Wednesday, April 20, 2011

::TAU FU FAH @ PATI SOYA::

korang suka x makan tau fu fah aka pati soya?? mesti sukakan?
tau fu fah merupakan pencuci mulut yg sgt menyihatkan memandangkan bahan asas tau fu fah merupakan kacang soya.
kacang soya mampu mengurangkan risiko sakit jantung, mempertingkatkan kesihatan payudara, mempercepatkan pengedaran, menyahkan toksid dr badan dan byk lg.
skrg jom skodeng resipi nak buat tau fu fah. cikna cedok dari blog CIK MAT GEBU
Bahan2:
4 liter air kacang soya tanpa gula
11 gram Gypsum Powder
20 gram Cornstarch
1/2 cawan air

Bahan kuah:
Air gula merah
* masak gula merah dgn portion 1 gula: 1 air. Masak sampai gula nampak likat.

Cara2:
Rebus air kcg soya hingga mendidih. Berhati2 bila dia da nak mendidih...takut dia melimpah2 dari periuk. Rajin kacau semasa memasak utk mengelakkan jadi kerak.Bila dah mendidih, matikan api.
Kemudian, masukkan Gypsum Powder & Cornstarch (tepung jagung yekk...) kedalam air. Bancuh sehingga sebati.Kemudian ambik bekas untuk setting tau fu fa cth: bekas plastik pun boleh. Masukkan air bancuhan gypsum dgn constarch tadi...goyang2 kan bekas spy bancuhan tidak mendap. Kemudian, masukkan air soya yg baru lepas mendidih tu cepat2. Biarkan sehingga 15 minit. Bila nampak bancuhan dah set, baru boleh di senduk dan dimakan dgn air gula melaka atau gula merah.

p/s: setakat nak makan sorang beli kedai je la

3 comments:

aienzunnur said...

suka!

Unknown said...

salam,gypsum powder tu ape ye...heheheh...sy xthu la..

Anonymous said...

mane boleh dapat ye gypsum powder tu

::teruskan membaca n3 lain::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...