Friday, July 29, 2011

:: AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ::

ASSALAMUALAIKUM
beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut RAMADHAN. Bagaimana dengan persiapan anda? Bulan Ramadhan adalah bulan penuh rahmat, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Pasti muslimin dan muslimat berebut2 mengejar pahala dan kebaikan bulan RAMADHAN ni. cikna juga akan menjadikan RAMADHAN kali ni lebih baik dr yg lepas dan bersyukur kerana masih lagi diberi peluang olehNYA menikmati RAMADHAN pada kali ni.
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
pelbagai nikmat yg telah dijanjikan olehNYA utk hambaNYA. SUBHANALLAH, keadaan ini menunjukkan betapa penuh kasih sayang ALLAH kpd hambaNYA. cikna bukan ustazah utk menghuraikan lebih byk ttg kebaikan bulan RAMADHAN ini. saya cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yg diperolehi dr bacaan. sebarang kesilapan atau teguran dialu2kan :)


Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :

'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.

2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata,

'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah Azza Wa Jalla pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Dari Jabir RA bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :

'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)

diambil dr: http://www.facebook.com/pages/Bidadari-Dunia-Mencari-Cinta-Sejati-Nya/189369451113046

p/s: yg baik dtg drNYA. yg buruk adalah kelemahan cikna sendiri :)

2 comments:

Aida Azryn said...

esok nak kena beli kurma yusof taiyoob siap2. hehe. :D selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. :)

Zalina Hassan Zamri said...

salam ramadhan juga utk aida :) cikna pom nak p cri kurma esok

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...