Friday, September 23, 2011

:: MUSIBAH YANG MENIMPA ::

Innalillahiwainnailaihirojiun.... hari ini keluarga cikna baru ditimpa musibah. adik cikna kemalangan. sedih namun kami harus pasrah. kita renungkan kembali kenapa ALLAH menurunkan musibah ini kepada kita? Adakah kerana ALLAH telah membenci dan tidak menyayangi kita? Jgn kita sesekali berfikiran begitu kerana setiap kali musibah menimpa kita adalah kerana ALLAH ingin mendengar rintihan dan rayuan dari kita. Kita sebagai hambaNYA harus bersabar dan berdoa semoga ujian yg ditimpa ini dapat diharungi dgn tabah dan meningkatkan lagi keimanan kita terhadap MAHA PENCIPTA.
tulang bahu pecah
umi yg sentiasa disisi
sekali lagi keluarga ditimpa musibah, namun akan kami hadapi dengan tabah dan pasrah. namun, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirat...
p/s: doakan semoga adik cikna cepat sembuh dan dipermudahkan segala kesulitan. amin~

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...