niat puasa:niat puasa untuk sebulan
Sunday, July 31, 2011
::LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN ::
Saturday, July 30, 2011
::BICARA SELEBRITI BERSAMA WARDINA DAN SHAM KAMIKAZE ::
Friday, July 29, 2011
:: AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ::
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata,
'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah Azza Wa Jalla pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)
Dari Jabir RA bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :
'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)
diambil dr: http://www.facebook.com/pages/Bidadari-Dunia-Mencari-Cinta-Sejati-Nya/189369451113046
::MINGGU BAHASA ARAB::
MINGGU BAHASA ARAB TELAH BERLANGSUNG PADA 19.6.2011-23.6.2011
nasyid lam bahasa arab
umar al-khattab r.a berkata,"pelajarilah bahasa arab kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian dr agama kalian"
Thursday, July 28, 2011
::JATUH DITIMPA BALAK::
LEBIH BAIK JATUH DITIMPA BALAK DR JATUH CINTA
:: SELAMAT SAMPAI::
Wednesday, July 27, 2011
::KURSUS PENGURUSAN SPBT::
"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, kerana redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."
Tuesday, July 26, 2011
::PENGORBANAN SEORANG ANAK::
"masa kita kecil dulu, kita xtau apa yg kita rengekkan kpd ibu bapa kita. mungkin kita nak aiskrim malam2, kalo xdapat merajuk2 xnak tdo0, meragam, nangis2. masa tu macam2 cara ibu bapa kita buat nak pujuk kita kan. sama la keadaan sekarang cuma bezanya mereka sudah tua. jd xsalah kita buat apa yg mereka pernah lakukan utk kita."
YA ALLAH Ya Tuhanku, Kau jdkanlah aku anak yg solehah, Kau cahayailah hatiku yg dalam kegelapan, Kau tabahkanlah aku tatkala diduga, Ya Allah, hanya padaMu ku berserah.. amin~
::KERINDUAN::
Monday, July 25, 2011
:: MELEPAK DI TANJUNG VISTA::
Friday, July 22, 2011
::JOM MELAWAT KELANTAN, CHENG HO FOOD FESTIVAL::
xtau nama ala2 kebab tp bukan guna roti kebab
air yg sgt menyegarkan campuran buah bidara, anggur jeruk, limau
mee ramen
yg ni pom xtau nama
ni mee ramen homemade... rasa dia sedang2 n sedap
::MATLAMAT::
dis is special n3 dedicated to my lovely students 3A
Thursday, July 21, 2011
::N3 DI PAGI HARI::
Tuesday, July 19, 2011
::PUNGGUK RINDUKAN BULAN::
bulan,terima kasih utk cahayamukau terlalu jauh utk kugapaiterpisah antara langit dan buminamun izinkan aku terus memujamu walau dr kejauhanbukan salahmu, bukan pintaku,mungkin ini ditakdir olehNya,ku kecewa dalam diam...PUNGGUK RINDUKAN BULAN
Sunday, July 17, 2011
:: FIDA GADIS MELAYU DAN INSPIRASI TUDUNG CT::
terkejut sbb dulu si FIDA ni bertudung rapi tp skrg dah jd macam TOK TI..sayang sbb ramai artis2 lain berebut2 nak pakai tudung tp bila yg dah bertudung rapi ni mula dibuka rasa sayang sangat...
Thursday, July 14, 2011
::KEPENTINGAN BERTUDUNG DR SUDUT SAINS ::
Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut : “ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”. Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa : “ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.
DIA NAK TUTUP AURAT
2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA
3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK
4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA
5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH
6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA
7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN
8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA
9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT
10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN
11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA
12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT
13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN
14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA
15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI
16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI
17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)
18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK
P/S: jom sama menutup aurat kerana anda lebih cantik dgn menutup aurat sesungguhnya ALLAH suka hambaNYA mengikut perintahNYA :)
Tuesday, July 12, 2011
::RASA SAYA::
SAYA CUBA MENAHAN APA YG SAYA RASASAYA CUBA MENJADI SETABAH YG MUNGKINSAYA CUBA MENGUATKAN KEIMANAN SAYAkeranaSAYA YAKIN ALLAH SAYANGKAN SAYA
Monday, July 11, 2011
::KELEBIHAN BULAN SYAABAN::
ASSALAMUALAIKUM
memandangkan kita berada awal bulan Syaaban cikna ingin berkongsi sedikit kelebihan dalam bulan syaaban. sama2lah kita hayati.
