Friday, July 1, 2011

::MEMOHON KETENANGAN::

ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah jiwa semakin hari semakin tenang walau kadang kala masih berkocak. Terima kasih utk sahabat Ustaz Rodzi kerana sudi membantu diri ini. Sungguh tak disangka begitu hebat penangannya. Tak pernah pom cikna terfikir sebelum ni akan terima dugaan sebegini lg utk kali ke2 ini dan kali ke2 ni dugaan dia mmg hebat sampai menjejaskan segala2nya. Allah ingin menguji kita sebagai hambaNya. Insyaallah takkan melarikan diri lg tp akan cuba hadapi dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Pesanan dr sahabat beristikharah insyaallah segalanya akan selesai.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

p/s: Ya Allah, semoga semua ni selesai dgn cepat.

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...