ASSALAMUALAIKUM
cikna baru je mendapat berita dr rakan FB bahawa PETKNODE CAT BOARDING telah melakukan kekejaman terhadap kucing di pusat penjagaan sementara kucing di premis mereka. Pihak PETKNODE telah membiaran kucing2 di bawah jagaan mereka tanpa penjagaan dan makan minum selama 9 hari.. YA ALLAH...bayangkan selama 9 hari tanpa makanan dan minuman. kejam sungguh mereka... tp alhamdulillah, kucing2 ini telah diselamatkan oleh sukarelawan yg telah pecah masuk ke premis PETKNODE ini... di sini cikna share beberapa keping gamb yg telah diambil oleh rakan FB cikna yg turut sama dalam operasi menyelamatkan kucing2 ini.
kucing ni sgt lapar n dahaga
kurus dan terbiar ada yg dah mati :(
kat balai polis buat report
dan ni ada video yg cikna ambil dr group KUCING TERBIAR DAN ANJING JALANAN (KTAJ) sebak n sedih. xsanggup nak tgk
kejam sgt PETKNODE semoga tindakan seewajarnya dikenakan. bg mereka2 yg hantar kucing ke sini leh dapatkan maklumat ttg kucing mereka di GROUP FB KUCING TERBIAR DAN ANJING JALANAN.
“Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.”Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
1 comment:
Memang zalim!
Takpe Allah tu Maha Adil..
What they give they will get back!
Post a Comment