Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
hati manusia sememangnya mudah berkarat seperti mana berkaratnya besi. bagaimana cara kita ingin mengilapkan hati kita supaya sentiasa bersinar dan berkilat?
Rasullullah saw bersabda:"barangsiapa melakukan dosa , maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertaubat, maka terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam."
maka setiap kali kita menyedari kekhilafan telah berlaku, bertaubatlah. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka utk kita. ALLAH swt MAHA PENGAMPUN, setiap taubat dr hambaNYA pasti akan diterima. Manusia mudah lupa dan alpa, sentiasa terlalai dari landasan namun pasti akan kembali ke jalanNYA bila ditimpa musibah. seharusnya kita perlu ingat bahawa setiap yg berlaku sebenarnya adalah ujian dari Nya.
jgn biarkan hati kita gelap dan hitam. sentiasalah kita menyucikan hati kita dengan mendengar ceramah2 agama agar kita sentiasa mengingat dan bermuhasabah diri dan mudah utk kita merasakan kekurangan dalam diri kita kerana kita akan merasakan ALLAH bersama kita dan sedang merencanakan yg terbaik utk kita. selain itu, dengan bersedekah dan memberi atau belanja orang makan (sekadar termampu) juga dapat menyucikan hati kita. jgn riak lak masa nak bersedekah n beri makan orang 2 kang xjadik cuci hati tp tambah titik makin gelap hati 2.. :)last but not least (dah tak larat nak bebel byk2) berzikirlah.. zikir bukan saja boleh membersihkan hati tp juga menenangkan jiwa yg gundah dan gusar. InsyaAllah... p/s: alhamdulillah semakin tenang :) apa yg baik datang drNYA, yg buruk dtg dr kelemahan cikna. salah sila tegur (sy hamba yg naif)
No comments:
Post a Comment