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. bersabda yang maksudnya,
"Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak)itu adalah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.”
· Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
· Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan
umum kepada hambanya.· Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya
maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.· Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang
mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.· Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
::MANUSIA YG BUSUK HATI::
sikap negatif ini yang akan menjadi barah dalam diri manusia. kang last2 kena penyakit kanser xpepasal dapat satu penyakit..
Sunday, July 10, 2011
Saturday, July 9, 2011
::KETEGURAN OLEH EYRIQAZZ::
disebabkan cikna telah ditegur jd cikna nak mintak tolong kamu2 diluar sana. camner nak adjust ruang n3 kasi besar. sbnrnya dah lama cikna try tp xdapek :( pastu warna n template n semua2 skali yg telah ditegur. sekali lg berbanyak terima kasih kepada EYRIQAZZ (GTO idola cikna 2)As Salam,
Saya mahu menegur seperti dijanjikan di entry ini :
http://www.eyriqazz.com/2011/04/siapa-mahu-kena-tegur-dengan-eyriqazz.html
1) Nama blog medium utk diingat..just nice
2)Header blog agak besar.
3) byk ruangan kosong di kiri dan kanan.
4) ruangan entry agak kecil. kurang teruja
5)widget di sidebar mungkin boleh dikemaskan lagi
6)pilihan warna nampak kurang sesuai...
7) template blog mungkin boleh ditukar.
::BERSIH 2.0::
W.O.R.R.I.E.D
Thursday, July 7, 2011
::LINDUNGI DIA::
بسم الله الرحمن الرحيم Ya ALLAH Ya Tuhanku...kumohon padaMu lindungilah dia,selamatkanlah perjalanannya,peliharalah dia dari segala kejahatan,Ya ALLAH Ya Tuhanku,Sesungguhnya aku xberkuasa dimuka bumiMu ini,Sesungguhnya aku tak berdaya melindunginya,hanya Kaulah tempatku berharap.Ya ALLAH Ya Tuhanku,tiada apa yg kumahu selain Kaulindunginya,makbulkanlah doaku Ya Allah kerana tiada yg lebih berkuasa selain drMu Ya ALLAH.AMIN
Wednesday, July 6, 2011
::KUDAMBAKAN KEHADIRANMU...::
"barangsiapa bersuka cita sebab memasuki RAMADHAN maka ALLAH menghalangi jasadnya dr api neraka".
"pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya utk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar."
::YANG TERINDAH::
Semenjak kau hadir dalam hidupkuTiada lagi keresahanKau mengetuk pintu hatikuTanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cintaKau yang memberi rasaKau yang ilhamkan bahagiaHingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurnaTika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasaKasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimuMerindui dirimuMemiliki dirimuHingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cintaKau yang memberi rasaKau yang ilhamkan bahagiaHingga aku terasa indah
Kau yang bernama cintaHingga aku rasa indah
Tuesday, July 5, 2011
::SUSUT 4KG::
:: GAMBAR WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM NTV7 KAHWIN::
WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM telah selamat diijabkabulkan dengan WAN NUR SALEZA MAZUIN DATUK W. ABDUL MUTALIB pada 3 JULAI 2011TAHNIAH abang apakejadahnya.. cikna minat giler kat ABANG EDISI SIASAT ni :)
Saturday, July 2, 2011
::CONTEST JAM TANGAN FREE BY YUYUE N KAZEN::
::JODOH DAN JODOH DAN LAGI JODOH::
Friday, July 1, 2011
::ISTIKARAH CINTA -SIGMA::
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
::MEMOHON KETENANGAN::
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).