perjalanan sebuah cinta::

http://matcuoi.com
perjalanan sebuah cinta bukan berakhir dijinjang pelamin. perjalannya masih lg panjang sehingga ajal menjemput. dalam rumahtangga bukan hanya kebahagiaan yang menanti, mungkin ada taufan megi ataupun mungkin taufan katrina, sapa tau. namun inilah dikatakan sebuah kehidupan yang bakal ditempuh setiap insan yang bergelar suami dan isteri. bagi seorg wanita hidu[ beliau telah lengkap apabila dikurniakan sang suami dan anak2 yang comel. alangkah indahnya hidup ini seperti syurga kecil di dunia. bagi sang suami pula, hidup makin lengkap dikurniakan kerjaya dan isteri solehah serta anak2 yang soleh.
http://matcuoi.com

p/s entri arini cam serius jek... hikhik... layan angin jap

meh kita tgk KRONOLOGI perjalanan sebuah cinta

ADAT MERISIK

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Sebenarnya tujuan adat ini adalah utk mengenali kedua2 belah pihak dan memastikan si gadis belum dipunyai.

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

PEMINANGAN

Pertunangan merupakan suatu ikatan janji antara pihak lelaki dan perempuan utk melangsungkan perkahwinan pada tarikh yg dijanjikan. Pemberian cincin kepada pihak perempuan sebagai tanda dia sudah dimiliki (misz belum dpt cincin lagi) . menurut Islam, peminangan ini adalah sunat kerana ia sebagai tanda utk melihat bakal pengantin. Bahagian yang disunatkan bg seorg perempuan ialah muka dan kedua2 tangannya.

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

akad nikah

yg ni wajib. Xleh miss. Kena buat kalo x, xsah kahwin anda. Dalam akad nikah ni perlu ada ijab dan Kabul. Contoh sebuatan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Bila sudah sah, kenala baca doa selamat semoga perkahwinan ini berkekalan. Pada ketika ini syaitan menangis semahu2nya hikhik… sbb apa? Sebab terbinanya masjid. Bila sudah kawen segala amalan jd double mark. Jd jom kta kawen… ngehngeh…

walimatul urus

pak kelepak kelepak kelepong kelepong kelepong… hikhik sampai masanya utk majlis walimatul urus. Yang ni xwajib kalo xberduit xpe wat yg ringkas2 jek xpom xpayah buat. Akad nikah cukup. Hindari zina… majlis ni sbnrnya hanyalah utk mengumumkan bahawa kta sudah menjadi suami isteri dan juga sebagai majlis bersyukur kerana telah disatukan.

sudah bersediakah anda utk berkahwin??? jika dah bersedia jom kta mendirikan masjid.



No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...