Tuesday, July 26, 2011

::PENGORBANAN SEORANG ANAK::

assalamualaikum
semalam telah berlaku satu pengajaran dalam hidup cikna. pengajaran utk kita yg bergelar anak. cikna sungguh kagum dgn seorg kawan cikna. SUBHANALLAH, Allah telah mengurniakan kesabaran yg hebat utk dia dalam menjaga seorang ayah yg sakit.
si ayah telah lama sakit. si ayah seorang yg garang walaupun sakit dan mempunyai pelbagai ragam. namun si anak ttp sabar melayan si ayah. selalu bersikap dan berfikiran positif setiap kali kesabaran memuncak. semalam jam 10.30 malam, si ayah beritahu anaknya teringin nak makan laksa kelantan (si ayah ni suka minta makanan yg dr merata tempat jd kadang2 sarapan pagi pom merata si anak mencari apa yg ayah inginkan). si anak perempuan ini tetap menurut perintah dan mencari laksa yg diminta. cikna yg menemankan beliau. jauh kami mencari laksa yg diminta. dalam kereta kawan cikna beri nasihat kpd cikna:
"masa kita kecil dulu, kita xtau apa yg kita rengekkan kpd ibu bapa kita. mungkin kita nak aiskrim malam2, kalo xdapat merajuk2 xnak tdo0, meragam, nangis2. masa tu macam2 cara ibu bapa kita buat nak pujuk kita kan. sama la keadaan sekarang cuma bezanya mereka sudah tua. jd xsalah kita buat apa yg mereka pernah lakukan utk kita."
cikna terfikir jika suatu hari nanti ibu bapa cikna dah xlarat adakah cikna mampu lakukan spt kawan cikna... basuh berak, layan kerenah dan mcm2 lagi...
YA ALLAH Ya Tuhanku, Kau jdkanlah aku anak yg solehah, Kau cahayailah hatiku yg dalam kegelapan, Kau tabahkanlah aku tatkala diduga, Ya Allah, hanya padaMu ku berserah.. amin~

p/s:BERBUAT BAIKLAH KEPADA IBUBAPAMU

No comments:

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...